Masjid Panglima Kinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Panglima Kinta

Masjid Panglima Kinta merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Ipoh, Perak, Malaysia. Masjid ini juga telah diwartakan sebagai bangunan warisan Negeri Perak. Masjid Panglima Kinta telah dibina pada 1898 oleh Datoh Panglima Kinta Muhamad Yusuff bin Lassam. Dalam tahun itu juga isteri kepada Datoh Panglima Kinta yang bernama Saaidah bt. Chik telah meninggal di Ipoh dan Masjid ini dibina untuk memperingati isteri beliau yang tercinta.

Masjid ini telah dibina dengan menelan kos sebanyak $15,000. Selepas beberapa tahun, terdapat beberapa penambahan iaitu kawasan perkuburan untuk ahli keluarga Panglima Kinta dan sebuah madrasah untuk kelas-kelas pengajian didalam kawasan masjid tersebut. Dan selepas beberapa tahun lagi, penambahan tempat berwudhuk, balai lintang dan rumah untuk pegawai masjid dibina. Kompleks masjid ini dibina di atas tanah seluas 45,000 kaki persegi berhampiran dengan sungai kinta. Masjid ini telah diwartakan sebagai bagunan warisan pada tahun 2012 oleh Jabatan Warisan Negara.

Panglima Kinta[sunting | sunting sumber]

Panglima Kinta ialah ketua kawasan Kinta ("Lord of Kinta") dan merupakan satu daripada 8 orang-orang besar. Panggilan penuh bagi Datoh Panglima Kinta ialah 'Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja'. Kini tugas Panglima Kinta ialah sebagai mata dan telinga dan sebagai penasihat Sultan mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Rekabentuk Masjid[sunting | sunting sumber]

Masjid ini menerapkan rekabentuk Kolonial British yang dicampur dengan Motif Moghul dan Neoclassical (rekabentuk dari Rom dan Greek). Masjid ini mempunyai sebuah kubah yang diapit oleh dua menara masjid. Masjid Panglima Kinta ini dibina dengan menggunakan batu bata dan plaster. Masjid ini mempunyai porch yang kini telah dibina untuk penambahan ruang solat.

Makam[sunting | sunting sumber]

Kawasan Perkuburan terletak didalam kawasan masjid untuk ahli-ahli keluarga Datoh Panglima Kinta.