Masjid Pasir Pekan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Mukim Pasir Pekan
Coat of arms of Kelantan.svg
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamAb Ghani Bin Ab Talib  2017 (Imam Besar)
Wan Mohamad Khalid Bin Wan Mohamed Nor 2017 (Timb. Imam Besar)
Tengku Ahmad Bin Tengku Abdul Majid 2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-03-TPT-00228
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriKelantan
DaerahTumpat
LokasiMasjid Mukim Pasir Pekan,
Daerah Wakaf Bharu,
16250 Tumpat
Kelantan
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Mukim Pasir Pekan

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Mukim Pasir Pekan merupakan sebuah masjid yang terletak di Daerah Wakaf Bharu, 16250 Tumpat Kelantan.[1]

Masjid Mukim Pasir Pekan memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-03-TPT-00228.

Masjid Pasir Pekan ini terletak di Kampung Surau, Pasir Pekan, Wakaf Bharu. Tempoh perjalanan ke masjid tersebut adalah sekitar 20 minit dari arah pekan Tumpat. Mimbar yang ditempatkan di masjid ini asalnya dari Masjid Kampung Laut. Sebelum ditempatkan di sini ianya berada di Masjid Muhammadi.

Binaan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah. Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah. Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa. Di dinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran. Pada masa yang sama, masjid ini juga berbentuk segiempat. Terdapat juga ruang solat bertingkat di masjid ini yang dapat menampung jumlah para jemaah yang ramai. Pintu masjid ini juga mempunyai ukiran tulisan khat yang cantik dab menambahkan keunikan masjid ini.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang. Tandas, tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini. Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta. Selain itu, terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa. Terdapat juga pejabat yang digunakan sebagai tempat pengurusan masjid. Van jenazah juga disediakan di masjid ini yang merupakan salah satu kemudahan masjid ini.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini telah menganjurkan program ziarah dan korban di Kemboja pada 18-22 November 2010 yang melibatkan seramai 53 orang dan 12 ekor telah dikorbankan.

Maklumat Lanjut[sunting | sunting sumber]

No Daftar: MY-03-TPT-00228
Nama Masjid: MASJID MUKIM PASIR PEKAN

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Mukim Pasir Pekan,
Daerah Wakaf Bharu,
16250 Tumpat
Kelantan

Rujukan[sunting | sunting sumber]