Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Masjid Raja Muda Musa
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusAktif
Maklumat pentadbiran
ImamTuan Hj.Osman bin Hj.Abd Ghani (Imam Besar)
Ustaz Abdul Razak Mahadi (Timb. Imam Besar)
Ustaz noor faizan hafifi
BilalHj Ramli bin Wahab
Mohd Rizal bin Hj. Talib
Ibrahim bin Hi.Yahya
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahDaerah Hulu Langat
LokasiPekan Semenyih, 43500 Semenyih
Koordinat2°57′04″N 101°50′41″E / 2.951135°N 101.844685°E / 2.951135; 101.844685Koordinat: 2°57′04″N 101°50′41″E / 2.951135°N 101.844685°E / 2.951135; 101.844685
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanKonkrit

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Raja Muda Musa merupakan sebuah Masjid Qariah yang terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.

Masjid Raja Muda Musa adalah sebuah masjid di pekan Semenyih yang telah wujud sejak 1920-an lagi menggunakan kayu. Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah yang menjadi Raja Muda Selangor mulai tahun 1916.

Pada tahun 1963, masjid baru dibina di atas bangunan sedia ada kerana sebahagian bumbung masjid telah runtuh. Kosnya pembinaan bangunan batu-bata ialah sekitar RM60,000 pada waktu itu. Masjid ini terletak di tepi jalan laluan jalan lama Kuala Lumpur - Seremban dan sering menjadi tempat persinggahan bagi pengguna jalanraya yang ingin menunaikan solat.

Ahli Jawatankuasa[sunting | sunting sumber]

Imam[sunting | sunting sumber]

  • Ustaz Abdul Razak Mahadi
  • Ustaz noor faizan hafifi
  • Ustaz Hj. Osman bin Hj. Abd Ghani

Nazir[sunting | sunting sumber]

  • Prof Madya Dr. Abdul Ghafar bin Hj. Don (2009 - sekarang)
  • Cikgu Hj. Maarof bin Harun (2003 hingga Mei 2009)
  • Cikgu Hj. Abdul Aziz bin Hj. Abdullah
  • Cikgu Hj. Abdul Hamid bin Hj. Abd Rashid

Bilal[sunting | sunting sumber]

  • Hj Ramli bin Wahab
  • Mohd Rizal bin Hj. Talib
  • Ibrahim bin Hi.Yahya

AJK sesi 2009 - 2012[sunting | sunting sumber]

  • Nazir - Ustaz Dr Abdul Ghafar Don
  • Tim Nazir - Tuan Hj. Jaafar Hj. Yusuf
  • Setiausaha - Tuan Hj. Hayat bin Hj.Rasidi

AJK sesi 2006 - 2009[sunting | sunting sumber]

  • Nazir - Hj. Maarof bin Harun
  • Tim Nazir - En. Zulkifli bin Muhammad
  • Setiausaha - Tuan Hj. Jaafar bin Mahadi
  • Pen Setiausaha - Tuan Hj. Nadar bin Hj.Osman
  • Bendahari - Tuan Hj. Hayat bin Hj.Rasidi
  • Jawatankuasa - Tuan Hj. Yaakob bin Amin - meninggal dunia 6hb Okt 2010
  • Jawatankuasa - En. Mohd Fuzi bin Abd Manan
  • Jawatankuasa - En. Mohd Ariffin bin Idris
  • Jawatankuasa - Ustaz Ahmad Shuhaimi bin Md Isa
  • Jawatankuasa - Tuan Hj. Jaafar bin Yusof
  • Jawatankuasa - Puan Hjh. Fatimah bt Md Aral
  • Wakil Pemuda - En. Fairuz Ikhwan bin Hj.Omar
  • Wakil Wanita - Pn Hjh. Shamsiah bt Hj.Jantan
  • P.Kira-Kira - Tuan Hj. Jamidi bin Gomri
  • P.Kira-kira - En. Abas bin Fadil

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

  • Kelas pengajian setiap malam lepas maghrib
  • Kuliah Subuh setiap pagi Sabtu dan Ahad diikuti dengan sarapan pagi nasi lemak.
  • KURSUS HAJI percuma dijalankan setiap Sabtu mulai jam 2.30 ptg sejak bulan Februari 2009.
  • Dilengkapi dengan slide projector bagi tujuan pengajian

Majlis Berbuka puasa bersama Sultan Selangor[sunting | sunting sumber]

AJK Masjid Raja Musa Semenyih
Sultan Selangor di Semenyih

Pada 14 September 2009, Sultan Selangor telah berkunjung ke Masjid Raja Muda Musa Semenyih sempena bulan Ramadan - bulan puasa. Baginda telah menyampaikan derma kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, mualaf dan sebagainya. Majlis berbuka puasa diadakan jam 7.00 petang. Selepas itu baginda bersama jemaah lain sembahyang maghrib dan isyak. Seterusnya sembahyang tarawih 20 rokaat. Jemaah masjid amat berbangga dengan kehadiran Sultan Selangor pertama kalinya ini.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Masjid Raja Muda Musa terletak di kedudukan Latitud 2 darjah, 57 minit, 6 saat Selatan dan Longitud 101 darjah, 50 minit, 47 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 36minit, 6 saat. [1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid dan surau di Hulu Langat" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-03-20. Dicapai pada 2014-06-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]