Pergi ke kandungan

Masjid Ridzwaniah, Baling

Masjid Ridzwaniah
‏مسجيد رضوانيه‎‎
Maklumat am
Dibuka pada8 Jun 1962
StatusBeroperasi
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Negeri Kedah
DaerahBaling
LokasiMukim Baling, 09100 Baling, Kedah
Koordinat5°40′35″U 100°54′55″T / 5.67639°U 100.91528°T / 5.67639; 100.91528
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanKonkrit

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Ridzwaniah (Jawi: ‏مسجيد رضوانيه‎‎) atau turut dikenali dengan nama Masjid Pekan Baling atau sekadar Masjid Baling merupakan sebuah masjid yang terletak di bandar Baling, Baling, Kedah.

Masjid Ridzwaniah mula dibuka serta dirasmikan pada hari Jumaat 6 Muharram 1382 H bersamaan 8 Jun 1962 M oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama iaitu Tunku Abdul Rahman. Masjid ini dinamakan sempena nama isteri Tunku Abdul Rahman iaitu Sharifah Rodziah. Dana pembinaan masjid ini disumbangkan oleh kerajaan persekutuan dengan perbelanjaan pembinaan sebanyak RM105,000.[1][2]

Masjid asal ini telah dirobohkan dalam tahun 2016 bagi membangunkan masjid baharu di tapak asalnya. Peletakan batu asas masjid baharu tersebut telah diadakan pada 3 April 2016.[3] Masjid baharu ini siap dalam tahun 2019.

  1. ↑ "Bahaya Kominis maseh ada". Berita Harian Singapura (diterbitkan 9 Jun 1962). 8 Jun 1962. m/s. 5. Dicapai pada 19 November 2025 – melalui NewspaperSG.
  2. ↑ "CHECK THE REDS WITH RELIGION, SAYS TENGKU" [Cegah komunis dengan agama, kata Tengku]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris) (diterbitkan 9 Jun 1962). 8 Jun 1962. m/s. 10. Dicapai pada 18 November 2025 – melalui NewspaperSG.
  3. ↑ "Majlis Peletakan Batu Asas Masjid Daerah Baling". MalaysiaAktif. 3 April 2016. Dicapai pada 1 November 2025.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)