Masjid Sayyidina Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Sayyidina Abu Bakar
مسجد سيدنا ابو بکر
Masjid Sayyidina Abu Bakar dari arah utara
Maklumat am
Cabang/mazhabIslam Sunni
Dibuka pada11 November 2011
StatusBeroperasi
Tempoh pembinaan3 tahun dan 11 hari
Maklumat pentadbiran
Imam2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-AG-00189
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
LokasiMasjid Sayyidina Abu Bakar,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Durian Tunggal
Melaka
Koordinat2°18′43.1″N 102°19′06.9″E / 2.311972°N 102.318583°E / 2.311972; 102.318583Koordinat: 2°18′43.1″N 102°19′06.9″E / 2.311972°N 102.318583°E / 2.311972; 102.318583
Maklumat pembinaan
Gaya seni binaIslam
Melayu
Bil. kubah1
Bil. tingkat3
Bil. menara1
Ketinggian menara41m
Kapasiti jemaah4,000 orang
Keluasan5,737 meter persegi
Bahan binaanSimen
KosRM15.34114 juta
Laman sesawang
Tapak web Pusat islam UTeM

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Sayyidina Abu Bakar (Jawi: مسجد سيدنا ابو بکر; juga dikenali sebagai Pusat Islam UTeM) merupakan sebuah masjid yang terletak di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal Melaka, Malaysia.[1] Pembinaan masjid ini bermula pada 1 Mei 2007 dan membabitkan kos RM15.341 Juta dengan keluasan tanah 4 hektar. Masjid ini boleh memuatkan seramai 4,000 orang jemaah. Senibina Masjid ini berdasarkan senibina Melayu beratap tajug atau meru bertumpang 3 dengan menara tunggal yang menjadi ciri khas masjid-masjid di Nusantara terutama di Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid ini telah mula dibina pada 1 Mei 2007 dan siap sepenuhnya pada 12 Mei 2010.[2]

Pada 11 November 2011 pukul 11:00 pagi,[3] Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah merasmikan masjid ini. Seri Paduka yang diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob merangkap Canselor UTeM dan Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh.

Baginda turut solat Jumaat bersama pemimpin negeri dan rakyat jelata. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan terutamanya dalam pembangunan sahsiah pelajar demi mengimbangi kestabilan rohani, emosi dan jasmani.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Sayyidina Abu Bakar memiliki nombor pendaftaran masjid MY-04-AG-00189.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Sayyidina Abu Bakar,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Durian Tunggal
Melaka

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Masjid Utem". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 2017-11-26.
  2. ^ "Yang di-Pertuan Agong rasmi Masjid Sayyidina Abu Bakar". Utusan Malaysia. 11 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-15. Dicapai pada 15 Mei 2018 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM (2 Oktober 2016). Di Facebook [Siaran]. Dicapai pada 21 Mei 2018 daripada https://www.facebook.com/MyUTeM/photos/pb.214066449327.-2207520000.1475427065./10154530855754328/. Diarkibkan daripada asal pada 21 Mei 2018.
  4. ^ Tuanku Mizan Berkenan Rasmi Masjid UTeM

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Radzuan bin Nordin; Nooraini binti Sulaiman (2011). Ruziah binti Ali; Yang Chik binti Abdul Rahman (penyunting). Masjid Sayyidina Abu Bakar : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (ed. ke-2). Melaka: Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka. ISBN 9789670257051. OCLC 784434633.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]