Masjid Seberang Paya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Seberang Paya ialah sebuah masjid yang terletak di kawasan Kota, Rembau, Negeri Sembilan.

Masjid ini pada asalnya mula dibina oleh Undang Luak Rembau Dato' Haji Sulong Ambia pada tahun 1915. Bagaimanapun hajat Dato' Haji Sulong ini tidak kesampaian kerana belum pun sempat masjid itu siap terbina telah berlaku ribut yang kencang di kawasan itu hingga menyebabkan roboh bangunan masjid ini. Bagaimanapun pada tahun 1918, sekali lagi Dato Haji Sulong dan orang-orangnya membina masjid ini sehinggalah terdirinya masjid ini. Pada masa ini masjid ini mempunyai kira-kira 200 orang ahli kariah.