Masjid Sri Sendayan
Masjid Sri Sendayan مسجد سري سنداين | |
---|---|
![]() Pemandangan masjid | |
Maklumat am | |
Dibuka pada | 20 September 2019 |
Maklumat geografi | |
Negara | ![]() |
Lokasi | Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan |
Koordinat | 2°41′07″N 101°50′38″E / 2.68529°N 101.8439591°EKoordinat: 2°41′07″N 101°50′38″E / 2.68529°N 101.8439591°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. menara | 2 |
Kapasiti jemaah | 5,000 orang |
Laman sesawang | |
https://www.masjidsrisendayan.com | |
sunting ![]() |
Masjid Sri Sendayan (Jawi: مسجد سري سنداين) merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
Masjid Sri Sendayan adalah masjid yang terbesar di Negeri Sembilan dan juga merupakan salah sebuah masjid yang tercantik di Malaysia. Masjid ini selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong.
Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain dan telah menelan belanja kira-kira RM100 juta.
Senibina
[sunting | sunting sumber]Masjid Sri Sendayan terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah)[1]. Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.
Dalaman
[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar. Bahagian dalaman kubah utama dihiasi dengan cat emas 24k. Seni dalaman masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.
Luaran
[sunting | sunting sumber]

Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Selain itu terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid.
Masjid Wakaf
[sunting | sunting sumber]Masjid ini diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan RHB Bank, Tan Sri Abd Rashid Hussain.
Ini adalah masjid kedua diwakafkan oleh beliau selepas Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pintu masuk utama
-
Pemandangan dari laluan pejalan kaki utama
-
Atrium masjid
-
Taman, dewan serbaguna (kiri) dan pejabat pentadbiran (kanan)
-
Kompleks dewan serbaguna dan pejabat pentadbiran masjid pada waktu senja
-
Tempat mengambil wudhu di sayap timur
Rujukan
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masjid Sri Sendayan |