Masjid Sultan Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid-Madrasah Sultan Hassan
Kairo Sultan Hassan Moschee BW 1.jpg
Masjid-Madrasah Sultan Hassan
Info asas
Lokasi Kaherah, Mesir
Agama Islam
Negara Mesir
Penerangan seni bina
Jenis seni bina Masjid
Gaya seni bina Mamluk
Disiapkan pada 1359

Masjid-Madrasah Sultan Hassan atau Masjid Sultan Hassan ialah sebuah masjid dan madrasah besar Mamluk yang dibina berdekatan Kota Kubu Kaherah. Pembinaannya bermula pada tahun 757 H/ 1356 M dan tamat tiga tahun kemudian "tanpa kehilangan sehari pun akibat kemalasan". [1] Pada waktu pembinaannya, masjid ini dikagumi kerana saiznya dan unsur-unsur seni bena yang inovatif. Taqi al-Din al-Maqrizi (1364 – 1442 M), seorang sejarawan Mesir, memerhatikan bahawa masjid yang dibina seorang sultan yang tidak ternama ini mengandungi beberapa "binaan yang menakjubkan".[1] Misalnya, masjid ini direka agar dapat memuatkan keempat-empat mazhab ahli Sunah: Shafi'i, Maliki, Hanafi dan Hanbali.

Setiap iwan atau dewan dikhususkan bagi setiap mazhab. Kawasan di antara dan di belakang setiap dewan digunakan untuk madrasah setiap mazhab, lengkap dengan laman dalam dengan pancutan air dan bilik tiga tingkat bagi kegunaan penuntut dan syeikh. [2][3] Pintu masuk madrasah terletak pada sudut setiap iwan.[4]

Ciri masjid[sunting | sunting sumber]

Masjid dibina berdekatan Kubu Kota Mesir (juga dikenali sebagai Kubu Kota Salahuddin) (Arab: قلعة صلاح الدين‎ Qalaʿat Salaḥ ad-Din), pada tapak Istana Yalbugha al Yahawws. Ini bertujuan memberi sultan pemandangan yang selesa dari istananya di dalam Kubu Kota.

Masjid Sultan Hassan – Mihrab dan Minbar
view from the citadel today
Pandangan Masjid Sultan Hassan dari Kubu Kota Kaherah, hari ini
Kubah kayu Masjid Sultan Hassan

Terdapat sebidang tanah lapang di antara masjid dan Kubu Kota pada Zaman Pertengahan,[5] yang memjadikan masjid ini penting dari segi strategi. Ibn Ilyas melaporkan bahawa para pemberontak Mamluk menngunakan masjid sebagai kubu bagi menyerang Kubu Kota. Al-Maqrizi mencatat, "sebaik sahaja terdapat pergeseran antara rakyat dengan negara, beberpa orang amir memanjat ke bahagian atas masjid dan menyerang Kubu Kota dari situ".[1] Sultan Janbulat cuba merobohkan masjid oleh sebab ini, tetapi tidak tidak berjaya selepas mencuba selama tiga hari dan memberhentikan usaha perobohan. Al-Maqrizi juga mencatatkan bahawa Sultan Barquq (sultan pertama dinasti Burji Mamluk) memusnahkan tangga kepada dua menara supaya tidak dapat digunakan untuk menyerang Kubu Kota.

Saiz yang amat membezakan masjid ini daripada binaan lain. Al-Maqrizi menyatakan bahawa iwan ("dewan") amat tinggi dan berukuran 65 cubit, lima kali ganda lebih besar daripada sebuah masjid yang besar, Iwan Kusraw di Al-Mada'in, Iraq.[1]

Ada beberapa ciri unik masjid yang harus diperhatikan: Al-Maqrizi mencatatkan bahawa kubah besar tidak ada tandingan di Mesir, Syria, Maghreb, atau Yemen. Mahupun dindingnya tebal, kubah dibuat daripada kayu. Bentuk kubah masjid luar biasa , yakni merupai bentk telur. Tataatur makam di antara dua menara dianggap baharu. Rancangan asal ialah untuk membina empat menara, tetapi tidak dilakukan. Jumlah menara dikira luar biasa buat sebuah masjid; sama juga dengan reka bentuk dua menara pada pintu gerbang, dan saiz masjid yang besar yang jarang ditemui. Masjid juga merupakan satu-satnya contoh penggunaan seni chinoiserie dalam seni bina Mamluk.[6]

See also[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Martyn, Smith. "Khitat 2:316-17". Dicapai 9 March 2011. 
  2. ^ Laman Pelancongan
  3. ^ Rencana akhbar New York Times]
  4. ^ Laman Discover Islamic Art
  5. ^ Martyn, Smith. "Rumayla". Dicapai 9 March 2011. 
  6. ^ Behrens-Abouseif, Doris (2007). Cairo of the Mamluks : a history of the architecture and its culture (edisi null). London: I.B. Tauris. m/s. 201–213. ISBN 978-1-84511-549-4. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]