Masjid Sultan al-Muayyad
| Masjid Al-Muayyad | |
|---|---|
Masjid Al-Muayyad | |
| Info asas | |
| Lokasi | Kaherah, Egypt |
| Koordinat geografi | 30°02′35″N 31°15′27″E / 30.04306°N 31.25750°E |
| Agama | Islam |
| Negara | Mesir |
| Tahun ditahbiskan | 1415 |
| Penerangan seni bina | |
| Jenis seni bina | Masjid |
| Gaya seni bina | Mamluk |
| Disiapkan pada | 1421 |
| Spesifikasi | |
| Bil. kubah | 1 |
| Bil. menara masjid | 2 |
Masjid Sultan al-Mu'ayyad ( Arab: مسجد السلطان المؤيد ) ialah sebuah masjid di Kaherah, Mesir bersebelahan dengan Bab Zuwayla yang dibina di bawah pemerintahan sultan Al-Mu'ayyad Sayf ad-Din Shaykh yang mana ia mengambil namanya, " Al-Mu'ayyad ", bermaksud Penyokong dalam bahasa Arab. Pembinaan bermula pada 1415 dan siap pada 1421. Kompleks yang merangkumi masjid dan madrasah empat mazhab , ia menggantikan penjara yang pada asalnya terletak di sebelah Bab Zuwayla.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sultan al-Mu'ayyad
[sunting | sunting sumber]Sesuai dengan adat resam Mamluk, al-Mu'ayyad Shaykh telah dibeli oleh Sultan Al-Malik Az-Zahir Sayf ad-Din Barquq ketika baginda berumur sepuluh atau dua belas tahun. Ketika dewasa, baginda berkhidmat sebagai gabenor Tripoli selama sepuluh tahun di bawah pelantikan Sultan An-Nasir Naseer ad-Din Faraj .
Ahli sejarah Al-Maqrizi menceritakan bakal sultan, Sultan al-Mu'ayyad pernah dipenjarakan di tapak penjara yang sama yang digantikan oleh masjid semasa menjadi amir dibawah Sultan Faraj. Sultan al-Mu'ayyad menderita akibat kutu semasa dipenjarakan. Baginda berikrar bahawa baginda akan mengubah penjara tersebut menjadi "tempat suci untuk pendidikan ulama" jika baginda memerintah. [1] Berpegang pada janji baginda, baginda telah menugaskan pembinaan masjid pada zaman pemerintahan baginda.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sultan al-Mu'ayyad Shaykh Complex". ArchNet Digital Library. Massachusetts Institute of Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2011. Dicapai pada 8 March 2011.