Masjid Sungai Rambai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Jamek Sungai Rambai
Maklumat am
Cabang/mazhabShafie
Maklumat pentadbiran
ImamHj Azhari Bin Shamsudin2016 (Imam Besar)
Hj Abd Rahim Bin Ismail2016 (Timb. Imam Besar)
PengerusiTn Haji Hafiz Bin Abdul Wahid2016
Dimiliki olehNo Daftar: MY-07-SPT-00192
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriPulau Pinang
DaerahDaerah Bukit Mertajam
LokasiMasjid Jamek Sungai Rambai,
14000 Bukit Mertajam,
Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Koordinat5°21′50.3″N 100°27′12″E / 5.363972°N 100.45333°E / 5.363972; 100.45333Koordinat: 5°21′50.3″N 100°27′12″E / 5.363972°N 100.45333°E / 5.363972; 100.45333
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. tingkat1
Bil. menara1
Laman sesawang
Masjid Sungai Rambai.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Masjid Sungai Rambai merupakan sebuah masjid di Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.

Masjid Jamek Sungai Rambai (MJSR) terletak di kawasan Sungai Rambai di daerah Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Masjid ini dibina pada zaman sebelum kemerdekaan di mana tarikh asalnya tidak diketahui. Pada tahun 1966 ia dirasmikan pada hari Jumaat 8hb Julai 1966 bersamaan 19 RabiulAwal 1386 oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad S.M.N.). Masjid ini merupakan masjid lama yang dibina mewakili kawasan kariah yang luas dan merupakan masjid utama untuk kawasan berhampiran pekan bukit mertajam satu ketika dulu. Masjid ini boleh menampung seramai 500 orang jemaah.

Terletak di jalan utama menuju ke Pekan Bukit Mertajam, masjid ini terletak bersebelahan bangunan wisma AIA dan sebuah stesen minyak BHP. Lokasinya juga berhampiran dengan lokasi-lokasi penting dan tumpuan lain seperti Pejabat Daerah dan Tanah Bukit Mertajam, Mahkamah Seksyen Bukit Mertajam, Stadium Mini MPSP, dan juga pekan Bukit Mertajam sendiri. Seluruh kawasan masjid ini dikelilingi sebahagian besarnya dengan tembok konkrit dan sebahagian lagi oleh pagar berhias. Terdapat satu pintu masuk utama dan satu pintu di bahagian belakang. Kemudahan untuk tetamu masjid disediakan seperti kerusi rehat dikelilingi pohon-pohon hiasan yang dijaga rapi. Kebersihan merupakan aspek yang dititikberatkan dalam pengurusan masjid dan ianya dijaga sebaik mungkin demi keselesaan pengunjung.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]