Masjid Tengkera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Tengkera
مسجد تڠکيرا
Masjid Tengkera
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamEn Alias Bin Mohamad 2017 (Imam Besar)
Muhammad Ilyas Bin Mohd Mokhtar 2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-MT-00147
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
DaerahMelaka Tengah
LokasiMasjid Tengkera,
Km. 2,
Tengkera,
75200 Melaka
Koordinat2°12′15″N 102°13′55″E / 2.204080°N 102.231978°E / 2.204080; 102.231978Koordinat: 2°12′15″N 102°13′55″E / 2.204080°N 102.231978°E / 2.204080; 102.231978
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Tengkera

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Km. 2, Tengkera, 75200 Melaka.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Tengkera,
Km. 2,
Tengkera,
75200 Melaka

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka, Malaysia. Nama Tengkera berasal daripada perkataan Portugis iaitu tranquerah yang bermaksud benteng pertahanan.[2] Ia dibina pada tahun 1728 oleh seorang pedagang dan ulama dari India, Muhammad Salleh dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda.[3] Masjid ini juga ialah masjid yang kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu di Melaka.

Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu belian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muazzam Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.

Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muazzam Shah mangkat pada 5 September 1835 lalu dimakamkan di perkarangan masjid ini.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Tengkera memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-MT-00147.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid Tengkera". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-29. Dicapai pada 2017-11-26.
  2. ^ Siti Shahrosamirah Shaharman (29 Januari 2017). "Tahukah anda asal usul nama Tengkera?". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-29. Dicapai pada 29 Disember 2017 – melalui Sinar Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Nurul Fhatihah Zakinan (14 Jun 2015). "Masjid tertua Melaka tinggalan 'Serambi Makkah'". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-29. Dicapai pada 29 Disember 2017 – melalui BH Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]