Masjid Ubudiyah Ayer Keroh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MASJID UBUDIYAH AYER KEROH, MELAKA. (Masjid Kariah Ayer Keroh)
مسجد عبوديه، اير كروه، ملاك
Maklumat am
Siap dibinaTahun 1985
Dibuka padaTahun 1985
Maklumat pentadbiran
Dimiliki olehNombor Pendaftaran Masjid
No.Daftar:
MY-04-MT-00111
Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM)
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Negeri

Daerah

Parlimen

DUN

Poskod
 Melaka

Melaka Tengah

Hang Tuah Jaya

Ayer Keroh

75450
Nama KariahKariah Ayer Keroh
LokasiMasjid Ubudiyah Ayer Keroh,
Jalan Utama,
Taman Ayer Keroh Heights,
75450, Ayer Keroh,
Melaka,Malaysia.
Maklumat pembinaan
Gaya seni binaSenibina Islam
Bil. kubah1
Bil. menara1
Kapasiti jemaah>1,000 orang
Laman sesawang
https://www.facebook.com/masjid.ubudiyyah Facebook Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka
imej:Masjid-tiada
StatusMasjid Kariah Ayer Keroh
NegeriMelaka
DaerahMelaka Tengah
ParlimenHang Tuah Jaya
DUNAyer Keroh
Senarai Pegawai Syarak Masjid(2024)
IMAM 1TUAN IMAM YAZID BIN LANAK(2024)
IMAM 2TUAN IMAM ABUZAR BIN HJ.MOHD ARIFF(2024)
IMAM RAWATIBTUAN IMAM USTAZ MOHAMED ZULKARNAIN BIN HJ.ISMAIL(2024)
IMAM RAWATIBTUAN IMAM AHMAD AKMAL BIN HJ.JOHARI(2024)
BILALTUAN BILAL KAPT(B)HJ.ISMAIL BIN MOHAMAD(2024)
BILALTUAN BILAL HJ.HASSAN BIN MAT ZAIN(2024)
BILALTUAN BILAL MUHAMMAD HARITH BIN ISMAIL(2024)
NOJATUAN NOJA MOHD NAZERI BIN TUKIMAN(2024)
PENGURUS JENAZAH WANITAPUAN HJH.HAMIMAH BINTI HJ.ARIP(2024)
PENGURUS JENAZAH WANITAPUAN HJH.NORLIDA BINTI BIDIN(2024)
Nama 'Masjid Ubudiyah' telah diberi oleh Mufti Negeri Melaka ketika itu, Sahibus Samahah Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Yunus Bin Haji Mohd Yatim

Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka merupakan 'Masjid Kariah Ayer Keroh', lokasinya berada di 'Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights, Ayer Keroh, Melaka'. Masjid ini terletak didalam 'Daerah Melaka Tengah' di 'Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah'.

Memiliki Nombor Pendaftaran Masjid No.Daftar:MY-04-MT-00111.

Sejarah 'Masjid Ubudiyah' ini bermula dari sebuah bangunan surau yang dibina di tapak tanah yang disediakan oleh 'Pihak Pemaju' di kawasan perumahan Ayer Keroh Heights.

Sebelum itu, sebuah rumah teres di Lorong Setia 7, Taman Ayer Keroh Heights telah disewa dan dijadikan sebagai surau sementara.

Setelah ianya siap dibina pada Tahun 1984, Surau ini terus dimakmurkan dan diimarahkan bersama.

Kira-kira pada akhir Tahun 1984, Surau ini mula diperbesarkan bangunannya, dan pada Tahun 1985 ia telah dinaiktaraf dari sebuah Surau ke sebuah 'Masjid' serentak dengan keputusan Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM), mewujudkan satu lagi kariah baru iaitu 'Kariah Ayer Keroh'.

Dimana sebelumnya, kawasan perumahan Ayer Keroh Heights terletak di bawah 'Kariah Bukit Katil'.

Nama 'Masjid Ubudiyah' telah diberi oleh 'Mufti Negeri Melaka' ketika itu, (Sahibus Samahah Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Yunus Bin Haji Mohd Yatim).[1]

Sejarah Masjid[sunting | sunting sumber]

Tahun 1980[sunting | sunting sumber]

ditakdirkan Allah Subhanahu wa ta'ala, pada tahun 1980, telah bermulanya penghijrahan penduduk yang beragama Islam ke taman perumahan di kawasan Ayer Keroh Heights, Melaka. Ketika itu, kesedaran dan keimanan yang tinggi telah mula timbul dikalangan penduduk Islam, diatas keperluan dan kefardhuan sebagai Ummat Islam supaya diwujudkan tempat untuk muslimin dan muslimat dapat berkumpul bersama-sama, khasnya bagi mendirikan Solat Fardhu Berjemaah.

Asbab fikir tentang keadaan pada waktu itu, dan setelah berbincang dan bermesyuarat bersama, ianya telah mendapat persetujuan dan juga kesepakatan, 'Lembaga Surau Sementara' telah ditubuhkan, dan Saudara Ismail bin Jaafar (seorang Pegawai Kastam DiRaja, Melaka) telah dilantik sebagai Pengerusi. Waktu itu sebuah rumah teres di Lorong Setia 7 telah disewa dan dijadikan sebagai surau sementara.

Surau sementara ini telah mula dimakmurkan bersama dan pada masa yang sama, atas kebenaran Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM), Lembaga Surau telah bergerak memohon sumbangan derma ikhlas untuk membina bangunan sebuah surau di atas tapak tanah yang disediakan oleh 'Pihak Pemaju' di kawasan Ayer Keroh Heights.

Kira-kira pada tahun 1984, dengan dana terkumpul sebanyak RM60,000.00 (Derma:RM30,000.00 dan Sumbangan Kerajaan:RM30,000.00) maka terbinalah bangunan sebuah surau di kawasan ini.

Selepas itu, dari tahun ke tahun, Lembaga Surau dan penduduk Islam meneruskan kegiatan dengan memakmurkan 'Rumah Allah' ini dan dalam masa yang sama juga terus giat mengumpul dana dengan impian untuk memperbesarkan bangunan surau (supaya jika boleh, ia dapat dijadikan sebagai sebuah 'Masjid' dimasa akan datang), memandangkan kehadiran penduduk Islam di kawasan ini semakin bertambah ramai.

Tahun 1984[sunting | sunting sumber]

Setelah bangunan surau ini siap dibina pada tahun 1984, 'Rumah Allah' ini terus dimakmurkan dan diimarahkan bersama.

Kira-kira pada akhir tahun 1984, surau ini mula diperbesarkan bangunannya, dan pada tahun 1985 ia telah dinaiktaraf dari sebuah surau ke sebuah 'Masjid' serentak dengan keputusan Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM), mewujudkan satu kariah baru iaitu 'Kariah Ayer Keroh'. Sebelum itu, Ayer Keroh Heights terletak di bawah 'Kariah Bukit Katil'.

Nama 'Masjid Ubudiyah' telah diberi oleh 'Mufti Negeri Melaka' ketika itu, (Sahibus Samahah Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Yunus Bin Haji Mohd Yatim).

Tahun 2000[sunting | sunting sumber]

Setelah hampir dua dekad berlalu, penduduk Islam didalam kawasan Kariah Ayer Keroh dianggarkan sudah mencecah angka 3,500 orang penduduk. Justeru itu, untuk menampung kehadiran jemaah yang semakin ramai, dari semasa ke semasa, Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka telah melalui beberapa peringkat pembesaran dan pengubahsuaian bangunannya.

Tahun 2006[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Februari 2006, bangunan masjid ini telah diubahsuai dan diperbesarkan. Projek pembangunan ini telah memakan belanja lebih dari RM1juta yang mana RM300,000.00 adalah sumbangan daripada 'Pihak Kerajaan'.

Pada waktu ini, Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka boleh menampung kira-kira 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa dimana 'Ruang Utama Solat' telah dilengkapkan dengan beberapa unit penyaman udara untuk memberikan keselesaan yang sebaik-baiknya kepada para Jemaah Masjid.

Tahun 2008[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, Jawatankuasa Masjid Ubudiyah telah merancang untuk membina sebuah bangunan baru bagi menggantikan 'tempat berwuduk', 'tandas dan bilik air' bagi 'lelaki dan wanita', 'bilik setor', dan juga 'dapur dan ruang pelbagai guna'. Sekali lagi pada tahun 2009, Pihak Kerajaan telah meluluskan sumbangan sebanyak RM450,000.00 untuk projek pembangunan yang dirancang ini. Pembangunan projek ini telah bermula pada Julai 2009 dan siap sebelum menyambut 'Aidilfitri 1430H' bersamaan Oktober 2009.

Jawatankuasa Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka sentiasa berbincang, bermesyuarat dan juga berusaha dari semasa ke semasa untuk sentiasa memakmurkan, mengimarahkan dan menghidupkan Masjid ini. Ianya meliputi dalam segala aspek termasuk pemantapan rohani dan juga pembangunan kemajuan Masjid, khasnya dengan melaksanakan pelbagai kegiatan di Masjid, supaya Rumah Allah ini akan sentiasa diimarahkan dan dimakmurkan bersama.

Tuan Haji Ismail bin Jaafar telah menjadi 'Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ubudiyah' sejak Masjid ini mula diwujudkan sehinggalah pada 28 Februari 2009 lalu.

Tahun 2018[sunting | sunting sumber]

Tahun 2018 yang lalu, pemilihan Jawatankuasa Masjid ( 'Pengerusi', 'Setiausaha', 'Bendahari' ) di seluruh Negeri Melaka telah dipilih secara melalui pencalonan dan temuduga dari Pihak Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM).

Kuliah Agama Masjid[sunting | sunting sumber]

Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka
Kuliah Agama Tahun 2022
KULIAH HARI ISNIN-JUMAAT
Setiap Hari Isnin Maghrib
Minggu 1Ustaz Muhammad Idris bin Muharam
Minggu 2Ustaz Muhammad Ridhwan bin Mohd Danian
Minggu 3Ustaz Muhammad Idris bin Muharam
Minggu 4Ustaz Muhammad Ridhwan bin Mohd Danian
Setiap Hari Selasa Maghrib
Minggu 1Ustaz Faezal bin Che Man
Minggu 2Ustaz Abdul Manap bin Mohamad
Minggu 3Ustaz Faezal bin Che Man
Minggu 4Ustaz Abdul Manap bin Mohamad
Setiap Hari Rabu Maghrib
Minggu 1Ustaz Muhammad Hariz bin Ruslan
Minggu 2Ustaz Datuk Hj Mohd Sidek bin Md Raus
Minggu 3Ustaz Muhammad Hariz bin Ruslan
Minggu 4Ustaz Datuk Hj Mohd Sidek bin Md Raus
Setiap Hari Khamis Maghrib
Minggu 1Ustaz Muhammad Asyraf bin Sulaiman
Minggu 2Majlis Bacaan Yasin
Minggu 3Ustaz Muhammad Asyraf bin Sulaiman
Minggu 4Majlis Bacaan Yasin
Setiap Hari Jumaat Maghrib
Minggu 1
Minggu 2Ustaz Mohd Najib bin Kasim
Minggu 3
Minggu 4Ustaz Mohd Najib bin Kasim
KULIAH HARI SABTU & AHAD
Setiap Hari Sabtu Subuh
Minggu 1
Minggu 2Ustaz Faisol bin Sheikh Mohammed
Minggu 3Ustaz Ismail bin Ibrahim
Minggu 4Ustaz Faisol bin Sheikh Mohammed
Setiap Hari Sabtu Maghrib
Minggu 1Ustaz Hj Mohd Nazri bin Hj Zainal
Minggu 2Ustaz Hj Mohd Nazri bin Hj Zainal
Minggu 3Ustaz Hj Mohd Nazri bin Hj Zainal
Minggu 4
Setiap Hari Ahad Subuh
Minggu 1Ustaz Mohammad Azli bin Abdul Rahman
Minggu 2Ustaz Dr Redwan bin Datuk Wira Yasin
Minggu 3Ustaz Mohammad Azli bin Abdul Rahman
Minggu 4Ustaz Dr Redwan bin Datuk Wira Yasin
Setiap Hari Ahad Maghrib
Minggu 1Sahibus Samahah Ustaz Datuk Wira Hj.Abdul Halim bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka)
Minggu 2Sahibus Samahah Ustaz Datuk Wira Hj.Abdul Halim bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka)
Minggu 3Sahibus Samahah Ustaz Datuk Wira Hj.Abdul Halim bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka)
Minggu 4Sahibus Samahah Ustaz Datuk Wira Hj.Abdul Halim bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka)

Kariah Masjid[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai Kariah Masjid di bawah Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka :


Kariah Masjid Ubudiyah Ayer Keroh, Melaka
MASJID UBUDIYAH AYER KEROH
Taman Ayer Keroh Heights
AlamatJalan Utama,
Taman Ayer Keroh Heights,
Ayer Keroh
SURAU AL-HIDAYAH
Taman Muzaffar Shah
AlamatJalan Sri Aman 2,
Taman Muzaffar Shah,
Ayer Keroh
SURAU AL-WAHDAH
Taman Muzaffar Heights
AlamatJalan MH30,
Taman Muzaffar Heights,
Ayer Keroh
SURAU AL-ISLAH
Taman TAKH
AlamatJalan TAKH 5,
Taman TAKH,
Ayer Keroh
SURAU AL-MUTTAQIN
Taman Ayer Keroh Heights 1
AlamatJalan TAKH 14,
Taman Ayer Keroh Heights 1,
Ayer Keroh

Sejarah Nama Masjid[sunting | sunting sumber]

Nama 'Masjid Ubudiyah' telah diberi oleh 'Mufti Negeri Melaka' ketika itu, Sahibus Samahah Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Yunus Bin Haji Mohd Yatim.

Alamat Masjid[sunting | sunting sumber]

Masjid Ubudiyah Ayer Keroh,
Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights, 75450 Ayer Keroh, Melaka, Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://masjid.islam.gov.my/index.php?data=aW5mby1tYXNqaWQucGhw&id=2977&jenis=&nama=&negeri=&daerah=. Missing or empty |title= (bantuan)