Masjid Umbai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Umbai
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamHj Aron Bin Mamat 2017 (Imam Besar)
En Zaidi Bin Haron 2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-JSN-00115
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
DaerahJasin, Melaka
LokasiMasjid Umbai,
Km 14,
Umbai,
77300 Merlimau, Melaka
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Umbai

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Umbai merupakan sebuah masjid yang terletak di Km 14, Umbai, 77300 Merlimau, Melaka.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Umbai,
Km 14,
Umbai,
77300 Merlimau, Melaka

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Jamek Umbai ini telah dibina pada tahun 1852 secara gotong-royong oleh penduduk kariah di atas tanah lot 1205 yang diwakafkan oleh Tuan Hj. Hamid Bin Jais.

Masjid ini mempunyai 6 tiang, 2 tiang konkrit batu dan 4 tiang dibuat dari kayu berlian. Tiang kayu berlian ini diukir oleh beberapa orang pengukir mahir. Kubah masjid pula diperbuat dari batu karang selat Melaka.

Tembok masjid ini dibina dari konkrit batu dan tanah liat setebal kira-kira 18 inci. Pintu dan tingkapnya dibuat daripada kayu berlian. Keluasan asal masjid ini ialah 30 kaki x 28 kaki dan beranda berukuran 8 kaki. Masjid ini boleh menampung ahli kariah lebih daripada 200 jemaah dalam satu masa.

Mihrabnya diperbuat dari kayu berlian dan diukir oleh beberapa orang pengukir kayu yang cukup mahir. Pada tahun 1936, Masjid Jamek Kampung Umbai ini telah berpecah kariah kepada masjid Bukit Tembakau. Masjid ini mengalami beberapa perubahan dan diubahsuaikan pada tahun 1977 bagi menampung jemaah yang kian bertambah.. Pada tahun 1990, mengikut keperluan semasa, sekali lagi Masjid Jamek Kampung Umbai berpecah kariah dengan terbinanya masjid Kg. Seri Minyak. Dan pada tahun 1999 Masjid Jamek Kampung Umbai sekali lagi berpecah kariah iaitu terbinanya Masjid Kampung Berangan Enam.

Disini juga terdapat makam tinggalan sejarah iaitu Makam Sultan Ali.


Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Umbai merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Jasin, Melaka.
Ia diwartakan pada tarikh 6 Mei 2004. Masjid Umbai memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-JSN-00115.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat lokasi & kedudukan Masjid Jamek Kampung Umbai Google Maps