Pergi ke kandungan

Masjid Yavuz Selim

Koordinat: 41°01′35.6″N 28°57′4.8″E / 41.026556°N 28.951333°E / 41.026556; 28.951333
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Yavuz Sultan Selim
Masjid Selim I
Info asas
LokasiIstanbul, Turki
Koordinat geografi41°01′35.6″N 28°57′4.8″E / 41.026556°N 28.951333°E / 41.026556; 28.951333
AgamaIslam
NegaraTurki
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Pecah tanah pada1520/21
Disiapkan pada1527/28
Spesifikasi
Tinggi (maks)32.5 m (107 ka)
Lebar kubah (luaran)24.5 m (80 ka)
Bil. menara masjid2
Tinggi menara masjid45 m (148 ka)?
Bahan binaanBatu, granit, marmar

Masjid Yavuz Selim, juga dikenali sebagai Masjid Selim I dan Masjid Yavuz Sultan Selim (Turki: Yavuz Selim Camii) ialah sebuah masjid Uthmaniyyah abad ke-16 yang terletak di puncak bukit kelima Istanbul, Turki, dalam kejiranan Çukurbostan, menghadap ke Tanduk Emas. Saiz dan kedudukan geografinya menjadikannya mercu tanda biasa di latar langit Istanbul.

Masjid Yavuz Selim ialah masjid empayar kedua tertua di Istanbul yang masih ada. Ia telah ditugaskan oleh sultan Uthmaniyyah Sulaiman al-Qanuni untuk mengenang ayahandanya Selim I yang mangkat pada tahun 1520. Arkiteknya ialah Alaüddin (Acem Alisi).[1] Masjid ini siap dibina pada tahun 1527/8. Percubaan telah dibuat untuk mengaitkan struktur itu dengan arkitek empayar terkenal Mimar Sinan, tetapi tiada bukti dokumentari yang menyokong, di samping tarikh masjid itu terlalu awal. Walau bagaimanapun, salah satu türbe di taman masjid memang merupakan karya Sinan (lihat di bawah).

Seni bina

[sunting | sunting sumber]

Masjid ini dibina di atas teres yang menghadap ke Tangki Aspar, takungan terbesar dalam kalangan tiga takungan Rom di Constantinople. Halaman besar (avlu) mempunyai serambi bertiang dengan tiang pelbagai jenis marmar dan granit. Masjid ini mempunyai panel jubin berwarna yang dihias menggunakan teknik cuerda seca. Ini adalah serupa dengan panel lunet di atas tingkap di kedua-dua sisi perapian "bilik berkhatan" (sünnet odası) Istana Topkapı, dan hampir pasti dibuat oleh kumpulan tukang Iran yang sama yang bekerja buat mahkamah Uthmaniyyah.[2][3] Masjid ini diapit oleh menara berkembar.

Pelan dalaman masjid adalah bilik persegi sederhana, 24.5 meter (80 ka) pada setiap sisi, dilindungi oleh kubah cetek 32.5 meter (107 ka) dalam ketinggian.[4] Seperti Hagia Sophia, kubahnya jauh lebih cetek daripada hemisfera penuh. Tingkapnya dihiasi dengan panel lunet terdiri daripada jubin polikrom cuerda seca. Di utara dan selatan bilik utama, laluan berkubah membawa kepada empat bilik berkubah kecil, yang bertujuan untuk berfungsi sebagai tempat rehat bagi darwisy yang bermusafir.

Terletak di taman di belakang masjid serta menghadap ke Tanduk Emas ialah türbe Sultan Selim I yang telah siap pada tahun 1523. Bangunan ini berbentuk segi lapan secara luaran, dan mempunyai anjung yang dihiasi dengan panel jubin reka bentuk yang unik.[4]

Türbe oktagon kedua dengan inskripsi panjang yang diukir di bahagian luarnya mengandungi makam tiga anakanda lelaki Sulaiman (Mahmud, Murad dan Abdullah) dan dua anakanda perempuan Selim I (Hafize Hafsa dan Hatice). Ia bertarikh dari 1556, dan dikaitkan dengan Mimar Sinan. Türbe ketiga di taman itu milik Sultan Abdülmecid I, dibina sejurus sebelum kemangkatannya pada tahun 1861.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Carswell, John (2006) [1998]. Iznik Pottery. London: British Museum Press. ISBN 978-0-7141-2441-4.
  • Goodwin, Godfrey (2003) [1971]. A History of Ottoman Architecture. London: Thames & Hudson. ISBN 0-500-27429-0.
  • Necipoğlu, Gülru (1990). "From International Timurid to Ottoman: a change of taste in sixteenth-century ceramic tiles". Muqarnas. 7: 136–170. doi:10.2307/1523126. JSTOR 1523126.
  • Necipoğlu, Gülru (2005). The Age of Sinan: Architectural Culture in the Ottoman Empire. London: Reaktion Books. ISBN 978-1-86189-253-9.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]