Masjid di Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Terdapat sebanyak 542 buah Masjid di seluruh negeri Kelantan [1] Jumlah tersebut merangkumi sebuah Masjid Negeri (iaitu Masjid Muhammadi, Kota Bharu), 9 buah Masjid Kepala Jajahan, 526 buah Masjid Mukim dan 6 buah Masjid Bandar.

Jajahan Kota Bharu mempunyai sebanyak 120 buah masjid, dengan 6 buah darinya adalah Masjid Bandar dan 114 buah Masjid Mukim.

Masjid Muhammadi yang terletak di Kota Bharu merupakan Masjid rasmi bagi negeri Kelantan. Masjid dikenali juga sebagai "Masjid Besar" di kalangan masyarakat Kelantan.

Terdapat sebanyak 82 buah masjid di Pasir Mas, diikuti oleh Pasir Puteh dengan 61 buah, Bachok 55 buah, Kuala Krai 49 buah, Tanah Merah 44 buah, Machang dan Tumpat masing-masing 40 buah, Gua Musang 31 buah dan 20 buah di Jeli.


Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Notakaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Sumber : Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan).