Masjid e Tooba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Tooba mosque.jpeg
Pemandangan hadapan masjid

Masjid e Tooba atau Masjid Tooba terletak di Karachi, Sindh, Pakistan. Orang tempatan memanggilnya sebagai Masjid Gol. Masjid e Tooba dibina pada tahun 1969 di "Defence Housing Society Karachi", Karachi.

Masjid e Tooba juga dianggap sebagai masjid berkubah satu terbesar di dunia. Masjid ini juga menjadi tarikan pelancong di Karachi. Masjid e Tooba dibina dengan jubin putih tulen. Kubah Masjid e Tooba berdiameter 72 meter (236 kaki) dan diimbangkan dengan dinding masjid dan tiada tiang penyokong di dalamnya. Masjid e Tooba mempunyai sebuah menara masjid berketinggian 70 meter. Ruang solat utama berkapasiti 5,000 jemaah. Masjid ini juga mempunyai kelebihan akustik. Seseorang yang bercakap di sebelah hujung masjid dapat didengari di sebelah hujung masjid yang lain.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]