Mask (siri TV 2015)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mask
Juga dikenali sebagai
  • The Mask
  • Gamyeon
GenreRomantik
Melodrama
Keluarga
Ditulis olehChoi Ho-chul
PengarahBoo Sung-chul
Dibintangi oleh
Soo Ae
Ju Ji-hoon
Yeon Jung-hoon
Yoo In-young
PenggubahKim Jun-seok
Jung Se-rin
Negara asalKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifKim Yong-hoon
Shim Jung-woon
PenerbitLee Yong-seok
Kim Dong-ho
PenyuntingJo In-hyung
Im Ho-cheol
SinematografiHong Seong-gil
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Golden Thumb Pictures
Sim Entertainment
Penyiaran
Saluran asalSBS
Format gambar1080i
Format audioDolby Digital 2.0
Siaran asal27 Mei 2015 (2015-05-27) – 30 Julai 2015 (2015-07-30)
Pautan luar
Laman sesawang

Mask (Hangul가면; RRGamyeon) ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2015 dibintangi oleh Soo Ae, Ju Ji-hoon, Yeon Jung-hoon dan Yoo In-young.[1][2] Drama ini disiarkan menerusi saluran SBS bermula 27 Mei sehingga 30 Julai 2015 pada hari Rabu dan Khamis pukul 9:55 malam sebanyak 20 episod.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Byun Ji-sook (Soo Ae) adalah pekerja di kedai serbaneka dimana keluarganya sedang terbelit dengan hutang. Manakala Seo Eun-ha (Soo Ae) adalah gadis konglomerat yang telah bertunangan dengan Choi Min-woo (Ju Ji-hoon). Mereka kini ditunangkan tanpa adanya perasaan cinta dan semata-mata hanya ingin menyatukan bisnes keluarga mereka. Namun, walaupun sudah terikat dalam pertunangan, Eun-ha ternyata masih mencintai Min Suk-hoon (Yeon Jung-hoon) yang sebenarnya adalah suami kepada Choi Mi-yoon (Yeo In-young), dimana dia adalah adik tiri kepada Min-woo.

Suk-hoon adalah seorang lelaki yang pandai berpura-pura selalu berusaha terlihat baik di luar tapi dalam diam selalu berusaha membuat Min-woo gila dengan membuat ilusi melalui ahli hipnotis, bahkan memberinya ubat yang membuatnya tak bisa mengawal dirinya. Disebabkan hal itu, Min-woo bahkan sering dianggap tidak waras oleh keluarganya.

Konflik dimulai ketika Min-woo sedang makan bersama Eun-ha di tepi kolam renang, Eu-ha tiba-tiba tenggelam di kolam renang dan jatuh koma. Sebelum koma, Eun-ha mengatakan pada Suk-hoon jika dia pernah melihat wanita yang seiras wajahnya dengan dia di sebuah di kedai serbaneka bernama Ji-sook. Merasa bisnesnya bakal terancam dengan komanya Eu-ha, Su-hoon mencari Ji-sook dan meminta Ji-sook untuk menyamar sebagai Eun-ha. Suk-hoon bahkan mengancam Ji-sook dan menjanjikannya sejumlah wang. Dengan keadaan keluarganya yang dikelilingi hutang, Ji-sook pun menerima tawaran Suk-hoon. Ji-sook pun menjadi boneka Suk-hoon untuk memanfaatkan Min-woo. Ji-sook harus membuat Min-woo jatuh cinta, sehingga apapun yang dia katakan akan diikuti oleh Min-woo.

Suk-hoon yang tidak mahu rancangannya itu gagal, dia kemudian mencampakkan tubuh Eun-ha sebenar yang masih dalam keadaan koma ke dalam laut. Ketika setelah tubuhnya ditemukan, Eun-ha yang sudah jadi mayat kini dikenali sebagai Ji-sook yang sudah lama menghilang. Keluarga Ji-sook pun merasa tertekan dengan kematian orang yang mereka sangka sebagai Ji-sook itu.

Ji-sook yang kini menyamar sebagai Eun-ha, telah pulih sepenuhnya dan akhirnya berkahwin dengan Min-woo. Perkahwinan mereka pun dilakukan hanya demi kepentingan bisnes tanpa adanya rasa cinta. Namun seiring berjalannya waktu, Min-woo merasakan perubahan dalam diri Eun-ha yang dulunya dingin dan angkuh, kini menjadi peramah dan ceria. Min-woo pun dalam diam mulai menyukai Eun-ha tanpa mengetahui jika Eun-ha adalah orang lain. Eun-ha berhasil memikat hati Min-woo.

Penyamaran Ji-sook sebagai Eun-ha tidak selamanya bertahan. Walaupun mempunyai wajah yang seiras dengan Eun-ha, tapi sifatnya yang bertentangan dengan Eun-ha pun mulai menimbulkan kecurigaan. Ji-sook pun harus bertahan dengan berbagai tekanan demi membawa perubahan dalam keluarganya. Bagaimana kisah selanjutnya? Adakah identiti sebenar Ji-sook akan terbongkar?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Watak sokongan[sunting | sunting sumber]

  • Jung Dong-hwan sebagai Byun Dae-sung
  • Yang Mi-kyung sebagai Kang Ok-soon
  • Hoya sebagai Byun Ji-hyuk
  • Jeon Guk-hwan sebagai Choi Doo-hyun
  • Park Joon-geum sebagai Pn. Song
  • Park Yong-soo sebagai Seo Jong-hoon
  • Lee Jong-nam sebagai Pn. Lee
  • Kim Byung-ok sebagai Pengarah Shim
  • Jo Han-sun sebagai Kim Jung-tae
  • Park Yeon-soo sebagai Myung-hwa
  • Hwang Seok-jung sebagai Mal-ja
  • Park Jun-myeon sebagai Pengurus besar Yeo
  • Joo Jin-mo sebagai Profesor Kim
  • Kim Ji-min sebagai Kim Yeon-soo
  • Moon Sung-ho sebagai Nam-chul
  • Cho Yoon-woo sebagai Oh Chang-soo
  • Sung Chang-hoon sebagai Bbul-te
  • Jeon Jin-seo sebagai Choi Min-woo sewaktu kecil

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ha, Soo-jung (10 Mac 2015). "Joo Ji Hoon and Soo Ae Confirmed to Return to TV with Mask". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-12. Dicapai pada 22 April 2015.
  2. ^ Doo, Rumy (20 Mei 2015). "Two sides of Soo Ae". The Korea Herald. Dicapai pada 27 Mei 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]