Pergi ke kandungan

Masked Rider Den-O

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masked Rider Den-O
Tajuk drama
GenreTokusatsu
PenciptaShotaro Ishinomori
Ditulis olehYasuko Kobayashi, Shōji Yonemura
PengarahRyuta Tasaki, Takao Nagaishi, Tarō Sakamoto, Hidenori Ishida, Osamu Kaneda, Kenzō Maihara, Naomi Tamura, Takayuki Shibasaki
Dibintangi oleh
Takeru Satoh
Yuriko Shiratori
Tamaki Matsumoto
Rina Akiyama
Kenjirō Ishimaru
Yuichi Nakamura
Lagu pembukaan"Climax Jump" oleh AAA Den-O form
"Climax Jump DEN-LINER form" oleh Momotaros, Urataros, Kintaros, & Ryutaros
Lagu penutup"Double-Action" oleh Ryotaro Nogami & Momotaros
"Double-Action Rod form" oleh Ryotaro Nogami & Urataros
"Double-Action Ax form" oleh Ryotaro Nogami & Kintaros
"Double-Action Gun form" oleh Ryotaro Nogami & Ryutaros
"Action-ZERO" oleh Yuto Sakurai & Deneb
"Real-Action" oleh Ryotaro Nogami
PenggubahToshihiko Sahashi
Shuhei Naruse
Negara asalJepun Jepun
Bilangan episod49 (Senarai episod)
Penerbitan
PenerbitJun Kaji
Shinichirō Shirakura
Naomi Takebe
Tempoh siaran24-25 minit (per episod)
Penyiaran
Saluran asalTV Asahi
Siaran asal28 Januari 2007 – 20 Januari 2008
Kronologi
MengikutiKamen Rider Kabuto
Diikuti olehKamen Rider Kiva
Pautan luar
Laman sesawang

Masked Rider Den-O (仮面ライダー電王, Kamen Raidā Den'ō, Kamen Rider Den-O) adalah siri drama ke-17 dari siri Tokusatsu glamor Kamen Rider. Drama ini adalah hasil usaha sama syarikat Ishimori Productions dengan Toei. Drama ini mula diperkenalkan pada 28 Januari 2007 sehingga 20 Januari 2008.

Drama ini mencipta kelainan tersendiri kerana berjaya menarik minat peminat anime Jepun. Selain itu, tiga filem dari drama ini telah dihasilkan. Malah, jualan CD muzik dan DVD bagi drama ini adalah antara yang tertinggi sepanjang drama Tokusatsu Kamen Rider ditayang. Tambahan pula, Toei akan menayangkan filem keempat bagi drama ini di pawagam-pawagam Jepun pada 1 Mei 2009.

"Kereta api masa, Den-Liner. perhentian seterusnya, masa silam atau masa hadapan?" (時の列車デンライナー。次の駅は過去か未来か。, Toki no ressha Denrainā. Tsugi no eki wa kako ka mirai ka.)

Nogami Ryotaro adalah pemuda yang sentiasa bernasib malang. Pada suatu hari, ada satu peristiwa ganjil berlaku dan dia terjumpa satu pas yang ganjil milik seorang perempuan misteri. Perempuan itu juga muncul bersama kereta api yang besar yang mampu merentas masa. Selain itu, dia juga dirasuk oleh satu entiti yang dipanggil Imagin (イマジン, Imajin); makhluk masa hadapan yang mahu mengubah masa silam. Sungguhpun keliru dengan krisis yang berlaku, Ryotaro bertukar mennjadi Kamen Rider Den-O untuk menghalang mana-mana makhluk Imagin yang mahu mengubah masa silam. Dalam pengembaraan Ryotaro, dia disertai oleh Imagin yang panas baran, Momotaros; Imagin yang miang, Urataros; Imagin yang kuat, Kintaros; dan Imagin yang keanak-anakan, Ryutaros. Dia kemudainnya bertemu dengan Sakurai Yuto dan rakan Imaginnya, Deneb. Yuto adalah Kamen Rider Zeronos dan juga pengembara masa. Dia adalah versi masa silam tunang kakak Ryotaro, Airi yang menghilang secara tiba-tiba, Sakurai, dan mempunyai kaitan dengan kemunculan Imagin.

Imagine (イマジン, Imajin) adalah makhluk pasir yang datang dari masa hadapan ke tahun 2007 untuk mengubah masa supaya dimensi masa tahun 2007 itu bersambung dengan dimensi masa hadapan mereka. Demi mencapai matlamat tersebut, Imagin akan merasuk tubuh manusia dan menunaikan hajat atau impian mereka, dalam bentuk perjanjian. Oleh itu, Imagin yang berjaya membuat perjanjian akan mendapat tubuh yang berbeza dengan tubuh asalnya iaitu pasir. Sebagai balasan, sekiranya Imagin berjaya menunaikan impian manusia yang dirasuknya, Imagin dapat mengembara ke zaman paling manis bagi manusia itu sebelum mengubah masa. Tindakan mereka ini menyebabkan sejarah hidup manusia yang terlibat pada tahun 2007 berubah. Namun, sekiranya Imagin kehilangan tubuh itu, Imagin bertukar menjadi gergasi yang dipanggil Gigandeath.

Senarai episod

[sunting | sunting sumber]
  1. Aku, Tiba! (俺、参上!, Ore, Sanjō!)
  2. Ride on Time (Mengembara dalam Masa) (ライド・オン・タイム, Raido On Taimu)
  3. Outlaw Momotarō (Momotarō Melanggar Undang-undang (アウトロー・モモタロー, Autorō Momotarō)
  4. Pergilah! Saya Serius (鬼は外!僕はマジ, Oni wa Soto! Boku wa Maji)
  5. Sudi Saya Memancing Awak? (僕に釣られてみる?, Boku ni Tsuraretemiru?)
  6. Maruah Si Penipu (サギ師の品格, Sagishi no Hinkaku)
  7. Jealousy Bomber (Pengebom Cemburu) (ジェラシー・ボンバー, Jerashī Bonbā)
  8. Melodi Sedih, Kenangan Indah (哀メロディ・愛メモリー, Ai Merodī Ai Memorī)
  9. Kautangisi Kekuatanku (俺の強さにお前が泣いた, Ore no Tsuyosa ni Omae ga Naita)
  10. Hana, Si Individu Luar Biasa yang Bergolak (ハナに嵐の特異点, Hana ni Arashi no Tokuiten)
  11. Kegilaan, Delusi, Nafas Bayi (暴走・妄想・カスミ草, Bōsō Mōsō Kasumisō)
  12. Lari, Taros! (走れタロス!, Hashire Tarosu!)
  13. Ha? Jawapan Engkau Bukannya Satu Hal (いい?答えは聞いてない, Ii? Kotae wa Kiitenai)
  14. Dance With Dragon (Menari dengan Naga) (ダンス・ウィズ・ドラゴン, Dansu Wizu Doragon)
  15. Bath Jack Panic (Tawanan Bilik Air dalam Gelabah) (銭湯(バス)ジャック・パニック, Basu Jakku Panikku)
  16. Bintang Kegembiraan, Penjenayah Menyerah (幸福の星、降伏の犯人(ホシ), Kōfuku no Hoshi, Kōfuku no Hoshi)
  17. Lelaki Itu!, Memang Orang Zaman Silam? (あの人は今!も過去?, Ano Hito wa Ima! Mo Kako?)
  18. Tunangan (Pemilik) Sawat Jam (時計じかけの婚約者(フィアンセ), Tokei Jikake no Fianse)
  19. Lelaki Itu, Permulaan Zero (その男、ゼロのスタート, Sono Otoko, Zero no Sutāto)
  20. Biar Aku Khabarkan Awal-awal (最初に言っておく, Saisho ni Itte Oku)
  21. Gaya Bertarung (ケンカのリュウ儀, Kenka no Ryūgi)
  22. Masa Hadapan yang Bisu (ハナせない未来, Hanasenai Mirai)
  23. Putera Tiba, Tunduk Hormat! (王子降臨、頭が高い!, Ōji Kōrin, Zu ga Takai!)
  24. Ulit Selamat Tinggal Putera (グッバイ王子のララバイ, Gubbai Ōji no Rarabai)
  25. Climax Double Jump (Kemuncak Lompatan Berkembar) (クライマックスW(ダブル)ジャンプ, Kuraimakkusu Daburu Janpu)
  26. Tiket ke Landasan "Dewa" (神の路線へのチケット, Kami no Rosen e no Chiketto)
  27. The Diamond Thieving Fang (ダイヤを乱す牙, Daiya o Midasu Kiba)
  28. Terlalu Bertuah, Terlalu Seronok, Terlalu Ganjil (ツキすぎ、ノリすぎ、変わりすぎ, Tsuki Sugi, Nori Sugi, Kawari Sugi)
  29. Lucky Horror Show (Pertunjukkan Hantu Bertuah) (ラッキー・ホラー・ショー, Rakkī Horā Shō)
  30. Encik, Bunga Api Sudah Sedia? (奥さん花火どう?, Oku-san Hanabi Dō?)
  31. Ai Need Yu (Ai Perlukan Yu) (愛(アイ)・ニード・侑(ユウ), Ai Nīdo Yū)
  32. Kad Kereta Api Zero Terakhir! (終電カード・ゼロ!, Shūden Kādo Zero!)
  33. Kohana Si Pengembara Masa (タイムトラブラー・コハナ, Taimu Toraburā Kohana)
  34. Selang Masa Si Pemain Piano (時の間(はざま)のピアニスト, Toki no Hazama no Pianisuto)
  35. Kemunculan Tragis Kad Zero (悲劇の復活カード・ゼロ, Higeki no Fukkatsu Kādo Zero)
  36. Tanpa Rasukan, Tanpa Pisahan, Tetakan Kereta Api! (憑かず、離れず、電車斬り!, Tsukazu, Hanarezu, Densha Giri!)
  37. Wajah Aku Macam Itu, Bukan? (俺、そういう顔してるだろ?, Ore, Sōiu Kao Shiteru daro?)
  38. Kereta Api Raja di dalam Terminal Kereta Api (電車の中の電車王, Densha no Naka no Denshaō)
  39. Rider Juga Akan Lesap (そしてライダーもいなくなる, Soshite Raidā mo Inakunaru)
  40. Change Imagin World (Dunia Imagin Berubah) (チェンジ・イマジン・ワールド, Chenji Imajin Wārudo)
  41. Candy Scandal (Skandal Manisan) (キャンディ・スキャンダル, Kyandi Sukyandaru)
  42. Ingatan Diperbaharui (想い出アップデート, Omoide Appudēto)
  43. Something Missing (Kehilangan Sesuatu) (サムシング・ミッシング, Samushingu Misshingu)
  44. Resolusi Aksi Individu (決意のシングルアクション, Ketsui no Shinguru Akushon)
  45. Mengenang (atau Mengulangi) Hari Yang Kosong (甦る空白の一日, Yomigaeru Kūhaku no Ichinichi)
  46. Sekarang Muncullnya Cinta dan Kebenaran (今明かす愛と理(ことわり), Ima Akasu Ai to Kotowari)
  47. Kautangisi Pemergianku (俺の最期にお前が泣いた, Ore no Saigo ni Omae ga Naita)
  48. Perpisahan Songsang... (ウラ腹な別れ・・・, Urahara na Wakare...)
  49. Kemuncak Takkan Hilang Walau Apa Jua Hal Sekalipun (クライマックスは続くよどこまでも, Kuraimakkusu wa Tsuzuku yo Dokomademo)

Senarai filem

[sunting | sunting sumber]
  1. Edisi Filem Kamen Rider Den-O: Aku Lahir! (劇場版 仮面ライダー電王 俺、誕生!, Gekijōban Kamen Raidā Den'ō Ore, Tanjō!) (ditayang pada 4 Ogos 2007)
  2. Edisi Filem Kamen Rider Den-O & Kiva: Detektif Klimaks (劇場版 仮面ライダー電王&キバ クライマックス刑事(デカ), Gekijōban Kamen Raidā Den'ō ando Kiba Kuraimakkusu Deka) (ditayang pada 12 April 2008)
  3. Edisi Filem Selamat Jalan Kamen Rider Den-O: Pengiraan Detik Terakhir (劇場版 さらば仮面ライダー電王 ファイナル・カウントダウン, Gekijōban Saraba Kamen Raidā Den'ō Fainaru Kauntodaun) (ditayang pada 4 Oktober 2008)
  4. Super. Kamen Rider Den-O & Decade' (超・仮面ライダー電王&ディケイド, Chō-Kamen Raidā Den'ō ando Dikeido) (akan ditayang pada 1 Mei 2009).

Senarai lagu

[sunting | sunting sumber]

Climax Jump

  • Lirik: Shoko Fujibayashi (藤林 聖子, Fujibayashi Shōko)
  • Komposer & Susun Atur: Shuhei Naruse (鳴瀬 シュウヘイ, Naruse Shūhei)
"Climax Jump", lagu pembukaan drama Kamen Rider Den-O, adalah single pertama kumpulan AAA yang berjaya menembusi carta sepuluh lagu popular di carta Oricon. Lagu ini juga dijadikan lagu tema untuk Den-O Climax Form dan pernah sekali dijadikan lagu penutup drama ini. Ini kerana drama ini tidak menyiarkan lagu penutup kecuali sekali selepas Climax Form diperkenalkan. Lagu ini juga diperlbagaikan versinya seperti berikut:
  1. Climax Jump (nyanyian kumpulan AAA)
  2. Climax Jump Den-Liner Form (nyanyian Momotaros, Urtaros, Kintaros, dan Ryutaros)
  3. Climax Jump pop'n form (muncul dalam permainan game Konami, "pop'n music 16 PARTY♪")
  4. Climax Jump HIPHOP ver. (lagu tema ketika Ryutaros menari "Break Dance" selepas merasuk Ryotaro)
  5. Climax Jump Dark HIPHOP ver. (lagu tema ketika Kai menguasai minda penari "Break Dance")
Sempena tayangan filem ketiga Den-O, kumpulan AAA bersama empat jurualih suara untuk Taros (gelaran yang merujuk kepada Imagin merasuk Ryotaro yang menggunakan nama Taros) merakam album mini yang bertajuk Baguslah! Hebatlah! Mengagumkan, Bukan?! (いーじゃん! いーじゃん! スゲーじゃん?!, Ī jan! Ī jan! Sugē jan?!). Album mini ini mengandungi variasi lagu Climax Jump seperti berikut:
  1. Climax Jump the Final
  2. Climax Jump Sword Form
  3. Climax Jump Rod Form
  4. Climax Jump Axe Form
  5. Climax Jump Gun Form
  6. Climax Jump Wing Form

Double-Action

  • Lirik: Shoko Fujibayashi (藤林 聖子, Fujibayashi Shōko)
  • Komposer: LOVE+HATE, Shuhei Naruse (鳴瀬 シュウヘイ, Naruse Shūhei)
  • Susun Atur: LOVE+HATE, Yōichi Sakai (酒井 陽一, Sakai Yōichi), Shuhei Naruse (鳴瀬 シュウヘイ, Naruse Shūhei)
"Double-Action", lagu tema untuk Kamen Rider Den-O. Lagu ini dipelbagaikan variasinya mengikut bentuk (Form) yang digunakan oleh Den-O ketika berperang. Lagu ini dinyanyikan oleh Ryotaro bersama dengan salah satu Imaginnya. Hanya bentuk "Climax Form" sahaja yang tidak menggunakan variasi lagu ini. Berikut adalah senarai variasi lagu ini:
  1. Double-Action (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Momotaros)
  2. Double-Action Rod Form (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Urataros)
  3. Double-Action Axe Form (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Kintaros)
  4. Double-Action Gun Form (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Ryutaros)
  5. Double-Action Wing Form (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Sieg)
  6. Double-Action Piano Form (versi instrumental yang digunakan sebagai lagu tema perang pada episod 33 dan 34)
  7. Double-Action Coffee Form (nyanyian Nogami Airi dan Naomi)
  8. Double-Action GAOH Form (nyanyian Gaoh, lagu tema Kamen Rider Gaoh)
  9. Double-Action CLIMAX Form (nyanyian kumpulan Taros berempat dan Deneb, lagu tema untuk filem kedua Kamen Rider Den-O: Detektif Klimaks)

Action-ZERO

  • Lirik: Shoko Fujibayashi (藤林 聖子, Fujibayashi Shōko)
  • Komposor & Susun Atur: LOVE+HATE
  • Penyanyi: Yuto Sakurai & Deneb
Lagu ini adalah lagu tema perang untuk Kamen Rider Zeronos dan Imagin Deneb. Lagu ini tidak mempunyai variasi seperti lagu "Double-Action". Namun, pihak Avex mengeluarkan versi instrumental piano bagi lagu ini dan diberi judul "Action-ZERO Piano Form". Lagu ini telah diterbitkan bersama single "Double-Action Wing Form".

Real-Action

  • Lirik: Shoko Fujibayashi (藤林 聖子, Fujibayashi Shōko)
  • Komposor & Susun Atur: Ryo
  • Penyanyi: Ryotaro Nogami
Lagu ini adalah lagu tema perang untuk Kamen Rider Den-O Liner Form.

Jika Kita Bertemu Dalam Mimpi...

  • Tajuk asal: "Yume de aeta nara…" (夢で逢えたなら…)
  • Lirik & Komposer: Shogo (SHOGO(ショーゴ), Shōgo)
  • Penyanyi: 175R (disebut sebagai Inago R)
Lagu ini adalah lagu tema untuk filem pertama Kamen Rider Den-O: Aku Lahir.

Senarai DVD

[sunting | sunting sumber]
  • Kamen Rider Den-O Hyper Battle DVD: Singing, Dancing, Great Time!! (仮面ライダー電王超(ハイパー)バトルDVD「うたって、おどって、大とっくん!!」, Kamen Raidā Den'ō Haipā Batoru Dī Bui Dī)
  • Kamen Rider Den-O: Collection DVD: "Imagine Anime" (仮面ライダー電王 コレクションDVD「イマジンあにめ」, Kamen Raidā Den'ō Korekushon Dī Bui Dī Imajin Anime)
  • Kamen Rider Den-O: Collection DVD: "Imagine Anime 2" (仮面ライダー電王 コレクションDVD「イマジンあにめ 2」, Kamen Raidā Den'ō Korekushon Dī Bui Dī Imajin AnimeTsū)
Didahului oleh
Kabuto
Kamen Rider
2007 – 2008
Diikuti oleh:
Kiva