Massif Tamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Massif Tamu
Kedalaman puncak 1,980 meter (6,500 ka)[1]
Tinggi 4,400 meter (14,400 ka)[1]
Lokasi Lautan Pasifik Barat Laut
Koordinat 33°N 158°E / 33°N 158°E / 33; 158Koordinat: 33°N 158°E / 33°N 158°E / 33; 158
Jenis Gunung berapi perisai
Umur batuan 144.6 ± 0.8 Ma[2]

Massif Tamu ialah sebuah gunung berapi perisai bawah laut mati yang terletak di barat laut Lautan Pasifik.[3] Kemungkinannya sebagai sebuah gunung berapi tunggal diumumkan pada 5 September 2013. Massif Tamu ialah gunung berapi terbesar di Bumi.[4] Ia terletak di Cangkat Shatsky kira-kira 1,600 km (990 bt) di timur Jepun. Puncaknya terletak kira-kira 1,980 m (6,500 ka) di bawah permukaan laut, dan dasarnya terletak kira-kira 6.4 km (4.0 bt) dalam.[1] Gunung berapi ini 4,400 meter (14,400 ka) tinggi.

* Massif
  Tamu
Cangkat Shatsky
Banjaran Gunung Laut Maharaja
Rabung Hawaii
Jepun
Kamchatka
Alaska
* Massif
  Tamu
Cangkat Shatsky
Banjaran Gunung Laut Maharaja
Rabung Hawaii
Jepun
Kamchatka
Alaska
Lokasi Massif Tamu[5][6]

William Sager, seorang ahli geofizik marin di Jabatan Sains Bumi dan Atmosfera Universiti Houston, mula mengkaji gunung berapi ini pada sekitar 1993 di Texas A&M College of Geosciences. Menurut Sager dan pasukannya, Massif Tamu ialah "gunung berapi perisai tunggal terbesar pernah ditemui di Bumi". Walau ada ciri igneus di planet ini yang lebih besar, seperti Penara Ontong Java, belum diketahui sama ada ia merupakan satu gunung berapi atau kompleks gunung berapi.[7]

Nama[sunting | sunting sumber]

Tamu adalah penyingkatan Texas A&M University,[8] di mana William Sager, seorang profesor geologi di Universiti Houston dan antara ahli sains yang mengetuai kajian gunung berapi ini, sebelum ini mengajar. Massif, yang bermakna "besar" atau "agam" dalam bahasa Perancis, ialah suatu gunung atau bahagian besar kerak planet yang ditandakan sesaran dan fleksur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Howard, Brian Clark (2013-09-05). "New Giant Volcano Below Sea Is Largest in the World". National Geographic. Dicapai pada 2013-09-07.
  2. ^ doi:10.1130/G21378.1
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  3. ^ Witze, Alexandra (2013-09-05). "Underwater volcano is Earth's biggest". Nature News & Comment. doi:10.1038/nature.2013.13680.
  4. ^ BBC News - 'World's largest volcano discovered beneath Pacific Dicapai 9 September 2013.
  5. ^ Myslewski, Rik (2013-09-05). "The Solar System's second-largest volcano found hiding on Earth". theregister.co.uk. Dicapai pada 2013-09-07.
  6. ^ "Bottomfish fisheries by Japan, Russia, and Republic of Korea occur on various seamounts in the northwest Pacific witin international waters". pifsc.noaa.gov. Honolulu, HI: Pacific Islands Fisheries Science Center, NOAA. Dicapai pada 2013-09-07.
  7. ^ "Scientists Confirm Existence of Largest Single Volcano On Earth". ScienceDaily. 2013-09-05. Dicapai pada 2013-09-07.
  8. ^ "World's Largest Volcano Now Named TAMU". Tamu Times. Texas A&M University. 2013-09-05. Dicapai pada 2013-09-07. line feed character in |work= at position 6 (bantuan)