MasterChef USA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MasterChef USA
Logo MasterChef USA
PengacaraGary Rhodes
Negara asalAmerika Syarikat
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifElizabeth Brock
Tempoh siaran30-60 minit per episod
Penyiaran
Saluran asalPBS
Format gambar4:3
Siaran asal1 April 2000 – 30 Jun 2001
Kronologi
Diikuti olehMasterChef (siri TV AS)
Pautan luar
Laman sesawang

MasterChef USA merupakan sebuah rancangan pertandingan memasak Amerika yang disiar di saluran PBS dari 2000 hingga 2001.[1] Siri ini diacarakan oleh Gary Rhodes dan siri ini antara rancangan memasak yang paling mendapat sambutan di saluran PBS.[1] Siri ini diambil formatnya secara terus dari MasterChef terbitan BBC Britain, yang turut menjadikan Rhodes sebagai pengacara pada 2001.[2] Rancangan ini mempunyai dua musim.[3]

Musim pertama mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 1 April 2000 dengan jumlah waktu siaran selama 13 episod setengah jam dan satu episod istimewa selama sejam.[4] 27 orang peserta dipilih dari uji bakat serata negara dan menyaksikan pengurus pejabat, Nancy Vaziri dari Homewood, Illinois memenangi kejuaraan MasterChef 2000.[5]

Musim kedua bermula pada 7 April 2001 dengan 13 episod setengah jam dan satu episod istimewa sejam. [4] Seperti yang lepas, 27 peserta terpilih dan guru biologi, Lala Cheema dari Port Orange, Florida telah memenangi MasterChef 2001.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b (Inggeris)MasterChef USA, West 175 Productions. "Who will be the first MasterChef USA?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 18 August 2011.
  2. ^ (Inggeris)Mail Online, Daily Mail. "Masterchef 2001". Dicapai pada 18 August 2011.
  3. ^ (Inggeris)MasterChef USA, West 175 Productions. "MasterChef USA 2001". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-30. Dicapai pada 18 August 2011.
  4. ^ a b (Inggeris)TV Guide, TV Guide, Inc. "Episode Detail: Regional Cookoff #1 - Masterchef USA". Dicapai pada 18 August 2011.
  5. ^ (Inggeris)MasterChef USA, West 175 Productions. "Profile of a MasterChef". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-30. Dicapai pada 18 August 2011.
  6. ^ (Inggeris)Yahoo! Groups, Yahoo!. "Port Orange has own MasterChef". Dicapai pada 18 August 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]