Master System

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sega Master System
Sega-Master-System-Set.jpg
Model untuk Amerika Utara dan Eropah
Pengilang Sega
Jenis Konsol permainan video
Generasi Generasi ketiga
Ketersediaan runcit Jepun Oktober 1985 (Mark III)[1]
Amerika Syarikat Jun 1986
Jepun Oktober 1987
Kesatuan Eropah Australia September 1987
Brazil September 1989[1]
Media Katrij ROM, kad Sega
CPU Zilog Z80 (8-bit) berkelajuan 3.58 MHz (NTSC) atau 3.54 MHz (PAL)

Sega Master System (Jepun: セガマスターシステム, Romaji: Sega Masutā Shisutemu) (juga dikenali sebagai SMS) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar permainan video Sega. Pada asalnya, ianya dilancarkan sebagai Sega Mark III di Jepun. Selepas reka bentuk konsol ini diubahsuai untuk pasaran Amerika Utara, konsol ini diberi nama Master System dan dilancarkan pada tahun 1986 di kawasan Amerika Utara, tahun 1987 di Eropah dan tahun 1989 di Brazil. Konsol yang diubahsuai juga dilancarkan di Jepun pada tahun 1987.

Konsol ini merupakan pengganti kepada konsol SG-1000 dan merupakan pesaing utama kepada konsol Nintendo Entertainment System dalam generasi ketiga[2]. Walaupun konsol ini memiliki spesifikasi yang lebih canggih berbanding konsol NES, konsol ini tidak mampu menyaingi jualan konsol NES di Jepun dan Amerika Utara. Namun begitu, jualan konsol Master System lebih berjaya di kawasan Eropah dan Brazil. Tidak banyak permainan video dikeluarkan untuk konsol ini kerana polisi Nintendo yang tidak membenarkan pembangun permainan video membina permainan video selain daripada konsol NES[3].

Sehingga tahun 2015, konsol Master System merupakan konsol yang paling lama bertahan di dalam pasaran kerana kepopulariti di Brazil[4].


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembangunan konsol Master System bermula setelah Sega menyedari akan sambutan yang tidak begitu memberangsangkan bagi konsol pertama mereka iaitu Sega SG-1000. Dari konsol SG-1000, Sega mengeluarkan beberapa lagi variasi iaitu SC-3000 yang dikhususkan untuk komputer dan SG-1000 II yang dikemaskini. Sega juga bercadang untuk melancarkan variasi ketiga untuk konsol SG-1000 yang diberi nama Mark III[5].

Selepas pelancaran konsol Mark III di Jepun, Sega melakukan sedikit ubahsuai pada konsol ini yang akhirnya konsol Mark III bertukar nama kepada Master System dan dilancarkan di kawasan Amerika Utara serta Eropah dan Brazil[6]. Konsol Master System yang diubahsuai daripada Mark III ini juga dilancarkan kembali di Jepun.

Sega berdepan dengan masalah tidak banyak permainan video yang dikeluarkan untuk konsol ini kerana polisi Nintendo pada ketika itu yang tidak membenarkan pembangun permainan video membangunkan permainan video selain daripada konsol NES. Perkara ini menyebabkan kesukaran untuk mencari pembangun permainan video untuk menghasilkan permainan video yang berkualiti untuk konsol ini[7].

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Sistem teras
Cip mikropemproses Zilog Z80 (8-bit) berkelajuan 3.58 MHz (NTSC) atau 3.54 MHz (PAL)
RAM 8 KB
RAM video 16 KB
Grafik dan suara
Palet warna 64 warna (32 warna dipaparkan)
Resolusi skrin 256px x 224px (NTSC) \ 256px x 240px (PAL)
Saluran audio 4 saluran jenis mono


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Introduction to the Sega Master System / Mark III". Retro Gaming AUS. 10 Jun 2012. Dicapai 1 November 2015. 
  2. ^ "History of Consoles: Sega Master System (1986)". Gamester. 2 Jun 2013. Dicapai 1 November 2015. 
  3. ^ Patterson, Patrick Scott (20 Oktober 2015). "This Week in Gaming History: Sega joins the party". SyFy Games. Dicapai 5 November 2015. 
  4. ^ "Stay a while and game on...". IGN. 17 Januari 2014. Dicapai 1 November 2015. 
  5. ^ Parish, Jeremy (14 Ogos 2014). "Sega Genesis 25th Anniversary: The Rise and Fall of an All-Time Great". US Gamer. Dicapai 5 November 2015. 
  6. ^ Dominguez, James (8 Ogos 2013). "Your Turn: A brief history of Sega". The Sydney Morning Herald. Dicapai 5 November 2015. 
  7. ^ Anderson, Trevor (13 Mac 2015). "Looking Back On Sega's History To Find Their Future". Mousenjoypad.com. Dicapai 5 November 2015.