Mastif Abruzzo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mastif Abruzzo
Nama lainAnjing gembala Abruzzo
Anjing (Canis lupus familiaris)

Mastif Abruzzo (Itali: mastino abruzzese; bahasa Inggeris: Abruzzese mastiff) ialah satu baka berkaitan dengan, tetapi berlainan dengan anjing Maremma-Abruzzo atau juga dipanggil anjing gembala Maremma dari wilayah Abruzzo di Itali. Anjing mastif Abruzzo mewakili jurai keturunan anjing Abruzzo asli[1] dan bercirikan saiz lebih besar, sesetengah anjing jantan dilaporkan melebihi berat 100 kg (220 lb). Sesetengah daripada anjing ini telah berjaya ditugasi sebagai anjing penjaga haiwan ternakan di Amerika Syarikat dan Norway, tempat ia dilaporkan berkesan dalam menghalang pemangsaan oleh beruang.[2] Mastif Abruzzo ditugasi dalam kawanan 4 hingga 10 (bergantung pada saiz kawanan). Ketua kawanan ialah yang akan mula melawan pemangsa dengan lebih kerap dan biasanya memakai kolar besi pepaku untuk mempertahankan tekaknya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]