Mastif Alp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mastif Alp
1815 Alpine Mastiff.jpg
Mastif Alp (1815)
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Mastif Alp (Bahasa Inggeris: Alpine mastiff) ialah satu baka anjing molosser pupus, leluhur anjing Santo Bernard, dan penyumbang utama kepada mastif moden (melalui anjing seperti "Couchez"[1]), serta kepada baka lain yang diperoleh daripada baka ini atau berkait rapat dengannya. M. B. Wynn mengarang, "Pada 1829 seekor anjing brindle terang-benderang daripada baka mastif Alp lama, bernama L'Ami, dibawa dari biara Santo Bernard Besar, dan ditunjukkan di London dan Liverpool sebagai anjing terbesar di England." William Cavendish, Duke ke-5 Devonshire, dipercayai telah membiakbakakan mastif Alp di Chatsworth House. Nama "mastif Alp" dan "anjing Santo Bernard" digunakan secara bertukar-tukar pada awal abad ke-19, sungguhpun keragaman yang dipelihara di hospis di Laluan Santo Bernard Raya diubah dengan ketara dengan memperkenalkan baka lain, termasuk anjing Newfoundland dan anjing Denmark besar,[2] dan ia merupakan baka gabungan yang kini membawa nama anjing Santo Bernard.[3] Dengan pasti anjing gunung ini ditapis melalui populasi lebih meluas, dan keragaman asli menyusut dari segi bentuk tulen, tetapi satu baka jarang, "cane garouf" atau "patua",[4] dijumpai di bahagian Banjaran Alp yang pernah didiami oleh mastif Alp, mungkin juga diturunkan daripada baka pupus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The History of the Mastiff, M.B.Wynn, 1885. William Loxley.
  2. ^ The Dog Book, vol2, James Watson, 1906. Doubleday, Page & Co.
  3. ^ The American Book of the Dog, G.O.Shields, 1891, Rand McNally.
  4. ^ http://www.moloss.com/brd/cd/c005/impfacts.html Retrieved on 2010-08-12
  5. ^ The Practical Kennel Guide with Plain Instructions on How to Rear and Breed Dogs for Pleasure, Show and Profit, M. D. Gordon Stables, 1875, Vintage Dog Books, ISBN 978-1-4437-4077-7.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mastiffs, the Big Game Hunters, Their History, Development and Future, Col. David Hancock MBE. ISBN 0-9527801-3-5, 2000. Charwynne Dog Features Publishing.