Mastodon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Mastodon
Julat zaman: 34–0 Ma
Mammut skeleton Museum of the Earth.jpg
Kerangka mastodon yang disusun, Museum of the Earth.
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Hay, 1922
Genus:
Mammut

Species

Mastodon atau mastodont (Bahasa Yunani: μαστός, "puting" dan οδούς, "gigi") ialah spesies mamalia bergading besar dari genus Mammut yang ditemui di Asia, Afrika, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Tengah.[1] Mastodon Amerika ialah spesies yang terkini dan paling terkenal dari kumpulan ini. Yang membingungkan, beberapa genera proboscid yang tergolong dalam familia gomphothere memiliki nama yang agak serupa (contohnya Stegomastodon) namun mereka sebenarnya lebih dekat dengan gajah berbanding mastodon.

Pemulihan semula oleh Charles R. Knight

Genus ini diangkat sebagai nama yang tergolong dalam familia Mammutidae, termasuk dalam Proboscidea. Sifat fizikal mereka tidak jauh berbeza dengan keluarga Elephantidae, termasuk mamot; tetapi, mastodon memakan dedaun dan dahan pohon sedangkan mamot ialah pemakan rumput.

Sejarah dan pengagihan[sunting | sunting sumber]

Mastodon muncul pertama kali pada 40 juta tahun lalu; fosil tertuanya (Mastodon sp.) ditemuo di Republik Demokratik Congo. Fosil-fosilnya juga ditemui di Bolivia, England, Jerman, Belanda, Amerika Utara, Romania[2] dan Yunani Utara.

Penjelasan[sunting | sunting sumber]

Sementara mastodon memiliki ukuran dan penampilan yang serupa dengan gajah dan mamot, mereka tidak benar-benar berhubungan rapat. Gigi mereka berbeza jauh berbanding gigi para keluarga gajah; mereka memiliki hujung tajam berbentuk kerucut pada mahkota gigi gerahamnya,[3] yang lebih sepadan untuk mengunyah dedaun daripada gigi bermahkota tinggi milik mamot yang berguna untuk memakan rumput; nama mastodon (atau mastodont) bermaksud "gigi puting" dan nama ini juga digunakan pada genus mereka.[4] Tengkorak mereka lebih besar dan datar berbanding kebanyakan mamot, dan kerangkanya lebih kekar.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ PaleoBiology Database: Mammut, basic info
  2. ^ 2.5 million-year-old mastodon unearthed in Romania
  3. ^ Mastodons
  4. ^ Agusti, Jordi and Mauricio Anton (2002). Mammoths, Sabretooths, and Hominids. New York: Columbia University Press. m/s. 106. ISBN 0-231-11640-3.
  5. ^ Kurtén and Anderson, p. 345

Pautan luar[sunting | sunting sumber]