Masyarakat majmuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masyarakat majmuk atau pluralistik merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat. tetapi hidup terpisah kerana yang di ajarkan dengan sultan, mengamalkan cara hidup, adat dan kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain. Berlawanan dengan masyarakat majmuk ialah masyarakat homogen. Gonen

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Masyarakat di Tanah Melayu (Malaysia) pada sekitar kurun ke-19 didominasi oleh dua bangsa yang berbeza selain daripada masyarakat Melayu yang menjadi tuan kepada wilayah Tanah Melayu pada ketika itu iaitu India dan Cina

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan pendatang di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain kepulauan Indonesia.