Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mat Kilau (filem))
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan
PengarahSyamsul Yusof
Lakon layar
  • Shahruddin Dali
  • Syamsul Yusof
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiRahimi Maidin
Disunting olehSyamsul Yusof
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 23 Jun 2022 (2022-06-23) (Malaysia)
Durasi tayangan
117 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM8 juta
Pecah panggungRM23.3 juta

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan merupakan filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 arahan Syamsul Yusof dengan skrip oleh Syamsul dan Shahruddin Dali.[1] Dibintangi oleh Dato Adi Putra sebagai pelakon utama, filem ini diilhamkan dari tokoh epik sejarah Malaysia, Mat Kilau yang telah berjuang menentang penjajah British di Pahang sebelum kemerdekaan. Filem ini menampilkan Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, dan Johan As'ari sebagai pelakon pembantu.[2] Idea untuk filem ini mula diutarakan pada 2017 dengan penggambaran dijalankan pada 2018 dan dimuktamadkan pada 2021. Filem ini ditayangkan pada 23 Jun 2022.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Plot penceritaan filem ini menggunakan latar belakang tahun 1892 ketika penguasaan pihak penjajah British di tanah-tanah negeri Pahang.

British mengeksploitasi kekayaan hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dengan mengenakan cukai kepada para peniaga dan mengaut hasil bumi penduduk serta bercampur tangan dalam urusan adat dan agama mereka.

Tindakan tersebut dilakukan pihak British tanpa persetujuan orang-orang Melayu di Pahang dan telah menyebabkan orang-orang Melayu bertindak melawan pihak British.

Atas semangat untuk mempertahankan tanah Melayu dan bebas dari terus dijajah, Mat Kilau, seorang pahlawan Melayu bersama ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, berjuang habis habisan menentang pentadbiran British.

Konflik dan tekanan dihadapi oleh pihak British berikutan rancangan penentangan Mat Kilau dan Tok Gajah yang bijaksana bertukar menjadi pertempuran yang sengit.[4]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Barisan pelakon lain termasuk:

  • Ahmad Hilmi Ishak sebagai Pembunuh Upahan British/Pembantu Toga
  • Qadaffy MT Aidala sebagai Buyung
  • Wan Suhaimi sebagai Kelubi
  • Megat Terawis sebagai Mat Hassan
  • Awie Bakri sebagai Haji Ali
  • Harith Haziq sebagai Omar
  • Mark Geoffrry sebagai JP Rodger
  • David Abraham sebagai Sir Cilfford
  • Dennis Arthur sebagai Profesor Cameron
  • Ravi Pattel sebagai Ghuram Singh
  • Fadil Mofadd sebagai Jumaat
  • Yus Simurai sebagai Tun Lela
  • Siraj Alsagoff sebagai Shidu
  • Muhamad Abd Hafiz sebagai Belalai
  • Abe Lagun sebagai Sukun
  • Kuetlaw sebagai Andak
  • Datuk Das sebagai Bapa Usup
  • Nizam J sebagai Mamat
  • Hilmee Alwi sebagai Lazim
  • Ahmad Hilmee sebagai Thong
  • Masher sebagai Sahak
  • Fudalillah sebagai Seman

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Mat Kilau menjadi filem pertama arahan Syamsul di mana beliau tidak berlakon. Pada Ogos 2017, beliau mengumumkan berhasrat untuk mengarahkan sebuah filem epik mengenai sejarah pahlawan negara.[5] Beliau sebelum ini telah menyahut cabaran menggarap naskhah itu selepas beberapa syarikat produksi dan pengarah dikatakan gagal menyiapkan penggambaran filem sejarah serta perjuangan Mat Kilau.[6] Pada malam gala filem KL Special Force di Petaling Jaya pada 8 Mac 2018, Syamsul mengumumkan pengarahan filem biografi sejarah yang berkisarkan tentang pahlawan Melayu, Mat Kilau.[7] Filem ini menjalani penggambaran pada 1 April 2018,[8] tetapi terpaksa dihentikan seketika akibat masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan.[6]

Pelakon Singapura, Adi Putra menjayakan watak Mat Kilau, pejuang Melayu yang menentang pentadbiran British di Pahang.[8][9] Kata Syamsul, Adi dipilih bagi watak Mat Kilau oleh kerana "dia mampu menjiwai watak tersebut dan saya yakin dia sebagai pelakon berpengalaman akan membawakan watak ini dengan baik."[10][11]

Pada Ogos 2018, penggambaran filem telah dihentikan akibat masalah dalaman sebelum bersambung semula dalam bulan Oktober.[12][13] Pada Jun 2020, dilaporkan bahawa penggambaran filem ini telah hampir selesai,[14] dan pada Februari 2021, filem ini telah dilaporkan siap, tetapi penayangannya terpaksa ditangguhkan angkara wabak COVID-19 yang melanda Malaysia.[15][16]

Pada 15 Mei 2022, kos sebenar untuk menyiapkan filem ini didedahkan menelan belanja RM8 juta. Filem Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.[17]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Mat Kilau dikeluarkan pada 23 Jun 2022 di 90 pawagam seluruh Malaysia.[18] Poster rasmi filem ini telah dipamerkan pada 13 Mei,[19] manakala treler rasminya telah dipertontonkan pada 16 Jun.[20]

Majlis pratonton filem ini diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC), The Starling Mall, Petaling Jaya, pada tarikh sama. Syamsul bagaimanapun, tidak hadir di majlis pratonton filem itu.[21][22]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Filem ini memperoleh sambutan hangat awal di Malaysia dengan kutipan terbesar sebanyak RM1 juta pada hari pembukaan bagi filem tempatan selepas dua tahun.[23][24][25] Namun, selepas tayangan memasuki hari keempat sahaja, sambutan peminat semakin hangat serta berjaya mengutip kutipan pecah panggung tertinggi atau "box office" dalam sejarah perfileman Malaysia sebanyak RM12 juta.[26][27][28]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Filem ini menerima ulasan yang rata-ratanya positif daripada pengkritik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 20 April 2018.
  2. ^ Mimieyuzi (16 May 2022). "Diinspirasikan Daripada Kisah Benar, Netizen Teruja Mahu Tonton Filem Mat Kilau Di Pawagam". Hot FM. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  3. ^ "Filem Mat Kilau sarat dengan mesej patriotisme". Astro Awani. 22 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  4. ^ "Info dan Sinopsis Mat Kilau, Filem Epik Sejarah 2022". Iluminasi. 22 Jun 2022. Dicapai pada 26 Jun 2022.
  5. ^ Azyyati Ahmad (1 Ogos 2017). "Syamsul Yusof mahu hasilkan filem pahlawan negara". Astro Awani. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  6. ^ a b Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (14 Julai 2018). "Penggambaran Mat Kilau terpaksa dihentikan". Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2018.
  7. ^ Aref Omar (8 Mac 2018). "Syamsul to direct Mat Kilau biopic". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  8. ^ a b Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai pada 20 April 2018.
  9. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 20 April 2018.
  10. ^ Qarami Hashim (31 Mac 2018). "Adi Putra layak jadi Mat Kilau: Syamsul Yusof". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-28. Dicapai pada 20 April 2018.
  11. ^ Najiy Jefri (22 April 2018). "Adi Putra ada aura Mat Kilau". Berita Harian. Dicapai pada 19 September 2018.
  12. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (14 Julai 2018). "Penggambaran Mat Kilau terpaksa dihentikan". BH Online. Foto oleh Nurul Syazana Rose Razman. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2020. Dicapai pada 7 Jun 2020.
  13. ^ Zulhilmi Jalil (1 Januari 2020). "#GempakOnz2020: Filem Tempatan Bakal Tayang 2020". Gempak. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2020. Dicapai pada 7 Julai 2020.
  14. ^ Ashraf Nasser (25 Jun 2020). "Filem "Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan" sudah hampir siap". Cinema Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2020. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  15. ^ Norhayati Nordin (2021-02-02). "Syamsul reda kena 'simpan' lagi dua filemnya". myMetro. Dicapai pada 2021-05-22.
  16. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (2021-02-23). "Yusof Haslam risau masa depan industri filem". BH Online. Dicapai pada 2021-05-22.
  17. ^ Kosmo (16 May 2022). "Mat Kilau bakal jadi biopik terhebat alaf ini". Kosmo. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  18. ^ "Filem Mat Kilau Ditayangkan pada 23 Jun 2022". Dewan Budaya. Jendela DBP. 17 Mei 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  19. ^ "Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan "Mat Kilau" Pada 23 Jun Ini". 13 May 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  20. ^ "Mat Kilau jangan hebat pada trailer saja". Kosmo!. 30 Mei 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  21. ^ Farol Hadi (18 Jun 2022). "Bukan biasa-biasa! Filem 'Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan' tunjuk sisi sebenar tokoh pejuang... Angkat aras pemikiran penonton". mStar Online. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  22. ^ Hanafis Haris (17 Jun 2022). "Syamsul Yusof tak muncul tayangan perdana, rupanya disebabkan..." Gempak. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  23. ^ Fathullah Abu Bakar (24 Jun 2022). "Mat Kilau raih kutipan tertinggi dalam sejarah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  24. ^ Siti Athirah Dzulkifly (27 Jun 2022). "Sokongan 'menggila' filem Mat Kilau, penerbit luah rasa terharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  25. ^ NST Entertainment (27 Jun 2022). "'Mat Kilau' rakes in RM11 mil after 4 days of screening". New Straits Times (NST). Dicapai pada 27 Jun 2022.
  26. ^ "Hari pertama Mat Kilau cipta sejarah kutip RM1 juta". Harian Metro. 24 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  27. ^ Mumtaj Begum (27 Jun 2022). "Malaysian film 'Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan' earns RM12.2mil at box office in 4 days". The Star. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  28. ^ Sairul Zamri Misrani (27 Jun 2022). "Kebangkitan penonton, 4 hari tayang Mat Kilau kutip RM12.2 juta". Kosmo!. Dicapai pada 27 Jun 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]