Mat Luthfi
Jump to navigation
Jump to search
Mat Luthfi | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Luthfi bin Rohime 23 Jun 1990 |
Pusat pendidikan | Universiti Curtin |
Pekerjaan | Personaliti media sosial, penulis, pengarah filem |
Tahun aktif | 2012–kini |
Muhammad Luthfi bin Rohime[1] (lahir 23 Jun 1990)[perlu rujukan] atau lebih dikenali sebagai Mat Luthfi ialah seorang personaliti media sosial dan selebriti YouTube Malaysia yang berasal dari Kedah. Beliau telah berkahwin pada 29 Januari 2016.[2] Beliau merupakan graduan jurusan arkitek di Universiti Curtin di Perth, Australia.
Mat Luthfi juga seorang penulis dan sejak dari 2018[kemaskini], telah menulis empat buku.[3][4] Beliau menduduki kerusi pengarah pada 2018 menerusi Sekolahaha terbitan Skop Productions.[5]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
- Sekolahaha (2018)
Bibliografi[sunting | sunting sumber]
- Catatan Matluthfi (2014)
- Momen² Matluthfi (2015)
- Kisah 25 Filsuf Barat (2016)
- Alegori Rumah Api (2017)
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2014 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 | Aksi di YouTube Paling Popular | Menang |
2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 | Personaliti Media Sosial | Tercalon |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "MAT LUTHFI". KPJ Healthcare University College (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 15 Ogos 2018. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
- ^ Madiha Abdullah (30 Januari 2016). "Mat Luthfi kini bergelar suami". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 15 Ogos 2018. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
- ^ Bila Mat Luthfi jumpa 'kembaq' Astro Awani (15 Disember 2015). Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ Najihah Malek (31 Mac 2015). YTOTW: Mat Luthfi Dan Bagaimana Anak Kelahiran Kedah Ini Menjadi Sensasi Says. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ #TerkiniMA: Mat Luthfi akhirnya mengarahkan filem pertama, Sekolahaha Movie Addict Malaysia. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana biografi berkaitan orang Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |