Mat Razali Kassim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Mat Razali Kassim merupakan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Beliau memaparkan integrasi yang tinggi apabila meletakkan jawatan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu (RO) dua hari sebelum pilihan raya kecil pada 17 Januari 2009.

Letak jawatan Pegawai Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Januari 2009, Datuk Mat Razali Kassim meletakkan jawatan sebagai Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menyatakan peletakan jawatan beliau tidak mengganggu proses pilihan raya kecil itu dan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sehubungan itu Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Ngah Senik menyatakan penggantinya ialah Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Wan Mustafa Wan Hassan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Wan Abd Mutalib Embong mendakwa Mat Razali telah berkempen untuk Barisan Nasional (BN) ketika majlis bersama kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan menyalahi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya dan menggesa beliau segera melepaskan jawatan sebagai RO. Sebarang bantahan termasuk terhadap Pegawai Pengurus Pilihan Raya boleh dibawa ke mahkamah melalui petisyen pilihan raya selepas pilihan raya diadakan.[1] Ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa membuat laporan polis dengan mendakwa Mat Razali mengugut lebih 590 kakitangan MBKT itu di Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Terengganu. Mat Razali menafikan pernah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan itu. Kononnya beliau berucap "Kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".[2]

Pada 17 Januari 2009, pilihan raya kecil Kuala Terengganu menyaksikan persaingan antara calon BN Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]