Mat Sentol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mat Sentol
Gambar Mat Sentol pada poster filem Mat Tenggek.
Kelahiran
Abdul Rasip bin Yahya

(1933-07-26) 26 Julai 1933 (umur 90)[1]
Nama lainMat Sentol
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • penulis
  • pelawak
Tahun aktif1956–1998
PasanganJamilah Kasri (berkahwin)
Anak-anak2

Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya (lahir 26 Julai 1933) ialah salah seorang pelakon di Cathay-Keris Film Productions, Singapura sekitar 1950-an ,1960-an dan 1970-an. Mat Sentol dahulunya dikenali suatu ketika dahulu menerusi filem arahannya yang turut dilakonkan olehnya sendiri kesinambungannya dengan setiap di awal tajuk filem itu dimulakan dengan perkataan Mat diambil sempena namanya.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 26 Julai 1933 di Muar, Johor.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan penglibatannya dalam kerjaya lakonan dengan memainkan watak tambahan dalam filem Hang Tuah arahan Phani Majumdar pada tahun 1956, sebagai Penari Istana Pahang.

Selain berlakon dan mengarah, dia juga berbakat dalam bidang animasi, penulis skrip drama dan filem, jurusolek artis dan penggunaan kesan khas yang mana beliau mencipta pelbagai teknik penggambaran dalam filem arahannya. Mat Sentol kini menetap di Johor Bahru bersama keluarganya menguruskan syarikat berkaitan pengiklanan filem.[3]

Filem terakhir lakonan beliau ialah Jibon pada tahun 1998 arahan Nahar Akhbar Khan.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah
1956 Hang Tuah Ya Tidak Penari Istana Pahang Filem pertama, pelakon tambahan
1958 Sumpah Pontianak Ya Tidak Sentol
1959 Mahsuri Ya Tidak
1960 Pak Pandir Moden Ya Tidak
Noor Islam Ya Tidak Tando
Tun Fatimah Ya Tidak Askar Portugis
1961 Siti Zubaidah Ya Tidak
Yatim Mustapha Ya Tidak Selamat
Jalak Lenteng Ya Tidak Kadok
1963 Tajul Ashikin Ya Tidak Bujang
Gila Talak Ya Tidak Pak Imam
Masuk Angin Keluar Asap Ya Tidak Pak Imam Penampilan khas
1964 Mat Tiga Suku Ya Ya Mat Filem arahan pertama
Pontianak Gua Musang Ya Tidak Maidin
1965 Tiga Botak Ya Ya Mat
1966 Dua Kali Lima Ya Tidak Mat
Anak Dara Ya Tidak Untong
1967 Mat Bond Ya Ya Mat Bond Beliau mengarahkan bersama M. Amin
Mat Raja Kapor Ya Ya Mat Bond / Mat Raja Kapor
1968 Mat Lanun Ya Ya Mat
Si Murai Ya Tidak Kancil
1969 Mat Toyol Ya Ya Mat
1971 Mat Karong Guni Ya Ya Mat
Mat Magic Ya Ya Mat Beliau mengarahkan bersama John Calvert
1972 Dara-Kula Tidak Ya
1979 Mat Tenggek Ya Ya Mat
Penagih Dadah Ya Ya
1985 Mat Spy Ya Ya Mat Spy
1988 Mama Mau Kahwin Ya Ya Filem arahan terakhir
1998 Jibon Ya Tidak Amat Filem terakhir

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tajuk
Ding Dang
Tora Datang Lagi

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Jangan Tidur Lagi Dirinya sendiri / tetamu undangan TV3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2022 Festival Filem Malaysia ke-32 Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Saya Berjalan Kaki Dikatakan Hidup Melarat" - Mat Sentol.
  2. ^ Meor Yusof Aziddin (13 September 2012). "Mat Sentol: Seniman yang dipinggirkan". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-27. Dicapai pada 25 Februari 2014.
  3. ^ "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]