Filem Mat Som

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mat Som (filem))
Mat Som
Mat-som.jpg
PengarahProf. Dr. Hatta Azad Khan
DibintangiImuda, Tiara Jacquelina, Zami Ismail, Adibah Amin
Tarikh tayangan
1990
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Mat Som ialah sebuah filem cereka yang diarah oleh Prof. Dr. Hatta Azad Khan dan diterbitkan oleh Strawberry FTV Sdn. Bhd.

Filem ini merupakan salah satu filem yang terpilih dalam Program Merakyatkan Filem. Bersempena dengan program itu, Coliseum telah menayangkan semula filem berjudul Mat Som arahan Prof. Dr. Hatta Azad Khan dan turut dilakonkan oleh Imuda sekitar 1990. Selain Imuda, Zami Ismail dan Ahmad Busu, Mat Som turut dilakonkan oleh Tiara Jacquelina (kini Datin Seri) dan Adibah Amin.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mat Som ialah seorang penulis bebas yang bekerja di Kuala Lumpur dan tidak banyak mendapat tugasan dan kecewa kerana tidak mendapat buah fikiran untuk meningkatkan tahap kehidupannya. Selain itu dia gagal menarik perhatian gadis sebelah rumah yang diminatinya, Yam. Dia semakin tertekan apabila bapanya memperkenalkannya kepada Wan Faridah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]