Mat Tudung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mat Tudung
PengarahWaan Hafiz
PenerbitZarina A. Rahman
Dibintangi olehFizz Fairuz
Nelydia Senrose
Izzue Islam
Muzik olehAkhadiat Denny
Disunting olehEzarsyahirman
Syarikat
penerbitan
Showbiz Productions
PengedarTGV
Mula ditayangkan
28 Julai 2014
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM1.5 juta
Pecah panggungRM1 juta

Mat Tudung merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2014 arahan Waan Hafiz terbitan Showbiz Productions. Ia dibintangi oleh Fizz Fairuz, Nelydia Senrose dan Izzue Islam, ditayangkan pada 28 Julai 2014.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan seorang mat rempit bernama Johari yang telah jatuh cinta kepada gadis bertudung yang sukar didekati bernama Zizie. Bagi mendapatkan Zizie, Johari telah menyamar sebagai 'adik perempuan' Johari iaitu gadis bertudung bernama Johanna. Zizie akhirnya mula terbuka untuk mengenali Johari dan akhirnya seluruh keluarga Zizie menyukai Johari dan Johanna dalam masa yang sama.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Mat Tudung diarahkan oleh Waan Hafiz dan diterbitkan oleh Showbiz Productions yang sebelum ini menerbitkan filem Hantu Kapcai (2012). Kos pembikinan filem ini berjumlah RM1.5 juta termasuk promosi.[2]

Fizz Fairuz yang terkenal dengan peranan televisyen dan filem, memegang watak sebagai Johari, seorang mat rempit yang menyamar sebagai Johanna. Semasa filem ini diterbitkan Fizz bertengkar dengan pengarahnya, Waan Hafiz kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya memasukkan beberapa babak yang dirasakan tidak perlu dimuatkan dalam Mat Tudung.[3][4] Nelydia Senrose yang terkenal dengan peranan lakonannya seperti Setia Hujung Nyawa memegang watak sebagai Zizie. Penggambaran filem ini dijalankan selama 13 hari di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Port Dickson.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Mat Tudung dikeluarkan pada 28 Julai 2014 semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, serentak dengan Tembus arahan Ahmad Idham.[5]

Mohd Al-Qayum Azizi mengulas untuk mStar Online menyifatkan Mat Tudung sebagai “…sebuah karya yang menghiburkan dan paling penting ia bakal mendapat sambutan daripada penonton kerana genre yang diangkat memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.”[2]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema filem ini, "Citarasa Perempuan" dinyanyikan oleh Qasri Tarmizi. Ia dicipta dan ditulis oleh Edry Abdul Halim.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mat Tudung tidak menghampakan". Perak Today. 8 Ogos 2014. Dicapai 14 Mei 2015. 
  2. ^ a b Mohd Al Qayum Azizi (25 Julai 2014). "Komedi 'Mat Tudung' harus ditonton". mStar Online. Dicapai 14 Mei 2015. 
  3. ^ Mohd Al Qayum Azizi (16 Julai 2014). "Fizz Fairuz Bertengkar Kerana Filem 'Mat Tudung'". mStar Online. Dicapai 14 Mei 2015. 
  4. ^ Dennis Chua (25 Julai 2014). "Fizz sizzles as Johanna". New Straits Times. Dicapai 14 Mei 2015. 
  5. ^ Aqmar Mustaza (12 Julai 2014). "Tembus, Mat Tudung warnai mood Aidilfitri". Sinar Harian. Dicapai 14 Mei 2015. 
  6. ^ "Citarasa Perempuan - Single". iTunes Store (MY). Apple. 19 Februari 2014. Dicapai 1 Mac 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]