Matahari (akhbar)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Matahari
JenisSurat khabar tabloid mingguan
FormatPencetakan
BahasaMelayu
Ibu pejabatAmpang, Selangor
PenerbitKonsortium Pulau Mutiara Sdn Bhd

Matahari merupakan sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu di Malaysia. Ia diterbitkan secara mingguan oleh Konsortium Pulau Mutiara Sdn Bhd, yang berpejabat di Ampang, Selangor.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Akhbar ini bersaiz kompak dan menyasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dengan slogan "Akhbar Sukaramai". Akhbar ini berharga RM 2.00. Ia menyajikan berita-berita semasa tanahair di samping berita politik, niaga, hiburan, analisa, wawancara, dan juga berita antarabangsa.