Matahari (filem)
Penampilan
| Matahari | |
|---|---|
| Pengarah | Ramon A. Estella |
| Penulis | A. Razak |
| Cerita oleh | A. Razak |
| Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
| Dibintangi | Maria Menado Ahmad Mahmud Jins Shamsuddin Aziz Jaafar |
| Disunting oleh | H. R. Narayana Hayat Harris |
| Muzik oleh | Osman Ahmad |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 1958 |
| Negara | Singapura |
| Bahasa | Melayu |
Matahari merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian Malaya pada tahun 1958. Filem Matahari diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Matahari diarah oleh pengarah Ramon A. Estella dan dibantu oleh Omar Rojik. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. Filem Matahari ini ditayangkan pada 1958.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan pemberontakan penduduk di Tanah Melayu terhadap penjarahan oleh tentera Jepun. Konflik cinta kasih sayang juga diterapkan dalam plot filem ini. Di penghujung cerita, Matahari satu-satunya wanita yang terselamat bersama-sama 9 orang askar Melayu serta seorang askar Gurkha melawan tentera Jepun sehingga titisan darah terakhir.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Maria Menado sebagai Matahari
- Ahmad Mahmud sebagai Koporal Ismail
- Jins Shamsuddin sebagai Prebet Bujang
- Aziz Jaafar sebagai Aman
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Salleh Kamil sebagai Hitam
- Omar Rojik sebagai Kapten Nakamura
- Daeng Idris sebagai Penghulu Kampung
- Supaat sebagai Kapten Tajuddin
- Kemat Hassan sebagai Wang Lee (Tauke Kedai)
- Alice Ma sebagai Lucy (Isteri kepada Wang Lee)
- Rahmah Rahmat sebagai Rukia
- Sa'amah sebagai Ibu Matahari
- M. Rafiee sebagai Orang Kampung
- Omar Suwita sebagai Orang Kampung
- Ali Fiji sebagai Askar Melayu
- Fatimah Ahmad sebagai Gadis yang cacat buta
- M. Babjan sebagai Penarik beca