Matamu (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Matamu"
[[Fail:|frameless|upright=1|alt=||]]
Single oleh ADiB ft. Alif Sleeq & Deanna Zully
Dikeluarkan pada2016
FormatMuat Turun Digital , Muzik Pelayar
Dirakam pada2016
GenreR&B , Soul
Panjang3:39
SyarikatMap Music
PenulisADiB , Alif Sleeq
PenerbitAlif Sleeq

Matamu ialah single pertama ADiB berduet bersama Alif Sleeq dan Deanna Zully yang bergenre R&B & Soul .

Rakaman dan Komposisi[sunting | sunting sumber]

Matamu adalah lagu bergenre R&B, Soul. Melodi dan lirik dicipta oleh Adib bersama Alif Sleeq. Lagu ini telah di rakam dan di sunting di Studio Magic Potions yang terletak di Damansara, Kuala Lumpur.

Alif Sleeq adalah penerbit lagu ini manakala B.Y Teoh sebagai penerbit eksekutif lagu ini. Lagu yang berdurasi 03:39 minit ini menggunakan kord F major.

Masa yang di ambil untuk menghasilkan melodi dan lirik lagu ini lebih kurang 2 hingga ke 3 jam sahaja. Untuk Kord progesif lagu ini, ia dibahagian verse menggunakan F-G-Am-C, manakala di bahagian korus pula menggunakan F-G-Am-C. Lagu ini bermula dengan suara Alif Sleeq menyebut Magic Potions and the ... dan di ikuti ADiB menyanyikan Kau yang membuatku tertawan dan iringan suara Deanna Zully bermula dari minit ke 00:13 .

Verse lagu ini bermula pada 00:45 selepas Breakdown yang bermula di 00:35 yang sebelumnya di mulai dengan korus lagu dengan permulaan intro. Rap oleh Alif Sleeq bermula pada minit 02:13 dengan You know, You Know, kalau dia minat dia takkan bagitahu.

Suara Deanna Zully dapat di dengari sekali lagi pada minit 02:27 dengan Tak yah ikut cara yang member bagi Dan mengiring rap Alif Sleeq pada minit 02:31 dengan Bilalah lagi Oh Na Na.

Korus bahagian penutup pula memperdengarkan Alif Sleeq menyanyikan Oh Na Na Na pada minit 02:47 di iringi suara ADiB dan Deanna Zully dengan Ad lib oleh ADiB Matamu Yang Bersinar pada minit 03:02 dan Kau yang membuatku tertawan pada minit 03:10. Lagu ini di akhiri dengan ADiB menyanyikan Matamu yang bersinar, kau yang membuatku tertawan , Matamu yang bersinar pada minit 03:27 dengan hanya iringan piano dan lagu tamat.

Promosi[sunting | sunting sumber]

Lagu ini telah diagihkan di radio-radio Malaysia seperti Era FM , THR Gegar , HOT Fm dan Radio radio dibawah RTM. ADiB juga telah menjadi Dj undangan di THR Gegar untuk segmen Baru Di Gegar selama satu jam di samping menceritakan latar belakang beliau, dan mempromosikan single pertama beliau ini.

Carta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Tertinggi Nota
ERA FM
[1]
Hot FM
[2]
JOOX
[3]
2016 "Matamu" 6 1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]