Matariki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gugusan Bintang Tujuh yang menjadi tumpuan perayaan Matariki.

Matariki merupakan suatu tempoh waktu di New Zealand di mana ternampaknya gugusan Bintang Tujuh (Matariki nama setempat ia dalam bahasa Māori)[1] pada akhir Mei hingga awal Jun semasa musim sejuk Hemisfera Selatan. Penampakan ini lazimnya penanda awal suatu kitaran tahun baru dalam kalangan masyarakat Māori; namun ada sesetengah puak dalam masyarakat yang mencerap ia pada waktu yang berbeza baik saat kelihatan gugusan bintang ini terbit mahupun ketika bulan purnama pertama atau anak bulan pertama setelah munculnya gugusan bintang ini.[2]

Tempoh ini semakin lama semakin mendapat perhatian umum rakyat New Zealand; ia akhirnya mendapat pengiktirafan rasmi menjadi cuti awam dimaktubkan pada 2021 di mana tarikh keraian pertama jatuh pada 24 Jun tahun berikutnya.[3]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Gugus bintang Matariki, dengan nama-nama bintang setempat Māori dan Barat yang sepadan.

Matariki datangnya daripada penyingkatan Ngā mata o te ariki o Tāwhirimātea yang bermaksud "mata-mata dewa Tāwhirimātea", tetapi ia kadangkala salah diterjemahkan menjadi "mata kecil";[4] istilah serupa juga muncul dalam beberapa bahasa serumpun Polinesia turunan akar bahasa Proto-Polinesia mataliki yang bererti kecil. Penggunaan istilah ini sebagai nama gugusan bintang Pleiades juga sudah ada sejak dahulu kala melalui pembinaan kembali kata dalam bahasa Oseanik Timur.[5][6] Gugusan bintang ini dinamakan sedemikian kerana bintang-bintang ini dipercayai merupakan dua-dua biji mata Tāwhirimātea yang dibaling kerana marah akibat pemisahan ibubapanya, Ranginui dan Papatūānuku, yang dilakukan adik-beradiknya.[7]

Tidak seperti orang Melayu yang percaya bahawa gugusan Pleiades dibentuk daripada tujuh bintang, orang Māori percaya adanya sembilan bintang dalam gugusan ini. Kesemua bintang-bintang segugus ini mempunyai nama yang tersendiri:[8][9]:24–35

Bintang Antares dikatakan bapa semua bintang beradik ini bernama Rehua iaitu penghulu segala langit kayangan.[9]:22–24

Kepentingan[sunting | sunting sumber]

Gugusan bintang ini dilihat sangat penting untuk para peneroka mengemudi di lautan samudera serta menentukan waktu musim yang sesuai untik. Waktu terbit pertama Pleiades dan Rigel (Puanga atau Puaka) dilihat berlau sesaat sebelum matahari terbit pada akhir Mei atau awal Jun.

Masa meraikan perayaan Matariki sendirinya bergantung kepada kelaziman iwi setempat: ada iwi yang meraikan langsung setelah penampakan, sedangkan yang lain menunggu sampai terbitnya bulan purnama selanjutnya, atau fajar anak bulan selanjutnya—dan suku lain menggunakan waktu terbit Puanga/Rigel dengan cara serupa.[10][11] Perayaan ini diraikan selama 3-4 hari sehingga sebelum penampakan anak bulan (whiro) yang dianggap masa tidak sesuai.[12][9]:49

Penyambutan[sunting | sunting sumber]

Zaman dahulu[sunting | sunting sumber]

Tempoh ini dilihat sebagai merupakan masa untuk merayakan dan mempersiapkan tanah untuk tahun yang akan datang.[13] Persembahan hasil bumi dipersiapkan kepada para dewa, termasuk kepada dewa makanan budidaya Rongo. Pada masa ini juga merupakan waktu yang baik untuk mengajarkan pengetahuan mengenai tanah dan hutan pada generasi muda. Selain itu, burung dan ikan tertentu sangat mudah diburu pada masa ini.

Zaman kini[sunting | sunting sumber]

Pesta layang-layang meraikan Matariki di Auckland, 2015

Pada tahun 2001, Jawatankuasa Bahasa Māori mula bergiat "menuntut kembali Matariki, atau Tahun Baru Pasifik Aotearoa sebagai dorongan melestarikan bahasa Māori yang menjadi matlamat mereka. Sejak saat itu, perayaan Matariki menjadi amalan yang semakin umum bagi berbagai institusi[14][15][16] dalam berbagai cara[17][18] dalam zaman seminggu atau sebulan, suatu saat di awal Jun hingga akhir Ogos .

Pengusulan sebagai hari cuti kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Dengan pengakuan yang lebih luas, terdapat usulan untuk menjadikan Matariki sebagai hari cuti rasmi di New Zealand—khususnya rancangan undang-undang peribadi dari mantan anggota parlimen Parti Māori Rahui Katene: Te Ra o Matariki Bill (Rang Undang-Undang Hari Matariki), berdasarkan hasil pemungutan suara pada Jun 2009.

RUU tersebut dirancang akan menetapkan tanggal hari libur umum berdasarkan penampakan anak bulan pada bulan Jun,[19] namun hal ini kemudian diubah menjadi bulan baru setelah waktu terbit bintang Matariki saat RUU tersebut dibatalkan sebulan kemudian dan ditetapkan ulang untuk diajukan ke Parlimen.[20] Wali kota Kota Waitakere Bob Harvey mendukung seruan menjadikan Matariki sebagai hari libur atau cuti kebangsaan untuk menggantikan Hari Kelahiran Ratu,[21] bersama dengan Gerakan Republik New Zealand yang mengungkapkan tidak ada wewenang lokal di New Zealand yang merayakan hari kelahiran tersebut, tetapi ada banyak pihak sama yang ikut merayakan Matariki.[22] Namun, rang itu sendiri tidak mengusulkan penghapusan Hari Keputerian Ratu malah tidak disetujui pada pembacaan pertamanya.[23]

Sebagai sebahagian dari perjanjian Parti Nasional-Parti Māori setelah [[pilihan raya New Zealand 2011, kedua-dua parti sepakat untuk mendukung "Rang Undang-Undang Warisan Budaya untuk mengakui Matariki/Puanga serta menghormati perdamaian meleraikan konflik yang terjadi di Parihaka."[24]

Pengisytiharan cuti umum[sunting | sunting sumber]

Pada 7 September 2020, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menjanjikan pelaksanaan cuti Matariki sekiranya Parti Buruh pimpinan beliau memenangi pilihan raya umum yang dilangsungkan pada tahun sama;[25] cuti ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun selepas itu agar memberi peluang sektor perniagaan setempat pulih berikutan pandemik COVID-19 dalam negara tersebut.[26]

Pada 4 Februari tahun berikutnya, beliau yang kekal pada kerusinya mengumumkan tarikh cuti Matariki pertama jatuh pada 24 Jun 2022.[3][27] Pada 2 Julai tahun sama, kerajaan New Zealand menetapkan tarikh-tarikh jatuhnya perayaan rasmi Matariki dalam tempoh 30 tahun antara bulan Jun dan Julai kesemuanya pada hari Jumaat.[28]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "... in New Zealand it was the heliacal rising of that group that marked the new year", The Astronomical Knowledge of the Maori, Elsdon Best
  2. ^ "Matariki - the Māori New Year". Ministry for Culture and Heritage. 23 Mei 2017.
  3. ^ a b "Prime Minister Jacinda Ardern reveals date of first Matariki public holiday". Radio New Zealand. 4 February 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 February 2021.
  4. ^ Arnold, Naomi (Julai–Ogos 2018). "The inheritance". New Zealand Geographic (152): 26–27.
  5. ^ Polynesian Lexicon Project Online, entries *mata-liki.1 and *mata-liki.2a
  6. ^ "On Stars, and Star Lore", The Maori: Yesterday and To-day, James Cowan, 1930
  7. ^ Meredith, Paul (12 Jun 2006). "Matariki – Māori New Year:Heralding the new year". Te Ara - the Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 7 Mei 2021.
  8. ^ "Stars signal life cycle" (PDF). Te Ao Maori. Jun 2005. m/s. 23 (hlm 2 di PDF). Dicapai pada 11 Mei 2011.
  9. ^ a b c Matamua, Rangi (2018). Matariki. Wellington: Huia Publishers. ISBN 978-1-77550-325-5.
  10. ^ "Stars are set for a happy Maori New Year" Diarkibkan 2011-07-16 di Wayback Machine, Tariana Turia di situs web Partai Maori
  11. ^ "Ranginui - the sky". Te Ara - The Encyclopedia of New Zealand.
  12. ^ Rātana, Liam (3 July 2021). "Matariki, our guiding light". The Spinoff. Dicapai pada 9 July 2021.
  13. ^ "Matariki Teaching Resource 2018" (PDF). Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  14. ^ "Sky Tower Lights Up to Celebrate Matariki" (Siaran akhbar). Scoop/SKYCITY. 2010-06-01. Dicapai pada 2013-01-15.
  15. ^ "How to celebrate Matariki at home". Museum of New Zealand Te Papa Tongarewa, Wellington, NZ (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-16. Dicapai pada 2019-03-07.
  16. ^ "Wellington City Council cancels Guy Fawkes and moves fireworks Sky Show to Matariki". Stuff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-07.
  17. ^ "Libraries celebrate Matariki with higher interactivity", Christchurch City Council
  18. ^ "Matariki celebrations". www.kidsfirst.co.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-07.
  19. ^ "TUMEKE!: Big Thursday draw: Matariki on hold" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-19.
  20. ^ "Matariki holiday bill to go before Parliament". Stuff.co.nz. NZPA. 2009-07-22. Dicapai pada 2011-10-22.
  21. ^ "Mayor Joins Call For Matariki Public Holiday". Scoop.co.nz. 2009-11-22.
  22. ^ "No Celebrations For Queen's Birthday". Scoop.co.nz. 2009-05-29.
  23. ^ Katene, Rahui (20 August 2009). "Te Ra o Matariki Bill – Matariki Day Bill loses on first reading". tangatawhenua.com.
  24. ^ "Relationship Accord and Confidence and Supply Agreement with the Māori Party" (PDF). Scoop.co.nz. 2011-11-11. Dicapai pada 2012-02-15.
  25. ^ "Election 2020: Matariki will become a public holiday if Labour re-elected – PM". The New Zealand Herald. 7 September 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
  26. ^ "Election 2020: Labour would make Matariki a public holiday from 2022". Stuff. 7 September 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
  27. ^ Whyte, Anna (4 February 2021). "Jacinda Ardern reveals what date NZ will celebrate its new Matariki public holiday in 2022". 1 News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 February 2021. Dicapai pada 4 February 2021.
  28. ^ "Matariki public holiday dates for next 30 years announced". Radio New Zealand. 2 Julai 2021. Dicapai pada 3 Julai 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]