Mattéo Guendouzi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Mattéo Guendouzi
1 Mattéo Guendouzi 2018 (cropped).jpg
Guendouzi bersama Arsenal pada 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Mattéo Elias Kenzo Guendouzi Olié[1]
Tarikh lahir (1999-04-14) 14 April 1999 (umur 22)[2]
Tempat lahir Poissy, Perancis
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)[3]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Arsenal
Nombor 29
Kerjaya remaja
2005–2014 Paris Saint-Germain
2014–2016 Lorient
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016–2018 Lorient 26 (0)
2018– Arsenal 55 (0)
Pasukan kebangsaan
2016–2017 Perancis B18 7 (0)
2017 Perancis B19 2 (1)
2017–2018 Perancis B20 3 (1)
2018– Perancis B21 11 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:47, 24 Februari 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober 2019

Mattéo Elias Kenzo Guendouzi Olié (Sebutan bahasa Perancis: [mateo ɡɛnduzi]; lahir 14 April 1999) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan pasukan bawah-21 Perancis.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Guendouzi telah memulakan kariernya di akademi Paris Saint-Germain semasa beliau berusia enam tahun. Beliau kemudiannya meninggalkan PSG untuk menyertai akademi Lorient pada tahun 2014. Selepas mewakili pasukan Lorient B, beliau telah ditawarkan untuk menyertai skuad utama pada tahun 2016.

Lorient[sunting | sunting sumber]

Guendouzi melakukan penampilan sulungnya untuk Lorient pada 15 Oktober 2016 ketika menentang Nantes dalam aksi Ligue 1 yang berakhir dengan kekalahan 1-2. Beliau seterusnya beraksi dalam sembilan perlawanan dalam semua kejohanan.[4] Pada musim sulungnya di Lorient, pasukannya telah disingkirkan ke divisyen kedua dari Ligue 1 pada penghujung musim.[5][6]

Pada musim 2017–18, Guendouzi telah tampil dalam 21 perlawanan bersama Lorient yang menyaksikan pasukannya gagal untuk layak ke Ligue 1 selepas menduduki tangga ketujuh Ligue 2.[7]

Arsenal[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Julai 2018, ketika jendela perpindahan musim panas, Guendouzi telah menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dengan bayaran yang tidak didedahkan tetapi nilai tersebut dipercayai sekitar 7 juta euro termasuk bonu.[8] Pada 28 Julai, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Arsenal dalam perlawanan persahabatan menentang kelab lamanya, Paris Saint Germain di Singapura. Beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama pasukan dan membantu Arsenal untuk membelasah Paris Saint Germain 5–1.[9] Pada 12 Ogos, Guendouzi melakukan penampilan sulungnya di Liga Perdana Inggeris dalam perlawanan pembukaan kempen menentang juara bertahan liga, Manchester City. Beliau berjaya melakukan 72 sentuhan dan menjadi pemain Arsenal paling banyak memegang bola namun pasukannya tewas 0-2 dalam perlawanan itu.[10]

Guendouzi menjaringkan gol sulung dalam kariernya pada 4 Oktober dengan membantu Arsenal meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Qarabağ yang berlangsung di gelanggang lawan.[11]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Guendouzi mempunyai darah Maghribi yang datang daripada keluarga sebelah bapanya. Beliau telah dihampiri oleh pengurus pasukan kebangsaan Maghribi, Hervé Renard pada tahun 2017 untuk bertukar khidmat mewakili pasukan Maghribi. Namun, selepas bapa Guendouzi bertemu Renard pada Mac 2017, Guendouzi mengambil keputusan untuk kekal mewakili Perancis.[12]

Pada 2 September 2019, Guendouzi telah dipanggil oleh skuad senior Perancis buat pertama kali untuk menggantikan Paul Pogba yang tercedera bagi menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Albania dan Andorra.[13] However, he was an unused substitute in both matches.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 2 Mac 2020.[14]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Lorient 2016–17 8 0 1 0 0 0 9 0
2017–18 18 0 1 0 2 0 21 0
Jumlah 26 0 2 0 2 0 30 0
England Arsenal 2018–19 33 0 1 0 3 0 11[c] 1 48 1
2019–20 22 0 3 0 1 0 6[c] 0 32 0
Jumlah 55 0 4 0 4 0 17 1 80 1
Jumlah kerjaya 105 0 6 0 6 0 17 1 134 1
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan Piala FA Inggeris.
  2. ^ Termasuk Coupe de la Ligue dan Piala EFL.
  3. ^ a b Penampilan di Liga Europa UEFA

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "List of Players under Written Contract Registered Between 01/07/2018 and 31/07/2018". The Football Association. m/s. 15. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 October 2019. Dicapai pada 26 August 2019.
    "Matteo Guendouzi". L'Équipe (dalam bahasa French). Paris. Dicapai pada 2 February 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Matteo Guendouzi" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. Dicapai pada 2 February 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Matteo Guendouzi: Overview". Premier League. Dicapai pada 2 February 2019.
  4. ^ "Matteo Guendouzi in 2016/2017". Soccerbase. 9 July 2018. Dicapai pada 9 July 2018.
  5. ^ "Troyes promoted to Ligue 1". beIN SPORTS Australia. 28 May 2017. Dicapai pada 25 July 2018.
  6. ^ "French Football League – FC LORIENT". Ligue1.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2018. Dicapai pada 25 July 2018.
  7. ^ "Arsenal in talks with France U20 midfielder Matteo Guendouzi". Sky Sports. 9 July 2018. Dicapai pada 9 July 2018.
  8. ^ Wheatley, Chris (11 July 2018). "Who is Matteo Guendouzi? The French teenage wonderkid who has joined Arsenal". Goal. Dicapai pada 25 July 2018.
  9. ^ "Arsenal 5–1 PSG: Alexandre Lacazette leads second-half blitz after captain Mesut Ozil opener". London Evening Standard. 28 July 2018. Dicapai pada 28 July 2018.
  10. ^ "Arsenal 0–2 Man City: Unai Emery's opener is a reality check for Arsenal". BBC Sport. 12 August 2018. Dicapai pada 13 August 2018.
  11. ^ Henry, Matthew (4 October 2018). "Qarabag 0–3 Arsenal: Emile Smith Rowe scores first goal in Europa League win". BBC Sport. Dicapai pada 19 December 2018.
  12. ^ Scoulino (1 March 2017). "Maroc : Renard tourne la page de Guendouzi" [Morocco: Renard turns the page of Guendouzi]. Orange Football Club (dalam bahasa French). Dicapai pada 18 February 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Bleus : Mattéo Guendouzi appelé à la place de Paul Pogba, forfait". L'Équipe. 2 September 2019. Dicapai pada 2 September 2019.
  14. ^ "M. Guendouzi: Summary". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 1 December 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]