Matthew Glaetzer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Matthew Glaetzer
Maklumat peribadi
Lahir (1992-08-24) 24 Ogos 1992 (umur 31)
Adelaide, Australia Selatan
Ketinggian1.90 m[1]
Berat86 kg[1]
Maklumat pasukan
DisiplinTrek berbasikal
PerananRider
Jenis perananPecut
Rekod Pingat
Lumba basikal trek lelaki
Mewakili  Australia
Kejohanan Dunia
Pingat emas – tempat pertama Melbourne 2012 Pecut berpasukan
Pingat emas – tempat pertama Apeldoorn 2018 Pecut
Pingat perak – tempat kedua London 2016 Pecut
Pingat perak – tempat kedua Apeldoorn 2018 Cubaan masa 1 km
Sukan Komanwel
Pingat emas – tempat pertama Glasgow 2014 Keirin
Pingat emas – tempat pertama Gold Coast 2018 Keirin
Pingat emas – tempat pertama Gold Coast 2018 Cubaan masa 1 km
Pingat gangsa – tempat ketiga Glasgow 2014 Pecut berpasukan
Pingat gangsa – tempat ketiga Gold Coast 2018 Pecut berpasukan

Matthew Glaetzer (lahir 24 Ogos 1992) ialah pelumba basikal trek Australia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau bersaing dalam acara pecut berpasukan pada Sukan Olimpik Musim Panas 2012, dan memenangi Kejohanan Dunia 2012 dalam acara sama bersama Scott Sunderland dan Shane Perkins.[2]

Glaetzer mewakili Australia dalam Pecut Lelaki, Keirin Lelaki, dan acara Pecut Berpasukan Lelaki di Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.[1]

Pada 12 November 2017, di pertandingan Piala Dunia di Manchester, Glaetzer menjadi penunggang pertama yang pernah memecahkan waktu 1:00 minit untuk percubaan masa 1 km, di Velodrome bertaraf lautan.

Pada Sukan Komanwel 2018, Glaetzer memenangi pingat emas dalam acara keirin lelaki.[3] Beliau kemudian tersingkir daripada acara pecut lelaki di suku akhir. Keesokan harinya, beliau memenangi emas dalam acara percubaan masa 1 km lelaki.[4]

Di Sukan Olimpik Musim Panas 2020, Glaetzer mengundang kontroversi semasa peringkat akhir acada Keirin apabila beliau membenarkan jurang yang besar antara Jason Kenny dari Great Britain dan seluruh pelumba yang lain.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Glaetzer merupakan seorang Kristian. Beliau menyatakan bahawa dirinya telah menjadi seorang Kristian sepanjang hidupnya, tetapi hanyut kerpecayaan dari Tuhan semasa zaman remaja akibat kecederaan. Beliau mendedikasikan semula hidupnya kepada Tuhan di sebuah kem yang dijalankan oleh gereja tempatan.[6] Beliau juga berkata Tuhan memberinya hadiah dalam sukan berbasikal.[7] Glaetzer mengetuai kumpulan belia di Influencers Church di Paradise, Adelaide.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Rio 2016: Matthew Glaetzer athlete profile". rio2016.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-26. Dicapai pada 2016-08-12.
  2. ^ "Accidental cyclist Matthew Glaetzer keeps the faith". The Advertiser (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2012-05-18.
  3. ^ "Cate Campbell takes gold, success in triathlon and cycling". ABC News (dalam bahasa Inggeris). 2018-04-07. Dicapai pada 2018-04-08.
  4. ^ "Matthew Glaetzer bounces back from early Games failure to claim Gold - myGC.com.au". myGC.com.au (dalam bahasa Inggeris). 2018-04-08. Dicapai pada 2018-04-09.
  5. ^ (dalam bahasa Inggeris). 7News https://7news.com.au/sport/olympics/matthew-glaetzers-tactics-criticised-as-jason-kenny-won-gold-in-tokyo-olympics-keirin-c-3629671.amp. Text "Matthew Glaetzer's tactics criticised as Jason Kennh won gold in Tokyo Olympic's Keirin" ignored (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  6. ^ "Humble winner". challengenews.online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-09.
  7. ^ "Accidental cyclist keeps the faith" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-09.
  8. ^ "The Coffee Ride #36 – Track feature special" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-09.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]