Maulidur Rasul 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Maulidur Rasul 2010 atau sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad 1431 Hijrah disambut di seluruh dunia dengan pelbagai acara dan gaya. Menurut kalendar Islam, ia jatuh pada 26 Februari 2010.

Kontroversi di Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Februari 2010, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membatalkan perarakan majlis Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang pada hari Jumaat kerana kesuntukan masa.[1] Perkara ini disensasikan kerana Lim dari Pakatan Rakyat dan bukan Islam. Sedangkan Johor, Pahang dan Perlis yand diperintah Barisan Nasional juga tidak mengadakan perarakan.[2]

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir mendesak Lim mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 pada 19 Januari dan 3 Februari 2010. Dua mesyuarat itu dipengerusikan oleh Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim.[1] Abdul Malik bagaimanapun menafikan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri itu dibatalkan.[3]

Sebenarnya pelbagai program diatur selama empat hari berturut-turut mulai 25 Februari 2010. Sambutan Maulidur Rasul bermula dengan majlis bacaan surah Yaasin dan tahlil di semua masjid di seluruh negeri pada malam 25 Februari. Perarakan Maulidur Rasul diadakan pada 26 Februari 2010 bermula 7 pagi di Padang Kota dan berakhir di Dewan Sri Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman turut hadir.

Acara lain ialah Perhimpunan Ummah di Dewan Sri Pinang, pameran ketamadunan Islam dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Mufti Negeri dan Majlis Bacaan Kitab Sirah Nabi Muhammad SAW pada 27 dan 28 Februari 2010 di Masjid Negeri Pulau Pinang.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ketua Menteri diminta dedah minit mesyuarat Utusan Malaysia. 13 Februari 2010
  2. ^ Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis malaysiakini. 18 Februari 2010
  3. ^ Pulau Pinang teruskan perarakan Maulidur Rasul HarakahDaily. 13 Februari 2010
  4. ^ Lim Nafi Dakwaan Tiada Perarakan Maulidur Rasul Tahun Ini mStar Online. 13 Februari 2010