Maurice Leblanc

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Maurice Leblanc
1907
Info kelahiran(1864-12-11)11 Disember 1864
Rouen, Perancis
Kematian6 November 1941(1941-11-06) (umur 76)[1]
Perpignan, Perancis
WarganegaraFrance

Maurice Marie Émile Leblanc (Perancis: [ləblɑ̃]; 11 Disember 1864[2] – 6 November 1941) merupakan seorang penulis novel dan cerita pendek Perancis. Beliau merupakan pencipta watak pencuri licik Arsène Lupin.[3]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Maurice lahir pada 11 Disember 1864 di Rouen. Beliau anak kedua dari empat adik-beradik kepada Émile Leblanc, seorang saudagar kapal dan Mathilde Blanche, anak kepada pemilik kilang pewarna kain.[4] Seorang adik perempuannya Georgette Leblanc merupakan penyanyi dan pelakon pentas.

Beliau dihantar ke Scotland semasa meletusnya Perang Perancis-Jerman 1870. Beliau kembali ke Rouen untuk mengambil pendidikan mula-mula di sekolah awam Patry sebelum melanjutkan pengajian di sekolah menengah (lycée) Corneille.[5]

Peninggalan[sunting | sunting sumber]

Rumah yang diduduki Maurice di Étretat di mana beliau mengarangkan banyak karya berkaitan watak Arsène Lupin dijadikan suatu muzium iaitu Le Clos Lupin ("Pekarangan Lupin") yang turut menempatkan banyak koleksi gambar, lukisan, penulisan dan barangan peribadi beliau di sana.[6][7][8]

Senarai karya[sunting | sunting sumber]

Siri Arsène Lupin[sunting | sunting sumber]

Terdiri dari 17 novel atau "roman" dan 39 buah novel kecil serta 5 drama pentas antara tahun-tahun 1905 à 1941.

Pièces de théâtre[sunting | sunting sumber]

Novel lain[sunting | sunting sumber]

Himpunan cerita pendek[sunting | sunting sumber]

  • Des couples (1890). Himpunan 7 cerpen.
  • Ceux qui souffrent (1894). Himpunan 26 cerpen.
  • Les Heures de mystère (1896). Himpunan 26 cerpen.
  • Les Lèvres jointes (1899). Himpunan 30 cerpen.
  • Un gentleman (1903).
  • Gueule-rouge 80-chevaux (1904).
  • La Robe d'écailles roses (1912). Himpunan 15 cerpen.

Karya lain[sunting | sunting sumber]

  • Les Yeux purs (1902). karangan misteri pertama terbit dalam La Robe d'écailles roses (1912) di bawah tajuk Le Roman d'une jeune fille.
  • Voici des ailes ! (1898). Novel pendek.
  • La Pitié (1912), dalam 3 bahagian

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Staff writer (7 November 1941). "Maurice LeBlanc Dies at 77; Creator of 'Arsene Lupin'". St. Louis Post-Dispatch. 94 (63). St. Louis, Missouri. m/s. 3 – melalui Newspapers.com.
  2. ^ Cote 3E 00999 - 1864/10/01 - 1864/12/31 - Rouen, image 106.
  3. ^ Mordaunt Hall (1932). "Arsene Lupin". The New York Times.
  4. ^ Bailbé, Joseph-Marc (1980). Le Paysage normand dans la littérature et dans l'art. Publications Universitaires Rouen Le Havre. m/s. 293.
  5. ^ Derouard, Jacques (1989). Maurice Leblanc : Arsène Lupin malgré lui. Paris: Librairie Séguier, coll. m/s. 22. ISBN 2-87736-070-9.
  6. ^ "One to Watch: Omar Sy will steal your heart in new Netflix's Lupin". Explore France. 12 Januari 2021. Dicapai pada 1 Februari 2021. [Leblanc ]wrote some of Lupin’s famous adventures from his house in Étretat...The museum nows presents original photos, paintings, recollections, writings and some of Maurice Leblanc's personal belongings.
  7. ^ "Le Clos Lupin Museum – Maurice Leblanc House". Normandy Tourism. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  8. ^ "Le Clos Arsène Lupin". Brittany Ferries. 2021.
  9. ^ http://arsenelupingc.free.fr/theatre.php
  10. ^ Pièce de Maurice Leblanc, réalisation de Carlos Larronde, selon les annonces dans la presse de 1936. Dans un article publié en 2015 dans le Templat:Numéro de la revue L'Aiguille preuve, Hervé Lechat, président de l'Association des amis d'Arsène Lupin, pense que cette pièce a probablement été écrite par Carlos Larronde.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]