Maut Hitam di England

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wabak ini dikenali dalam sejarah sebagai Maut Hitam memasuki England pada tahun 1348, dan membunuh sekitar satu pertiga sehingga saparuh dari penduduk negara tersebut. Maut Hitam adalah manifastasi pertama dan yang paling teruk bagi Pandemik Kedua, kemungkinannya disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis. Berasal dari Asia Tengah, ia tiba ke Kepulauan British dari provinse Inggeris Gascony. Titik kemasukkan pertamanya adalah pelabuhan Weymouth, Dorset di mana ia pertama kali dilaporkan pada Jun 1348. Ia sampai ke London pada musim luruh tahun itu, dan menjelang musim panas berikutnya ia telah melitupi seluruh negara. Menjelang Disember 1349 wabak tersebut hampir tamat. Sungguhpun anggaran tepat kematian sukar dilakukan, trend terkini telah disesuaikan anggaran ke atas. Ini adalah hasil tumpuan akademik terkini pada masyarakat petani yang membentuk 90% dari populasi berbanding pemilik tanah kaya dan para paderi. Sungguhpun ia telah dianggar bahawa satu pertiga atau kurang penduduk mati, hari ini jumlah sekitar separuh biasanya diterima, sungguhpun sebahagian mencadangkan jumlah yang lebih besar.

Maut Hitam menimpa negara yang kaya dan sedang meningkat secara antarabangsa. Sungguhpun kematian adalah tinggi, kerajaan Inggeris mengendalikan krisis tersebut dengan baik. Hasil yang paling segera adalah berhentinya kempen Perang Seratus Tahun. England juga tidak mengalami pelampau ugama yang berlaku dikawasan lain di Europah, seperti penyiksaan diri ("flagellant") dan penghukuman Yahudi. Sungguhpun begitu, dalam jangka panjang wabak ini turut memiliki kesan sosial yang besar. Kemerosotan penduduk menyebabkan kekurangan pekerja, mengakibatkan kenaikan gaji. Kelas pemilik tanah cuba menghalang perkembangan ini dengan undang-undang dan langkah penghukuman, mendorong kepada kebencian mendalam bagi kelas bawahan. Pemberontakan Petani 1381 sebahagian besarnya disebabkan kebencian ini, dan sungguhpun pemberontakan ini ditewaskan, perhambaan jangka panjang tamat di England. Maut Hitam turut menjejaskan usaha artistik dan budaya, dan mungkin menggalakkan kegunaan bahasa vernakular tempatan.

Pada tahun 1361–62 wabak ini kembali ke England, kali ini menyebabkan kematian sekitar 20% penduduk. Selepas ini ia kembali sekali-sekala sepanjang abad ke empat belas dan lima belas, secara tempatan atau kebangsaan. Dari tempoh ini kesannya semakin berkurangan, kebanyakannya disebabkan langkah bersungguh kerajaan. Satu dari wabak terakhir di England merupakan Wabak Besar London pada 1665-66.

Latar[sunting | sunting sumber]

Pertempuran Crécy menetapkan England sebagai kuasa tentera.

England pada 1348[sunting | sunting sumber]

Ianya adalah mustahil bagi menetapkan secara tepat bilangan penduduk di England ketika tercetusnya Maut Hitam, dan anggaran berbeza antara 3 hingga 7 juta.[1] Bilangan tersebut kemungkinannya di sebelah tinggi, dan anggaran sekitar 6 juta penduduk adalah lebih mungkin.[2] Krisis demografik sebelumnya – terutamanya Kebuluran Besar 1315–1317 – telah mengakibatkan jumlah kematian yang besar, tetapi tiada bukti kemerosotan besar bagi bilangan penduduk sebelum 1348.[3] England masih merupakan masyarakat yang sebahagian besarnya masyarakat desa dan petani; hampir 90% penduduk tinggal di kawasan desa.[4] Satu dari bandar besar, London merupakan kelasnya tersendiri, dengan kemungkinannya seramai 70,000 penduduk.[5] Jauh kebawah skala adalah Norwich, dengan sekitar 12,000 orang, dan York dengan sekitar 10,000.[4] Eksport utama, dan sumber kekayaan negara adalah bulu biri-biri. Sehingga pertengahan abad eksport terdiri kebanyakannya adalah bulu kambing biri-biri mentah kepada pembuat kain di Flanders. Bagaimanapun, perlahan-lahan teknologi membuat kain yang digunakan di Benua besar diambil oleh pengilang Inggeris, dan sekitar pertengahan abad, mereka mula mengeksport kain yang akan meledak pada abad berikutnya.[6]

Secara politik, kerajaan Inggeris berubah menjadi kuasa Europah, melalui usaha giat dan bertenaga raja Edward III.[7] Pada 1346, pihak Inggeris telah memenangi pertempuran mutlak mengatasi Scotland dalam Pertempuran Neville's Cross.[8] Sungguhpun ia tidak begitu, ia kelihatannya pada masa itubahawa Edward III akan mencapai cita-cita datuk Edward I bagi memasukkan Scotland di bawah pertuanan "suzerainty" mahkota Inggeris.[9] Juga di tanah besar pihak Inggeris sedang mengalami kejayaan ketenteraan. Kurang dari dua bulan sebelum Neville's Cross bilangan tentera Inggeris yang jauh lebih kecil, dipimpin rajanya sendiri, memenangi kemenangan besar mengatasi pasukan DiRaja Perancis dalam Pertempuran Crécy.[10] Kemenangan itu segera diikuti oleh pengepungan Edward terhadap bandar pelabuhan Calais. Apabila bandar tersebut jatuh tahun berikutnya, ini memberikan Inggeris tapak enklaf yang penting secara strategik yang akan kekal di tangan mereka bagi dua dekad berikutnya.[11]

Maut Hitam[sunting | sunting sumber]

The migration of the Black Death across Europe.

Istilah "Maut Hitam" – yang merujuk kepada wabak pertama dan paling teruk bagi Pandemik Kedua – tidak digunakan oleh pencatat semasa, yang cenderung kepada nama "Pestilens Besar ("Great Pestilence")" atau "Kematian Besar".[12] Hanya pada abad ke tujuhbelas istilah yang kita gelar wabak itu menjadi biasa, kemungkinannya kemungkinannya diambil dari bahasa Scandinavian.[13] Ia pada umumnya dipersetujui hari ini bahawa penyakit tersebut merupakan wabak yang disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis.[14] Bakteria ini dibawa oleh kutu, yang dipindahkan pada manusia melalui hubungan dengan tikus. Gigitan kutu membawa penyakit ini ke sistem limfa, melaluinya ia memasuki nodus limfa. Di sini bakteria membiak dan membentuk bengkak yang dikenali sebagai "buboes", darimana istilah wabak bubonik di ambil.[15] Selepas tiga atau empat hari bakteria memasuki saluran darah, menjangkiti organ seperti limpa dan pari-paru. Pesakit biasanya akan menemui maut selepas beberapa hari.[16] Jaluran lain penyakit ini adalah wabak pneumonia, di mana bakteria menjadi bawaan udara dan memasuki secara langsung ke dalam paru-paru mangsa. Jaluran jenis ini adalah lebih merbahaya, kerana ia merebak secara langsung dari pesakit kepada yang lain. Jangkitan jenis ini kemungkinannya memainkan peranan besar dalam Maut Hitam, sementara jaluran ketiga adalah lebih jarang. Ini merupakan wabak Sepsis, di mana gigitan kutu membawa bakteria langsung kealiran darah, dan kematian berlaku dengan pantas.[17]

Sungguhpun kebanyakan pihak berkuasa bersetuju bahawa Maut Hitam disebabkan oleh Yersinia pestis, terdapat beberapa pilihan lain dikemukakan. Graham Twigg, dalam The Black Death: A Biological Reappraisal (1984), mencadangkan antraks sebagai punca wabak.[18] Theori ini sebahagiannya disokong oleh Norman Cantor pada akhir 2002. Dalam bukunya In the Wake of the Plague: The Black Death and the World it Made, dia membentangkan bukti bahawa wabak antraks dan anthrax and bubonik sama-sama wujud pada abad keempat belas di Eropah.[19] Kajian tahun 2004 oleh Susan Scott dan Christopher Duncan membuat theori bahawa virus filo ("Filoviridae"), serupa dengan virus Ebola, yang mungkin punca penyakit.[20]

Maut Hitam kemungkinannya berasal di Asia Tengah, di mana penyakit itu adalah asal endemik pada populasi tikus. Ia tidak diketahui punca sebenar yang mencetus wabak itu, tetapi kemungkinannya siri bencana alam semulajadi membawa manusia bertembung dengan tikus yang dijangkiti.[21] Wabak itu sampai ke Constantinople pada akhir musim bunga 1347, melalui pedanagn Genoa yang berdagang di Laut Hitam.[22] Dari sini ia sampai ke Sicily pada Oktober tahun yang sama, dan menjelang awal tahun 1348 ia telah merebak keseluruh tanah besar Itali.[23] Ia merebak dengan pantas seluruh Perancis, dan sampai sejauh ke utara sehingga ke Paris pada Jun 1348. Bergerak serentak ke arah barat, ia sampai ke provins Inggeris Gascony sekitar masa yang sama.[24]

Perkembangan wabak[sunting | sunting sumber]

Pada tahun ini, di Melcombe, dalam kounti Dorset, sejurus sebelum Jamuan St. John the Baptist, dua kapal, satu darinya dari Bristol, datang berlabuh. Seorang kelasi membawa bersamanya dari Gascony benih wabak pestilence yang teruk dan melaluinya mereka dari bandar Melcombe adalah yang terawal di England yang dijangkiti.

Grey Friars' Chronicle[25]

Menurut babad paderi Franciscan (Grey Friars) ketika pemerintahan Raja Lynn, wabak itu tiba dengan kapal dari Gascony ke Melcombe Regis di Dorset – kini biasanya dirujuk sebagai Weymouth, Dorset – tidak lama sebelum Jamuan St. John the Baptist" atau pada 24 Jun 1348.[26] Sumber lain menyatakan tempat ketibaan yang berlainan, termasuk Bristol dan Southampton.[27] Sungguhpun wabak ini mungkin tiba secara bebas di Bristol pada masa berikutnya, Babad Grey Friars di anggap sebagai paling Chronicle is considered the most authoritative account.[28] Sekiranya ia dianggap bahawa babad ini melapurkan "permulaan penyakit" wabak, bukannya "ketibaan" sebenarnya, ketibaan sebenarnya kemungkinannya berlaku sekitar 8 May.[29]

Dari Weymouth penyakit tersebut merebak dengan pantas menyeberangi barat daya. Bandar utama yang pertama dilandai adalah Bristol.[30] London dilanda pada musim gugur 1348, sebelum kebanyakan kawasan desa sekeliling. Peristiwa ini pasti berlaku pada November, sungguhpun menurut sesetengah lapuran seawal 29 September.[31] Ketibaan di London berlaku melalui tiga jalan utama: jalan darat melalui Weymouth – menerusi Salisbury dan Winchester – jalan darat dari Gloucester, dan sepanjang persisiran melalui kapal.[32] Kesan penuh wabak tersebut dirasai di ibu kota pada awal tahun berikutnya.[33] Keadaan di London adalah sesuai bagi wabak: jalannya sempit dan melimpah dengan kumbahan< dan rumah melimpah ruah dan tertutup tanpa peredaran udara.[34] Menjelang March 1349 penyakit itu telah merebak dengan tidak sekata sepanjang selatan England.[35]

Awal separuh tahun 1349 Maut Hitam merebak ke utara. Medan kedua dibuka apabila wabak sampai melalui kapal di Humber, bilamana ia merebak ke utara dan selatan.[36] Pada bulan May ia sampai ke York, dan semasa musim panas Jun, Julai dan Ogos, ia melanda utara.[37] Daerah kounti utara tertentu, seperti Durham dan Cumberland, telah menjadi mangsa serbuan ganas dari Scotland, dan dengan itu amat terdedah kepada kemusnahan wabak tersebut.[38] Pestilens menjadi kurang ganas semasa musim sejuk, dan merebak kurang pantas.[39] Maut Hitam di England melepasi musim sejuk 1348-49, tetapi pada musim sejuk berikutnya ia berhenti, dan menjelang Disember 1349 keadaan semakin pulih kepada sediakala.[40] Ia telah mengambil penyakit tersebut sekitar 500 hari untuk menyelitupi keseluruh negara.[41]

Amalan perubatan[sunting | sunting sumber]

Untuk merawat pesakit yang dijangkiti dengan wabak, pelbagai kaedah telah digunakan termasuk pemeluhan, berbekam, paksa muntah, dan glister.[42] Ketika fasa awal penyakit, berbekam dilakukan pada sebelah yang sama dengan gejala fizikal buboes atau timbul muncul. Sebagai contoh, sekiranya timbul muncul di sebelah kanan peha ahli perubatan akan membekam urat pada buku lali sebelah yang sama.[43] Dalam kes pemeluhan ia dilakukan dengan ubat-ubatan seperti Mithridate, Venice-Treacle, Matthiolus, Bezoar-Water, Serpentary Roots dan Electuarium de Ovo.[44] Pemeluhan digunakan sebagai langkah terdesak; sekiranya pesakin memiliki token, beberapa versi timbul, ahli perubatan akan membalut pesakit bogel dalam selimut yang dibasahkan dengan air sejuk. Langkah ini hanya dilakukan sekiranya pesakit masih memiliki haba semulajadi dalam tubuhnya. Kesan yang diingini adalah pesakit berpeluh dengan banyaknya dan dengan itu menyingkir kesemua pencemaran dari darah yang disebabkan oleh penyakit.[45]

Satu lagi amalan yang digunakan adalah penggunaan merpati ketika merawat bengkak. Bengkak yang kelihatan putih dan dalam tidak berkemungkinan untuk pecah dan perlu disapu dengan Minyak Lily atau Camomil.[46] Apabila bengkak timbul berkepala dan kelihatan merah dan cetek dalam dalam daging, ia boleh dipecahkan dengan menggunakan pelepah dari ekor merpati muda> Asas pelepah adalah bagi menahan bengkak dan menarik keluar bisa. Bagaimanapun, sekiranya bengkak surut dan menjadi hitam disebabkan ia telah menjadi sejuk, ahli perubatan perlu berhati-hati apabila menarik sejuk dari bengkak. Sekiranya ia terlalu lewat untuk menghalangnya, ahli perubatan akan mengambil merpati muda, membelahnya dari dada ke belakang, membukanya hidup-hidup dan meletakkannya pada bengkak sejuk. Gelas bekam adalah kaedah lain di mana ia dipanaskan dan diletakkan di atas bengkak. Apabila kudis pecah, ahli perubatan akan menyapu Mellilot Plaister dengan Linimentum Arcei dan menyembuhkan kudis dengan teliti.[47]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Bilangan kematian[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun rekod sejarah bagi England adalah lebih baik berbanding mana-mana negara Europah pada masa itu,[48] ia masih amat sukar untuk menentukan kadar kematian akibat Maut Hitam dengan sebarang tahap kepastian/ Kesukaran membabitkan ketidakpastian mengenai saiz keseluruhan populasi, sebagaimana digambarkan di atas, tetapi juga mengenai kadar penduduk yang mati akibat wabak tersebut. Kisah semasa seringkali diperbesarkan, menyatakan jumlah setinggi 90%.[49] Sejarahwan moden mengangarkan kadar kematian antara 25% hinga melebihi 60% bilangan penduduk.

Kerja awal di lapangan dilakukan oleh Josiah William Russell dalam bukunya British Medieval Population 1948. Russell melihat kepada penyiasatan post mortem (IPMs) – yang dilakukan oleh raja bagi menilai kekayaan pemilik tanah terkaya selepas kematian mereka – bagi menilai kematian disebabkan oleh Maut Hitam, dan dari ini menafsir anggaran sekitar 23.6% dari keseluruhan penduduk.[50] Dia turut melihat daftar episcopal bagi bilangan kematian dikalangan paderi, dimana hasilnya adalah antara 30–40%.[51] Russell percaya bahawa paderi amat berisiko kepada jangkitan, dan akhirnya merumuskan bahawa kadar kematian lebih rendah pada tahap hanya 20%.[52]

Beberapa tanggapan Russell telah dipertikai, dan kecenderungan sejak itu adalah menyesuai anggaran ke atas.[53] Philip Ziegler, pada tahun 1969, menganggarkan kadar kematian sebagai sekitar satu pertiga dari jumlah penduduk.[54] Jeremy Goldberg, pada tahun 1996, mempercayai bilangan tersebut hampir kepada 45% adalah lebih realistik.[55] Kajian 2004 oleh Ole Jørgen Benedictow mencadangkan kadar kematian amat tinggi pada 62.5%.[56] Menganggap bilangan penduduk sekitar 6 juta, anggaran ini bersamaan dengan 3,750,000 yang mati. Peratusan tinggi sebegitu akan meletakkan England di atas purata yang dianggar Benedictow bagi Europah Barat secara keseluruhan, sekitar 60%.[56] Kadar kematian setinggi itu tidak diterima secara menyeluruh dalam masyarakat sejarahwan.[57]

Taburan masyarakat[sunting | sunting sumber]

Russell mempercayai IPM bagi memberikan gambaran sebenar purata kebangsaan, kerana dia menganggap kadar adalah sekata sepanjang spektrum masyarakat.[58] Tanggapan ini terbukti salah kemudiannya, dan kajian mengenai kematian petani akibat wabak dari rekod manor terbukti jauh lebih tinggi. Ini kemungkinannya hasil dari keupayaan bangsawaan untuk mengelak jangkitan dengan melarikan diri daripada kawasan dijangkiti wabak. Ia juga mungkin hasil dari kematian selepas jangkitan dikalangan mereka yang kaya, hasil capaian lebih baik bagi penjagaan dan rawatan yang lebih baik.[59] Dengan itu, ia juga bermakna bahawa kadar kematian bagi paderi – yang biasanya lebih baik berbanding populasi umum – tidak lebih tinggi berbanding purata.[60]

...Maut menghancurkan (yang meragut tua dan muda semuanya, tidak membiarkan sesiapapun dan menjadikan yang kaya dan yang miskin sama sahaja) dengan menyedihkan meragut dari kedua kami anak perempuan tercinta kami, (yang kami paling cintai, kerana kesopanannya).

Edward III dalam surat kepada Raja Alfonso XI dari Castile[61]

Rekod manor turut memberikan peluang yang baik bagi mengkaji taburan geografik wabak tersebut. Kesannya kelihatannya adalah serupa di keseluruhan England,[62] sungguhpun tempat seperti Anglia Timur, yang memiliki hubungan kerap dengan Tanah Besar, teruk terjejas.[63] Pada tahap tempatan, bagaimanapun, terdapat perbezaan besar. Kajian mengenai estate Bishop dari Worcester mendedahkan bahawa, sungguhpun manornya di Hartlebury dan Hambury memiliki kadar kematian hanya 19%, manor di Aston kehilangan hampir 80% dari penghuninya.[64] Daftar manor kurang berguna bagi mengkaji taburan demografik kematian, disebabkan dafter hanya merakamkan ketua isirumah, biasanya lelaki dewasa.[65] Di sini IPM menunjukkan kita bahawa yang paling terdedah kepada penyakit adalah bayi dan orang tua.[66]

Pada tahap masyarakat atasan kelihatannya hanya sedikit mangsa Maut Hitam yang ada.[67] Satu-satunya ahli keluarga raja yang boleh dikatakan dengan pasti mati akibat penyakit Maut Hitam berada di Perancis ketika dijangkiti. Anak perempuan Edward III, Joan dari England (1335-1348) berada di Bordeaux dalam perjalanannya untuk berkahwin dengan Pedro dari Castile pada musim panas 1348. Apabila wabak tercetus dikalangan isi rumahnya, dia berpindah ke kampung kecil berhampiran, tetapi dia tidak dapat mengelak dari jangkitan, dan mati di situ pada 2 September.[68] Ada kemungkinan bahawa penulis keugamaan popular, Richard Rolle, yang mati pada 30 September 1349, merupakan salah seorang lagi mangsa Maut Hitam.[69] Ahli falsafah Inggeris, William dari Ockham juga telah disebut sebagai mangsa wabak.[70] Ini, bagaimanapun tidak mungkin kerana Ockham tinggal di Munich pada masa kematiannya, pada 10 April 1347, dua tahun sebelum Maut Hitam sampai bandar tersebut.[71]

Akibat[sunting | sunting sumber]

Kesan ekonomi, masyarakat dan politik[sunting | sunting sumber]

Antara kesan ketara Maut Hitam di England adalah kekurangan buruh ladang, dan akibatnya kenaikan gaji. Pandangan dunia zaman pertengahan gagal menafsirkan perubahan ini dari segi perkembangan sosial-ekonomi, dan ia menjadi kebiasaan bagi menyalahkan keadaan ini sebagai kemerosotan moral.[72] Kelas pemilik tanah melihat kenaikan tahap gaji sebagai kekacauan sosial dan melanggar arahan, dan bertindak balas dengan peras ugut. Pada tahun 1349, Raja Edward III meluluskan Akta Buruh "Ordinance of Labourers", menetapkan gaji pada tahap sebelum wabak. Akta ini dikuat kuasakan oleg parlimen yang meluluskan Statut Buruh 1351.[73] Undang-undang buruh dilaksanakan dengan tegas pada dekad berikutnya.[74]

Pemberontakan Petani: pemimpin pemberontakan Wat Tyler terbunuh disebelah kiri, sementara Richard II dari England yang belia menenangkan orang ramai di sebelah kanan.

Langkah perundangan ini terbukti tidak berkesan bagi mentadbir pasaran, tetapi langkah balas kerajaan bagi melaksanakannya mencetus kebencian awam.[75] Keadaan ini menyumbang kepada Pemberontakan Petani pada 1381. Pemberontakan ini bermula di Kent dan Essex pada akhir May, dan sebaik sahaja pemberontak sampai ke London mereka membakar Istana Savoy, John of Gaunt, dan membunuh kedua-dua Lord Chancellor dan Lord High Treasurer. Mereka kemudiannya menuntut penghapusan sepenuhnya perhambaan, dan tidak dapat ditenangkan sehingga Raja Richard II dari England yang masih belia campur tangan secara peribadi.[76] Pemberontakan ini dihapuskan akhirnya, tetapi perubahan sosial yang telahpun dikemukakannya tidak lagi dapat ditarik kembali. Menjelang tahun 1400 perhambaan hampir pupus di England, digantikan dengan tempoh yang dikenali sebagai "copyhold".[77]

Ia adalah jelas bagaimana kerajaan Inggeris mengendalikan krisis pada pertengahan abad ke empat belas tanpa menjadi huru-hara dan runtuh sepenuhnya sebagaimana kerajaan House of Valois dari Perancis.[78] Sebahagian besarnya ini merupakan pencapaian pentadbir seperti Bangsawan Tinggi Perbendaharaan ("Lord High Treasurer") William de Shareshull dan Bangsawaan Ketua Keadilan England dan Bangsawan Ketua Keadilan Wales, William Edington yang dengan kemahiran kepimpinannya memimpin kerajaan negara melepasi krisis tersebut.[78] Kesan wabak terbesar pada kerajaan kemungkinannya di medan perang, di mana tiada kempen utama dilancarkan di Perancis sehingga 1355.[79]

Satu lagi kesan besar Maut Hitam adalah peningkatan gaji sebenar di England (akibat kekurangan buruh kerana pengurangan penduduk), kecenderungan yang dikongsi di serata Europah Barat, yang secara umum meningkatkan gaji sebenar pada tahun 1450 yang tidak ditandingi dikebanyakan negara sehingga abad ke-19 atau ke-20.[80]

Kesan keugamaan dan budaya[sunting | sunting sumber]

Kehadiran maut yang sentiasa dekat mendorong golongan atasan lebih taat, yang boleh dilihat bahawa tiga kolej Universiti Cambridge diasaskan semasa atau sejurus selepas Maut Hitam.[81] England tidak mengalami trend kumpulan flagellants, common on the continent.[82] Juga tidak terdapat sebarang pogrom menentang Yahudi, kerana semua Yahudi telah disingkirkan oleh Edward I dari England pada tahun 1290.[82] Dalam jangka panjang, bagaimanapun dalam jangka panjang peningkatan penyertaan awam mungkin bertindak mencabar kuasa mutlak hireki gereja, dan dengan itu kemungkinannya meletakkan dasar bagi Refomasi Protestan.[perlu rujukan]

Kadar kematian yang tinggi dikalangan paderi mendorong kepada kekurangan paderi dikebanyakan tempat di negara.[69] Paderi lihat sebagai memiliki taraf lebih tinggi dikalangan orang biasa dan ini sebahagiannya disebabkan mereka hampir dengan tuhan, sebagai wakilnya di dunia. Bagaimanapun, kerana gereja itu sendiri memberikan punca Maut Hitam disebabkan kelakuan tidak senonoh manusia, kadar kematian yang lebih tinggi dikalangan paderi mendorong orang awam kehilangan keyakinan pada Gereja sebagai institusi - ia terbukti tidak berkesan menentang ketakutan terhadap Y. Pestis sebagaimana institusi zaman pertengahan yang lain. Tetapi mereka tidak kehilangan kepercayaan Kristian mereka, malah ia diperbaharui; mereka mula meninginkan hubungan peribadi dengan tuhan - sekitar masa selepas Maut Hitam banyak Chantries (private chapels) mula tersebar penggunaannya bukan sahaja dikalangan bangsawaan, tetapi juga dikalangan golongan kaya.[83] Perubahan mengenai kuasa Paus di England digambarkan dalam statut Praemunire.

Maut Hitanm turut memiliki kesan besar pada kesenian dan kebudayaan. Ia tidak dapat dielakkan bahawa matapetaka sehebat itu dari memberi kesan pada projek pembinaan yang besar, kerana bilangan buruh yang ada merosot dengan banyaknya. Pembinaan bangunan Kathedral Ely dan Kathedral Exeter terhenti pada tahun sejurus selepas wabak pertama meletus.[84] Kekurangan pekerja juga membantu peralihan dari bangunan hiasan seni bina Gothik Inggeris kepada seni bina Serenjang Gothik yang kurang berhias.[85] Maut Hitam juga mungkin mendorong kegunaan bahasa Inggeris vernakular, kerana bilangan guru mahir dalam bahasa Perancis berkurangan. Ini, sebaliknya mungkin menyumbang kepada perkembangan kesusteraan Inggeris pada akhir abad ke-empat belas, yang diwakili oleh penulis seperti Geoffrey Chaucer dan John Gower.[86]

Ulangan[sunting | sunting sumber]

Maut Hitam merupakan peristiwa pertama bagi Pandemik Kedua,[87] yang akan berterusan mengenai England dan Europah yang lain secara agak berkala sehingga abad ke tujuh belas. Ulangan serius pertama yang berlaku di England berlaku pada tahun 1361-62. Kita tahu sedikit mengenai kadar kematian yang disebabkan wabak berikutnya,[88] tetapi yang dikenali sebagai pestis secunda ini mungkin memiliki kadar kematian sekitar 20%.[89] Wabak ini turut menjejaskan dengan teruk keupayaan penduduk untuk pulih, kerana ia kebanyakannya menjejaskan bayi dan golongan muda.[90] Ia juga kes yang sama dengan ulangan berikutnya, pada tahun 1369, di mana kadar kematian adalah sekitar 10-15%.[89]

Dalam diarinya, Samuel Pepys memberikan gambaran jelas mengenai Wabak Besar London; satu dari wabak terakhir bagi Pandemik Kedua.

Pada abak berikutnya wabak akan kembali pada tahap kebangsaan atau region – pada kala lima hingga dua belas tahun, dengan kadar kematian semakin berkurangan. Kemudian, pada dekad 1430 hingga 1480, penyakit ini kembali dengan hebatnya. Wabak pada tahun 1471 menghapuskan sekitar 10-15% dari bilangan penduduk, sementara kadar kematian wabak 1479-80 mungkin setinggi 20%.[89] Dari saat ini wabak semakin berkurangan dan lebih mudah dikawal. Ini sebahagian besarnya hasil dari usaha bersungguh oleh kerajaan pusat dan tempatan – sejak akhir abad ke lima belas dan seterusnya – untuk menghapuskan penyakit.[91] Menjelang abad ke tujuh belas Pandemik Kedua berakhir. Satu dari ulangan terakhirnya di England adalah Wabak Besar London yang terkenal pada 1665-66.[92]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Prestwich 2005, halaman 531–2
  2. ^ Smith, Richard M. (1991). "Demographic developments in rural England, 1300-1348: a survey". Dalam B.M.S. Campbell (penyunting). Before the Black Death: Studies in The 'Crisis' of the Early Fourteenth Century. Manchester: Manchester University Press. m/s. 48–9. ISBN 0719032083.
    Benedictow 2004, halaman 123
  3. ^ Harvey, Barbara F. (1991). "Introduction: The 'Crisis' of the Early Fourteenth Century". Dalam B.M.S. Campbell (penyunting). Before the Black Death: Studies in The 'Crisis' of the Early Fourteenth Century. Manchester: Manchester University Press. m/s. 1–24. ISBN 0719032083.
  4. ^ a b Ziegler 2003, halaman 119
  5. ^ Prestwich 2005, halaman 473
  6. ^ Cipolla, Carlo M. (1993). Before the Industrial Revolution: European Society and Economy 1000–1700 (ed. 3rd). London: Routledge. m/s. 260–1. ISBN 0415090059.
  7. ^ Deaux 1969, halaman 117
  8. ^ Ormrod 2000, halaman 276–7
  9. ^ Prestwich 2005, halaman 245
  10. ^ Prestwich 2005, halaman 317–9
  11. ^ Ormrod 2000, halaman 279
  12. ^ "death, n." (subscription required). Oxford Dictionary of English. Dicapai pada 6 Januari 2009.
  13. ^ Ziegler 2003, halaman 17–8
  14. ^ Horrox 1994, halaman 5
  15. ^ Benedictow 2004, halaman 25
  16. ^ Horrox 1994, halaman 5–6
    Hatcher 2008, halaman 139–40
  17. ^ Horrox 1994, halaman 8
  18. ^ Twigg, Graham (1984). "The Black Death: A Biological Reappraisal". London: Batsford Academic and Educational. ISBN 0713446188. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  19. ^ Contor, Norman (2002). "In the Wake of the Plague: The Black Death and the World it Made". New York: HarperCollins: 16. ISBN 0060014342. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  20. ^ Scott, Susan (2004). "Return of the Black Death: The World's Greatest Serial Killer". Chichester: Wiley: 225. ISBN 0470090006. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  21. ^ Ziegler 2003, halaman 13
  22. ^ Horrox 1994, halaman 9
    Hatcher 2008, halaman 47
  23. ^ Ziegler 2003, halaman 17, 40
  24. ^ Horrox 1994, halaman 9–10
  25. ^ Gransden, Antonia (1957). "A Fourteenth-Century Chronicle from the Grey Friars at Lynn". English Historical Review. lxxii: 274.CS1 maint: ref=harv (link) Translation: Benedictow 2004, halaman 127
  26. ^ http://www.bbc.co.uk/history/british/middle_ages/black_02.shtml BBC British History - Middle Ages - Black Death Arrival
  27. ^ Ziegler 2003, halaman 119–20
  28. ^ Benedictow 2004, halaman 127
    Hatcher 2008, halaman 75
  29. ^ Benedictow 2004, halaman 127
  30. ^ Ziegler 2003, halaman 134–5
  31. ^ Deaux 1969, halaman 122
  32. ^ Benedictow 2004, halaman 134
  33. ^ Ziegler 2003, halaman 156
  34. ^ Deaux 1969, halaman 122–3
  35. ^ Ziegler 2003, halaman 137
  36. ^ Benedictow 2004, halaman 140
  37. ^ Ziegler 2003, halaman 182
  38. ^ Ziegler 2003, halaman 184–6
    Deaux 1969, halaman 140
  39. ^ Benedictow 2004, halaman 132
  40. ^ Ziegler 2003, halaman 129
  41. ^ Benedictow 2004, halaman 142
  42. ^ Eminent Physician, "Treatise of the pestilence, with its pre-vision, pro-vision and pre-vention, and the doctor's method of cure. From the manuscript of an eminent physician, who practis'd in the last great plague in London", London: printed for J. Roberts, 1721, p.19
  43. ^ Eminent Physician, "Treatise of the pestilence, with its pre-vision, pro-vision and pre-vention, and the doctor's method of cure. From the manuscript of an eminent physician, who practis'd in the last great plague in London", London: printed for J. Roberts, 1721, p.18
  44. ^ Eminent Physician, 1721, p.19
  45. ^ Eminent Physician, 1721, p.21-22
  46. ^ Eminent Physician, 1721, p.20
  47. ^ Eminent Physician, 1721, p.21
  48. ^ Ziegler 2003, halaman 129
    Benedictow 2004, halaman 383
  49. ^ Ziegler 2003, halaman 227
  50. ^ Russell 1948, halaman 216
  51. ^ Russell 1948, halaman 220–3
  52. ^ Russell 1948, halaman 367
  53. ^ Hatcher 1994, halaman 9
  54. ^ Ziegler 2003, halaman 230
  55. ^ Goldberg, Jeremy (1996). "Introduction". Dalam Mark Ormrod & P.G. Lindley (penyunting). The Black Death in England. Stamford: Paul Watkins. m/s. 4. ISBN 1871615569.
  56. ^ a b Benedictow 2004, halaman 383
  57. ^ Horrox, Rosemary (2006). "The Black Death, 1346–1353: The Complete History (review)". English Historical Review. cxxi: 197–9. doi:10.1093/ehr/cej012.CS1 maint: ref=harv (link)
  58. ^ Benedictow 2004, halaman 343
  59. ^ Benedictow 2004, halaman 377
  60. ^ Benedictow 2004, halaman 342–53
  61. ^ Horrox 1994, halaman 250
  62. ^ Horrox 1994, halaman 235–6
  63. ^ Gottfried 1983, halaman 65–6
  64. ^ Bolton 1996, halaman 23
  65. ^ Hatcher 2008, halaman 152
  66. ^ Russell 1948, halaman 216–8
  67. ^ Prestwich 2005, halaman 546
  68. ^ Horrox 1994, halaman 246
  69. ^ a b Hatcher 2008, halaman 248
  70. ^ Deaux 1969, halaman 143
  71. ^ Courtenay, W. J. (2004). "Ockham, William (c.1287–1347)". Oxford Dictionary of National Biography. Oxford: Oxford University Press. doi:10.1093/ref:odnb/20493. |access-date= requires |url= (bantuan)
  72. ^ Hilton 2003, halaman 232
  73. ^ Hilton 2003, halaman 152–3
    Prestwich 2005, halaman 548
  74. ^ Ormrod 1996, halaman 156
  75. ^ Hatcher 1994, halaman 206, 247
  76. ^ Harriss, Gerald (2005). Shaping the Nation: England, 1360-1461. Oxford: Oxford University Press. m/s. 447–8. ISBN 0198228163.
  77. ^ Gottfried 1983, halaman 137
  78. ^ a b Ormrod 1986, halaman 175–88
  79. ^ Prestwich 2005, halaman 550
  80. ^ Allen, R.C. ‘The Great divergence in European wages and prices from the middle ages to the First World War’, Explorations in Economic History, 38 (2001), pp. 411–47
  81. ^ Ketiganya adalah Kolej Gonville dan Caius College, Cambridge (1348), Dewan Trinity, Cambridge (1350) dan Kolej Corpus Christi, Cambridge (1352); Herlihy 1997, halaman 69–70
  82. ^ a b Harper-Bill 1996, halaman 107
  83. ^ Kelly, John (3rd January, 2006). The Great Mortality; An Intimate History of the Black Death. Harper Perennial. m/s. 384. ISBN 0007150709. Check date values in: |year= (bantuan)
  84. ^ Lindley 1996, halaman 143
  85. ^ Lindley 1996, halaman 129, 137
  86. ^ Ziegler 2003, halaman 253
  87. ^ Kejadian yang pertama adalah Pandemik Pertama/Justinian yang menjejaskan Empayar Byzantine pada abad ke enam hingga lapan A.D., sementara Pandemik Ketiga – aktif antara abad ke sembilan belas hingga abad ke pertengahan dua puluh – yang menjejaskan dengan teruk China dan India; Benedictow 2004, halaman 35–44
  88. ^ Bolton 1996, halaman 27
  89. ^ a b c Gottfried 1983, halaman 131
  90. ^ Bolton 1996, halaman 37
  91. ^ Ormrod 1996, halaman 147
  92. ^ Ziegler 2003, halaman 25

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Benedictow, Ole J. (2004). The Black Death 1346-1353: The Complete History. Woodbridge: Boydell Press. ISBN 0851159435.
  • Bolton, Jim (1996). "'The world upside down': plague as an agent of economic and social change". Dalam Mark Ormrod & P.G. Lindley (penyunting). The Black Death in England. Stamford: Paul Watkins. m/s. 17–78. ISBN 1871615569.
  • Deaux, George (1969). The Black Death, 1347. London: Hamilton. ISBN 0241015146.
  • Goldberg, Jeremy (1996). "Introduction". Dalam Mark Ormrod & P.G. Lindley (penyunting). The Black Death in England. Stamford: Paul Watkins. m/s. 1–15. ISBN 1871615569.
  • Gottfried, Robert S. (1983). The Black Death: Natural and Human Disaster in Medieval Europe. London: Hale. ISBN 0709012993.
  • Harper-Bill, Christopher (1996). "The English church and English religion after the Black Death". Dalam Mark Ormrod & P.G. Lindley (penyunting). The Black Death in England. Stamford: Paul Watkins. m/s. 79–123. ISBN 1871615569.
  • Hatcher, John (1977). Plague, Population and the English Economy, 1348-1530. London: Macmillan. ISBN 0333212932.
  • Hatcher, John (1994). "England in the aftermath of the Black Death". Past & Present. cxliv: 3–35.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hatcher, John (2008). The Black Death: An Intimate History. London: Weidenfeld and Nicolson. ISBN 9780297844754.
  • Herlihy, David (1997). The Black Death and the transformation of the West. Cambridge, Mass.; London: Harvard University Press. ISBN 0750932023.
  • Hilton, Rodney (2003). Bond Men Made Free: Medieval Peasant Movements and the English Rising of 1381 (ed. 2nd). London: Routledge. ISBN 0415316146. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Horrox, Rosemary (1994). The Black Death. Manchester: Manchester University Press. ISBN 0719034973.
  • Lindley, Phillip (1996). "The Black Death and English art: a debate and some assumptions". Dalam Mark Ormrod & P.G. Lindley (penyunting). The Black Death in England. Stamford: Paul Watkins. m/s. 124–46. ISBN 1871615569.
  • Ormrod, Mark (1986). "The English government and the Black Death of 1348-49". Dalam Mark Ormrod (penyunting). England in the Fourteenth Century. Woodbridge: Boydell. m/s. 175–88. ISBN 0851154484.
  • Ormrod, Mark; Lindley, P.G., penyunting (1996). The Black Death in England. Stamford: Paul Watkins. ISBN 1871615569.
  • Ormrod, Mark (1996). "The politics of pestilence: government in England after the Black Death". Dalam Mark Ormrod & P.G. Lindley (penyunting). The Black Death in England. Stamford: Paul Watkins. m/s. 147–81. ISBN 1871615569.
  • Ormrod, Mark (2000). "England: Edward II and Edward III". Dalam Michael Jones (ed.) (penyunting). The New Cambridge Medieval History, vol. 6: c. 1300 - c. 1415. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0521362903.CS1 maint: extra text: editors list (link)
  • Prestwich, M.C. (2005). Plantagenet England: 1225–1360. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-822844-9.
  • Ziegler, Philip (2003). The Black Death (ed. New). Sutton: Sutton Publishing Ltd. ISBN 0750932023.
  • Russell, Josiah Cox (1948). British Medieval Population. Albuquerque: University of New Mexico Press.

Templat:Black Death