Mawar Shafie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mawar Shafie merupakan salah seorang penulis wanita di Malaysia warga Johor kelahiran Singapura.

Mawar Shafie dilahirkan pada pada 27 Februari 1971. Ibu bapanya menetap di Johor Bahru. Mawar Shafie giat menulis bagi menghasilkan cerpen.

Mawar Shafie memiliki kelulusan Sarjana Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di National Institute of Education, Nanyang Technological University, Singapura.

Karya[sunting | sunting sumber]

Antara kumpulan cerpen beliau beliau ialah Zel(1998), Montaj II(2002) dan Masitah(2008).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Penerima Anugerah Akademik Negara ke-12 (Seni dan Kreativiti) 2018
  • Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank bagi tahun 1994, 1995, 1997, 1998 dan 1999,
  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/1997,
  • Hadiah Sastera Esso-GAPENA X,
  • Hadiah Sastera Berunsur Islam IX 1996,
  • Hadiah Sastera Darul Ta’zim II (1999), IV(2003), V(2005)
  • Hadiah Sastera Sempena Bulan Budaya Pulau Pinang 1996.

Beliau kini bertugas di UKM. Blog beliau boleh dilayari dilaman http://mawarshafei.blogspot.com/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]