Mayang Mengurai (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mayang Mengurai merupakan salah sebuah drama yang disiarkan pada 2010 di slot Lagenda di TV3.

Mayang Mengurai
GenreFantasi
PengarahYeop Hitler Zami
Dibintangi oleh
Amar Baharin
Tania Hudson
Kamal Adli
Anne Ngasri
Zarina Zainoordin
Sabrina Ali
Sasha Saidin
Lana Nordin
Ako Mustapha
Badrul Muhayat
Latiff Borgiba
Lagu pembukaanMahkota Jiwa - Zarina
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod19 Episod
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin hingga Khamis, 4:30 petang
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lagenda)
Siaran asal12 Januari 2010 - 11 Februari 2010
Kronologi
MengikutiCucu Betong
Diikuti olehSiong

Plot[sunting | sunting sumber]

Kisahnya bermula dengan seorang pengamal ilmu hitam, Kornilam yang dahagakan kuasa dan ilmu sakti. Kornilam terlalu taksub dengan keabadian hidup dan awet muda, maka dia perlu mendapatkan tiga bayi perempuan sebagai penyambung kuasa saktinya. Kornilam menyasarkan tiga pasangan suami isteri dan dengan tipu muslihatnya, mereka terpaksa mengalah dan menyerahkan bayi kepadanya.

Ketiga-tiga bayi itu membesar menjadi gadis yang jelita dan diturunkan kuasa masing-masing. Mayang Indera mempunyai sepasang mata yang cantik dan mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Mayang Merdu pula mempunyai suara yang merdu dan boleh memukau sesiapa yang mendengar nyanyiannya. Yang paling bongsu dan istimewa ialah Mayang Mengurai yang mana keistimewaannya adalah pada rambutnya yang panjang mengurai dan menjadi nadi nyawa Kornilam. Disebabkan keistimewaan Mayang Mengurai ini, Kornilam mengurung Mayang Mengurai di atas menara tinggi dan tidak membenarkannya keluar. Kornilam akan menyuruh Mayang Mengurai menghulurkan rambutnya turun dari menara sebagai jalan dia memanjat menara itu. Mayang Indera dan Mayang Merdu pula dipergunakan oleh Kornilam untuk mencari punca kewangan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]