Mazidul Akmal Sidek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mazidul Akmal Sidik (juga dikreditkan sebagai Mazidul Akmal Sidik) merupakan seorang wartawan penyiaran, pengacara dan penerbit televisyen Malaysia yang berkhidmat di TV3. Mazidul terkenal dengan falsafah 'berbisa, lantang, berani' yang menggambarkan keperibadian beliau ketika mengendali pelbagai program terbitan TV3. Antara rancangan yang beliau pernah kendalikan ialah 999, 360, Majalah 3 dan Aduan Rakyat.[1]

Mazidul mengejutkan dunia kewartawanan apabila diserang angin ahmar pada Jun 2014 dan telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali di bahagian kepala iaitu dua kali pada tahun 2014 dan Ogos 2016 di Hospital Kuala Lumpur.[2]

Beliau bersama penerbit rancangan 360, Fadzli Ramli pernah ditahan dalam satu serbuan pihak berkuasa pada April 2007. Mazidul berkahwin dengan Khairul Fazlin Kamarudin pada 21 Mei 1997 dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad Afif Faiq dan Muhammad Azard.[3]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Virus Kehidupan (2008)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""Ingat Saya Dah Jadi Kain Buruk" – Mazidul Akmal". My News Hub. 15 April 2017. Dicapai pada 16 Jun 2017. ‘BERBISA, lantang, berani’ – Demikian ayat sesuai untuk menggambarkan keperibadian penerbit dan wartawan, Mazidul Akmal Sidek ketika mengendali pelbagai program di TV3, beberapa tahun lalu.
  2. ^ Ana Ghoib (16 April 2017). "Wartawan 999, Mazidul Akmal Sidek yang terlantar sakit akibat angin ahmar semakin pulih". Malaysian Review. Dicapai pada 16 Jun 2017.
  3. ^ "Kerana saya Mazidul". Utusan Malaysia. 12 Ogos 2007. Dicapai pada 16 Jun 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]