Mazinkaiser

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mazinkaiser(マジンカイザー) adalah sebuah anime ova dari Jepun sebanyak tujuh episod.Siri ini bertemakan mecha,diedarkan di Jepun dalam tahun 1999 berdasarkan Mazinger Z asalnya karya oleh Go Nagai.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anime

Mazinkaiser adalah Mazinger yang terakhir dan yang paling hebat,dicipta oleh Jozou Kabuto ,genius yang mencipta Mazinger Z dan Great Mazinger.Mazinkaiser dibina dari bahan yang lebih kuat dari Super Alloy Z,iaitu Super Alloy Z Alpha.Cucu Jozou,Kouji Kabuto secara tidak sengaja menjumpai Mazinkaiser,apabila Mazinger Z kalah dalam pertempuran,Hover Pilder mengaktifkan arahan dan terbang kedalam hangar yang tersembunyi disebalik air terjun.Disitu Kouji melihat sebuah mesej hologram dari datuknya mengenai Mazinkaiser.Bermula dari hari itu,Kouji menggunakan Mazinkaiser dalam pertempuran menentang Mycene yang dipimpin oleh Dr. Hell dan kemudiannya oleh Ankoku Daishogun.

Plot[sunting | sunting sumber]

Plot asasnya adalah penceritaan semula pengambaraan Kouji Kabuto,juruterbang Maznger Z yang perkasa,super robot yang pertama dalam anime,pelindung negara Jepun dan Makmal Photon Energy.Kouji disertai oleh wira yang lain,Tetsuya Tsurugi dengan Great Mazinger kepunyaannnya,bersam dengan Sayaka Yumi dengan robot perempuan,Aphrodite A,Boss yang kelakar dengan Boss Borotnya.Mereka semua berjuang menentang kejahatan mesin-mesin Dr. Hell dan pembantunya yang separuh lelaki,separuh perempuan,Baron Ashura.Di suatu ketika,Ashura membentuk sebuah bala tentera terdiri dari mesin-mesin cukup kuat untuk mengalahkan Kouji dan Tetsuya,dan berjaya menangkap Mazinger Z dan melakukan beberapa kerosakan teruk terhadap Great Mazinger.

Sementara Dr. Hell dan Ashura merancang serangan terakhit terhadap Makmal Photon Energy.Kouji yang hilang selepas pertempuran itu,menjumpai sebuah makmal yang tersembunyi milik datuknya,Juzou Kabuto yang sudah meninggal dunia.Disitu,Kouji menjumpai hologram datuknya memberitahu beliau sudah tiba masanya menggunakan robot paling berkuasa pernah dicipta:Mazinkaiser yang kuasanya sungguh kuat,ia boleh digunakan sebagai senjata untuk melindungi atau menggunakan untuk meguasai dunia.Kouji yang kini memandu Mazinkaiser,tiba ketiak Ashura hampir memusnahkan Makmal Photon Energy dan mengalahkannnya,Ashura melepaskan diri,terkejut dan sukar mempercayai yang Mazinger yang baru sudah muncul.

Senjata dan Serangan[sunting | sunting sumber]

  • Koshiryoku Beam: (semua versi):Seperti Mazinger,Mazinkaiser boleh melancarkan Tenaga Photonic dari matanya.Walaubagaimana pun,versi Mazinkaiser lebih berkuasa.
  • Breath of Tornado:(semua versi)Versi Mazinkaiser yang dipertingkat,lebih berkuasa dari Breath of Hurricane milik Mazinger Z.
  • Giant Missile:(semua versi)Mazinkaiser boleh melancarkan Misil gergasi dari bahagian perutnya.
  • Turbo Smasher Punch: (semua versi)
  • Fire Blaster:semua versi
  • Kaiser Blade/Shoulder Slicer:(semua versi)Dua bilah pedang muncul daripada Mazinkaiser,rekaannya sama dengan Mazinger Blade kepunyaan Great Mazinger.
  • Kaiser Blade:(anime/game)Kaiser Blade adalah simbol juruterbang Mazinkasier yang sejati.Sebilah pedang besar muncul dari dada Mazinkaiser.Pedang ini dalah sebahagian kuasa sebenar Mazinkaiser,dibebaskan semasa Koji bertarung sengan badan Baron Ashura yang baru,Hell King Gordon.
  • Reito Beam:(anime)
  • Kaiser Knuckle:(anime)
  • Scrander Boomerang
  • Dynamic Tackle:(manga/game)
  • Kaiser Nova:(manga/game)

Mesin Yang Berkaitan[sunting | sunting sumber]

  • Kaiser Pilder

Seperti Mazinger Z,kokpit Mazinkaiser terlaetak pada kenderaan berasingan yang berfungsi sebagai pesawat pejuang.Dalam filem Mazinkaiser,Boss menyembunyikan Kaiser Pilder didalam BossBorot untuk keselamatan dari Mycene.

  • Kaiser Scrander

Seperti Mazinger Z,Mazinkaiser tidak boleh terbang dengan kuasanya sendiri.Semasa Koji dihumban kedalam Gunung Fuji yang baru meletus,Jun dan Kumpulan Makmal Photon menemui Kaiser Scrander dan menghantarkannya untuk menyelamatkan Koji.Kaiser Scrander boleh bercantum dengan Mazinkaiser,memberikannya kemampuan untuk terbang(juga boleh digunakan sebagai senjata merbahaya.....