Mazlan Aliman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YBhg Datuk Haji

Mazlan Aliman

DPSM (Mel)
Pengerusi
Lembaga Pertubuhan Peladang
Dalam jawatan
19 Oktober 2018 – 1 April 2020
Didahului olehTan Sri Dato' Zainal Dahalan
Digantikan olehDr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Butiran peribadi
LahirMazlan bin Aliman
(1966-07-17) 17 Julai 1966 (umur 57)
 Batu Pahat, Johor
Parti politik AMANAH

Datuk Mazlan Aliman adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Di peringkat parti, beliau merupakan AJK Tertinggi Parti Amanah Negara. Di peringkat NGO, beliau adalah mantan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dikatakan dilahirkan di Batu Pahat, Johor dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Beliau dikatakan mendapat pendidikan awal di Sek.Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai . Kelulusan tidak diketahui tetapi pernah mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia(UPM).[1]

Penglibatan di dalam politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah terlibat di pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008. Di dalam PRU 1999 pada 10 November 1999, beliau bertanding di DUN Senai, Johor tetapi tewas dengan majoriti 10,170 kepada Adam bin Abdul Hamid.

Seterusnya, pada PRU 2004 pada 11 April 2004 , beliau (PAS) bertanding lagi di DUN Semerah tetapi tewas dengan majoriti 10, 669 kepada Ariss bin Samsudin. Mazlan hanya mendapat 5046 undi. Datuk Ariss mendapat 15715 undi.

Manakala di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau tewas di Parlimen Bera, Pahang kepada Ismail Sabri Yaacob dengan majoriti 4,313 undi.

Pada 4 Jun 2011 beliau terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2011-2013 bersama-sama tokoh-tokoh PAS lain yang turut dipilih ialah Dr. Mohd Hatta Ramli ; Datuk Kamarudin Jaffar ; Mohamed Hanipa Maidin ; Datuk Seri Azizan Abdul Razak ; Dr. Dzulkefly Ahmad ; Dr. Mujahid Yusof Rawa ; Khalid Abdul Samad ; Abdul Ghani Samsudin ; Ir. Amiruddin Hamzah ; Abdul Wahid Endut ; Datuk Abu Bakar Chik ; Datuk Mohd Amar Abdullah ; Datuk Dr. Mahfodz Mohamed ; Dr. Siti Mariah Mahmud ; Datuk Dr. Hassan Ali ; Abdul Ghani Abdul Rahman ; Nuridah Mohd Salleh.[2]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Ditangkap kerana tiada permit ceramah[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mac 2010, Mazlan Aliman ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.Ia ada kaitan dengan ceramah politik di kawasan rumah peneroka Felda milik Hamidun Yeop Isa di Felda Klau, Raub, Pahang.[3] Beliau dibebaskan setelah ditahan selama 2 hari. Dia ditahan mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali. Mahkamah Majistret Raub membebaskan beliau dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin .

Mazlan Aliman melantik peguamnya, Mohd Harris Abdullah untuk menyaman pihak pengurusan Felda Lembah Klau dan polis kerana memalukannya. Dialog hendak diadakan di sebuah rumah peneroka tetapi dihalang kerana tiada permit ceramah. Felda dikatakan telah mengeluarkan surat pekeliling melarang mengadakan dialog dan sebagainya.[4]

Pada 17 Ogos 2010, Mazlan menfailkan saman malu dan menuntut ganti rugi RM20 juta berikutan insiden di Felda Lembah Klau. Saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh,dengan menamakan empat pihak iaitu Pengurus Felda Lembah Klau, Awang Sulong, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), pegawai polis PDRM, Mohd Azran Rahmat dan Kerajaan Malaysia.Peguam beliau ialah Wan Rohimi Wan Daud.[5]

Pada 22 Julai 2011, Mahkamah Tinggi Temerloh , Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan menolak dengan kos saman tersebut setelah Mazlan gagal membuktikan unsur-unsur konspirasi seperti yang didakwa dalam pernyataan tuntutannya.[6]

Ditahan di Miri, Sarawak[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Julai 2011, Mazlan Aliman ditahan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Miri jam 10.15 pagi .Ketika itu beliau dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman, Naib Pengerusi Anak, Aris Fezul Ismail dan Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail dalam perjalanan ke Miri.[7]

Debat Mazlan Aliman vs Ahmad Maslan[sunting | sunting sumber]

Datuk Ahmad Maslan menyambut cabaran berdebat dengan Mazlan Aliman dengan syarat diadakan di tempat tertutup. Kalau debat cuma satu jam, dia bawa 20 perkara, mana boleh selesai. Kalau dia bawa 15 orang dalam dialog tertutup dan saya bawa 15 pegawai di ibu pejabat UMNO Kuala Lumpur, bila-bila masa boleh berdebat dan mencari penyelesaian.Memorandum dari Mazlan Aliman telah diserahkan Setiausaha Anak, Zabidi Abas kepada polis bantuan di Pejabat Felda Wilayah Segamat.[8]

Pinjaman Felda RM6 bilion daripada KWSP[sunting | sunting sumber]

Mazlan Aliman menerusi Anak mengadu di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau melaporkan bahawa Felda kehilangan RM500 juta, manakala anak syarikatnya, Felda Global Venture, dikatakan telah tidak membuat apa-apa keuntungan, tetapi diberi pinjaman RM6 bilion oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meneroka pasaran antarabangsa . Datuk Ahmad Maslan menjelaskan bahawa RM1.5 bilion telah dibelanjakan untuk pembelian kilang gula milik Robert Kuok, yang diapungkan di Bursa Malaysia. RM2 bilion lagi telah dibelanjakan untuk program penanaman semula kelapa sawit. Tanah peneroka tidak dijadikan cagaran. Sebenarnya Felda mempunyai RM20 bilion dalam aset dan RM10 bilion dalam bentuk tunai dan saham yang boleh ganti, jadi pinjaman KWSP tidak memerlukan cagaran.

Felda melabur di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dalam sektor minyak sayur-sayuran dan bijirin berasaskan minyak oleokimia. Oleokimia boleh menghasilkan produk kosmetik yang bermutu.[9]

Pembatalan Mesyuarat Agung Khas KPF[sunting | sunting sumber]

Atas tuntutan Mazlan Aliman dll , Koperasi Permodalan Felda (KPF) membatalkan Mesyuarat Agung Khas (EGM) yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 22 Februari 2012 bagi membincangkan usul penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia. Dengan itu, lebih 112, 365 keluarga peneroka Felda di seluruh negara itu tertangguh mendapat durian runtuh .Difahamkan juga bahawa KPF bakal menerima dana RM3 billion hingga RM4 billion yang terhasil dari penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia kelak.[10]

Disaman Felda[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Januari 2013, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah memfailkan saman fitnah terhadap beliau bersama-sama dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel. Dakwaan Felda bahawa kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan telah diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel di akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November 2012 yang didakwa menjejaskan reputasi Felda bagi menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kenali Mazlan Aliman", Cili Api Bloggers, 7 Januari 2013.
  2. ^ Senarai jawatankuasa kerja Pas
  3. ^ "Mazlan Aliman ditangkap di Raub". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-11. Dicapai pada 2010-03-10.
  4. ^ "Mazlan akan saman pengurus Felda, polis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-14. Dicapai pada 2010-03-13.
  5. ^ "Mazlan Aliman fail saman RM20 juta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-19. Dicapai pada 2011-11-15.
  6. ^ Mahkamah tolak saman RM20 juta
  7. ^ "Mazlan Aliman ditahan di Miri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-08. Dicapai pada 2011-11-15.
  8. ^ Ahmad Maslan cabar Anak berdialog secara tertutup
  9. ^ []
  10. ^ "Tahniah Mazlan Aliman, Takziah Peneroka Felda". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-25. Dicapai pada 2012-03-04.
  11. ^ "Felda saman Mazlan Aliman",Malaysiakini.com, 7 Januari 2013.