Mazlan Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mazlan Hamzah
Mazlan Hamzah.jpg
Mazlan Hamzah ketika bermain papan nada
Latar belakang
KelahiranIpoh, Perak, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penggubah lagu
InstrumenPapan nada, vokal
Tahun aktif1970-an - 1990-an
Syarikat rakaman
Life Records Ltd.
Iramanada Musical Industries Sdn. Bhd. (IMI)
WEA Records Sdn. Bhd.
Antarctic Sound Production Sdn. Bhd. (ASP)
Kegiatan berkaitan
Mazuin Hamzah, Aman Shah, Sheila Majid, Anita Sarawak

Mazlan Hamzah merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan penggubah lagu yang berasal dari Ipoh, Perak. Beliau juga merupakan abang kepada Mazuin Hamzah dan pernah menganggotai sebuah kumpulan muzik iaitu Quinary M. Beliau telah banyak menyusun lagu untuk penyanyi yang terkenal seperti Aman Shah, Sheila Majid, Anita Sarawak dan ramai lagi.[1]

Kehidupan dan karier[sunting | sunting sumber]

Penglibatan dalam Quinary M dan Bakat 1978[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah merakamkan lagu untuk album duet bersama adiknya, Mazuin Hamzah. Antara album tersebut ialah Ratapan Anak Tiri dan Jangan Lah Jangan. Seterusnya, kerjaya dan pembabitan muzik Quinary M secara serius bermula ketika beliau bergandingan bersama Mazuin untuk menyertai sebuah rancangan televisyen terbitan RTM pada tahun 1974. Bagaimanapun, setahun selepas itu, mereka sekeluarga berpindah ke Moscow, Rusia kerana mengikut bapa iaitu Hamzah Ramli yang bertugas sebagai diplomat pada ketika itu. Semuanya mula berubah ketika di Moscow dan perjalanan seni mereka ini pula mula berkembang.[2]

Pada ketika itu, mereka sudah berpeluang untuk mengadakan persembahan di stesen televisyen Moscow atas usaha ayah mereka. Beliau telah dapat melihat bakat anak-anaknya dalam bidang muzik dan selepas itu, beliau menubuhkan The M memandangkan pangkal nama anak-anaknya yang bermula dengan huruf M. Tiga tahun selepas itu, mereka berpindah kembali ke Malaysia dan peluang ini terus diambil untuk memperkembangkan lagi bakat seni mereka. Sehubungan dengan itu, nama kumpulan juga ditukar menjadi Quinary M. Quinary M diambil daripada bahasa muzik yang membawa maksud lima. Selain itu, Quinary M adalah kumpulan pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan semua anggotanya mempunyai pertalian adik-beradik.[2] Mereka juga telah menyertai pertandingan Bakat 1978 dan berjaya melangkah ke peringkat akhir.[3] Bagaimanapun, kumpulan ini terpaksa dibubarkan selepas pemergian ayah mereka pada 1981.[2] Kemudian, masing-masing telah membawa haluan sendiri termasuklah beliau yang memilih untuk menjadi penyanyi solo.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album duet (bersama Mazuin Hamzah)[sunting | sunting sumber]

  • Ratapan Anak Tiri
  • Jangan Lah Jangan (1975)

Album studio (bersama Quinary M)[sunting | sunting sumber]

  • Cinta Palsu (1979)
  • Kasihku Bagaikan Debu (1980)
  • Kini Kau Berubah (1981)

Album studio (solo)[sunting | sunting sumber]

  • Aku dan Diriku (1984)
  • Refleksi (1987)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1979 Kisah Seorang Biduan Sebagai anggota kumpulan Quinary M Filem ini merupakan satu-satunya lakonan beliau serta menampilkan adik-beradiknya yang lain sebagai kumpulan Quinary M. Mazuin menyanyikan lagu Mengapa yang juga termuat di dalam album pertama mereka, Cinta Palsu (1979).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shazryn Mohd. Faizal (19 Oktober 2006). "Mazlan Hamzah kurang selesa cerita kisah peribadi". Utusan Malaysia. Dicapai 8 Februari 2013. 
  2. ^ a b c Suzan Ahmad (11 Januari 2009). "Quinary M bubar selepas bapa meninggal dunia". Berita Minggu. Dicapai 21 Disember 2012. 
  3. ^ "Imbasan Bakat 1978". 8 Julai 2011. Dicapai 21 Disember 2012.