McCarthyisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

McCarthyism merujuk kepada tindakan penuduhan pihak tertentu sebagai menderhaka kepada negara secara melulu tanpa mementingkan adanya bahan bukti yang cukup, terutamanya dalam konteks politik Amerika Syarikat.[1] Istilah ini asalnya merujuk kepada Senator Negeri Wisconsin pada ketika itu, Joseph McCarthy yang sangat dikenali atas pendakwaan bahwa banya golongan berfahaman Komunis dan sekutu Soviet telah menembusi segenap institusi dalam Amerika Syarikart termasuk pemerintah persekutuan, universiti, industri perfilemannya dan sebagainya. Ia banyak merebak sewaktu Ketakutan Merah Kedua yang berlarutan dari lewat tahun 1940-an sehingga tahun 1950-an[2] dengan munculnya penindasan politik serta kempen menzahirkan rasa takut akan pengaruh Komunisme dan agen-agen Soviet ke atas pemerintahan negara tersebut.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Cold War Home Front: McCarthyism". AuthenticHistory.com. AuthenticHistory.com. Dicapai 21 Mei 2016. 
  2. ^ a b Storrs, Landon R. Y. (2015-07-02). "McCarthyism and the Second Red Scare". American History (dalam bahasa Inggeris). doi:10.1093/acrefore/9780199329175.001.0001/acrefore-9780199329175-e-6.