McDonnell Aircraft
Nasib | Bergabung dengan Douglas Aircraft Company |
---|---|
Pengganti | McDonnell Douglas |
Ditubuhkan | 1939 |
Dibubarkan | 1967 |
Ibu pejabat | St. Louis, Missouri |
McDonnell Aircraft Corporation merupakan sebuah pengeluar aeroangkasa Amerika Syarikat yang berpangkalan di St. Louis, Missouri. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1939 oleh James Smith McDonnell. Syarikat ini terkenal dengan pesawat pejuang tenteranya, terutamanya pesawat F-4 Phantom II, dan kapal angkasa berpenghuni termasuk kapsul Mercury dan kapsul Gemini. McDonnell Aircraft kemudian telah bergabung dengan Douglas Aircraft Company, untuk membentuk McDonnell Douglas pada 1967.