Md Khir Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Dr. Md. Khir Abdul Rahman dilahirkan pada 2 Ogos 1947 di Kanchut, Alor Star, Kedah. Beliau menyandang jawatan penting di Bank Negara, Telekom Malaysia, MEPS, MDC dan MIGHT.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star dan Universiti Malaya jurusan Sains Matematik. Seterusnya, sambung belajar di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di State University of Ghent, Belgium mendapat Ijazah Sarjana Pembangunan Pertanian dan Ijazah Kedoktoran Sains dalam bidang Statistik Pengkomputeran.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dari awal beliau bekerjaya di Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) (1972) ; Berkhidmat di Bank Negara (1983) ;Pengarah Urusan, Kumpulan Teknologi Mejati (1996 ) ; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif / Pengurus Besar Malaysian Electronics Payment System Sdn. Bhd. (MEPS) ; Ketua Eksekutif dan Ahli Lembaga Telekom Malaysia (1 Mei 2000) ; Pengarah Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd (MDC) ; Pengarah 'Malaysian Industry Government Group for High Technology' (MIGHT) ; Ahli Jawatankuasa Tender (TelCo) ; Ahli Lembaga Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Pekerja Lembaga ; Ahli Lembaga kepada beberapa anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu Telekom Malaysia.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima anugerah Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) oleh Sultan Kedah.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dato' Dr. Md. Khir Abdul Rahman". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-01. Dicapai pada 2012-05-12.