Medal Pendudukan Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

German Occupation Medals (bahasa Melayu: Medal Pendudukan Jerman) ialah beberapa siri anugerah kebesaran, juga dikenali sebagai "Flower War medals", diwujudkan untuk memperingati pengilhakan Austria, Czechoslovakia dan Memelland oleh Nazi Jerman di zaman antara perang. Ketiga-tiga pingat telah direka oleh Profesor Richard Klein, Pengarah Sekolah Seni Munich dan artis kesukaan Nazi.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Apabila Adolf Hitler dilantik sebagai Canselor Jerman pada tahun 1933, adalah menjadi agenda beliau untuk memperkukuhkan kuasanya. Setelah berjaya menyelesaikan beberapa siri gerakan politik dan taktik kekerasan, matlamat seterus beliau ialah membina semula Angkatan Tentera Jerman. Adalah mustahil untuk membina semula angkatan tentera dengan tanpa melanggar Persetiaan Versailles, tetapi ini tidak selamat dilakukan tanpa ada cara mempertahankan Jerman jika mendapat reaksi dari Sekutu Barat Perancis dan United Kingdom. Hitler menolak Persetiaan Versailles dan mula memperkuatkan Angkatan Tentera. Beliau memperkenalkan semula kerahan tentera pada bulan Mac 1935, mengambil alih Rhineland pada tahun 1936, dan menghantar Condor Legion ke Sepanyol untuk berjuang bersama Jeneral Franco dan dilatih dengan seni peperangan moden.

Jerman mula menggunakan tekanan diplomatik bersama ancaman ketenteraan bagi mengilhak wilayah-wilayah yang mempunyai minoriti bangsa Jerman. Pihak Sekutu, mahu mengelakkan peperangan dengan apa cara sekalipun, berpendirian leka apabila Austria telah diilhak, mengalah kepada permintaan Hitler di Czechoslovakia, dan membenarkan kepulangan daerah Memel. Proses perluasan "aman" memuncak dengan berlakunya pencerobohan Poland, apabila United Kingdom dan Perancis mengisytiharkan perang keatas Jerman dan Perang Dunia II bermula.

Medal-medal[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]